iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Selasa, 6 Oktober 2009

Pertandingan kat UTM Skudai

Hari nie ada pertandingan roket paracut kat UTM Skudai, ada ramai otai2 roket h2o yang ambil bahagian. SMK maokil langsung tak di jemput untuk ambil bahagian. Yer ler kita orang felda mana orang UTM Skudai nak campur ngan kita orang kan.

Dengar cerita paracut guna plastik sampah yang paling tebal....sebab itu banyak roket yang tak berjaya untuk mengembangkan paracut masing-masing.
Nasib kita orang tak ambil bahagian kalau tidak penat je pergi jauh2, kepada cg fauzi, yuna dan lain-lain besabor je lah...tahun depan dia orang buat boleh lah masuk lagi...he,he

Untuk makluman semua, kalau guna plastik tebal ada cara untuk membolehkan paracut kembang iaitu boleh menggunakan satu lagi paracut kecil di bahagian atas untuk menarik paracut besar keluar daripada kon. Jadi ada dua paracut satu yang besar dan di atasnya ada satu lagi yang kecil (drouge chute). kita orang dah pernah cuba buat yang ini guna plastik sampah yang tebal tapi bukanlah yang paling tebal sekali. Guna kain bendera pun kita orang dah pernah cuba semasa pelancaran bulan kemerdekaan tahun lepas. Semua ok berjalan dengan lancar paracut pun kembang dengan baik. Tahun lepas masa johan pertandingan negeri johor kita orang guna 'drouge chute' untuk menarik payung yang besar keluar dari kon.

Nak buat drouge chute memang senang tapi nak lipat semasa nak di masukkan ke dalam kon mesti hati2. Kalau tidak tali 'drouge chute' akan terbelit ngan tali paracut yang besar. Mesti banyak kali buat cubaan baru tahu macam mana nak lipat 'drouge chute' . Nanti kita orang akan ambil gambar macam mana nak lekatkan 'drouge chute' pada paracut yang besar dan cara nak lipat biarlah rahsia....he,he

2 ulasan :

  1. kesian cikgu nih...
    pertandingan kt skudai tadi mmg menyakitkan hati..
    tnye la contestant2 yg join tuh...

    BalasPadam
  2. memang menyakitkan hati...plg ;ama rasanya 10 saat je kot..ntah apalah utm ni...x standard tul pengelolanye...mcm x pernah main roket je...

    BalasPadam

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini