iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 9 November 2009

Gambar2 perbengkelan yang baru dimuat naik.

Buat semua peminat roket h2o, nie cg dah muat naikkan gambar2 yang diambil semasa perbengkelan di tiga tempat berasingan pada tahun ini.

1. Program penggalakkan sains SK Bukit Hampar, Segamat

2. Perbengkelan roket h2o kali ke 2 - aktiviti selepas PMR

3. Perbengkelan roket SK Maokil 2 - Aktiviti selepas UPSR

Gambar semasa pertandingan roket h2o jemputan kali pertama smk maokil akan cg muatnaik kan sedikit masa lagi....


tq

Rabu, 4 November 2009

Contoh Laporan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan laporan penuh pertandingan teknologi pelancaran roket h2o jemputan maokil kali pertama 2009

sila muat turun disini


tq

Selasa, 3 November 2009

Ujikaji......eksperimen....

Ada ramai yang bertanyakan cikgu bagaimana untuk memghasilkan satu roket sasaran yang baik (setiap kali pelancaran memasuki sasaran 'eye's bull')....jawapannya adalah ujikaji/eksperimen....

Sebelum anda membuat eksperimen, tentukan dahulu apakah pembolehubah yang ingin anda manipulasikan, tetapkan pembolehubah yang dimalarkan dan tentukan pembolehubah yang akan bergerakbalas (sama seperti anda melakukan eksperimen dalam subjek sains)

Sebelum anda menentukan pembolehubah, anda perlulah mengetahui apakah faktor2 yang mempengaruhi jarak penerbangan roket h2o/jarak sasaran. Antara faktor yang boleh difikirkan adalah :

1.Bentuk roket
2.Berat roket
3.Isipadu air yang akan digunakan
4.sudut sasaran (30,35,40,45....dll)
5.jenis pelancar
6.jarak pelancar dan sasaran
7.Tekanan yang dikenakan (cth 40 psi,50 psi, 60psi....dll)

Setelah itu, tetapkan apakah pembolehubah yang akan dimanipulasi dalam eksperimen anda (cth: isipadu air yan digunakan) dan juga apakah faktor yang akan bergerakbalas (cth: jarak sasaran)

Jika faktor isipadu air yang dimanipulasikan dan jarak sasaran sebagai pembolehuabah yang bergerakbalas telah dipilih, maka faktor2 lain seperti bentuk roket,berat roket,sudut sasaran,jenis pelancar perlulah ditetapkan (pembolehubah yang dimalarkan)

Buatlah hipotesis yang bersesuaian sepertimana anda telah belajar dalam subjek sains.
Kemudian lakukan eksperimen bagi menguji hipotesis yang telah anda buat.
Setiap kali eksperimen dibuat rekodkan data yang diperolehi....











Tarikh Isipadu Air Jarak
Sasaran
Catatan


Ini lah kunci kejayaan bagi membina roket h2o yang sentiasa memasuki 'eye's bull'

Perbengkelan Roket H2O di SK maokil 2



Pada 2/11, cg dan 10 orang pelajar ting 3 2009 telah di undang ke SK Maokil 2 bagi mengajar pelajar2 tahun 6 membina roket h2o masing2. Aktiviti berjalan dengan lancar dan pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 dapat menyaipkan 2 jenis roket h2o, sasaran dan paracut dengan dibantu oleh 10 orang pelajar ting 3.



Tahniah cg ucapkan kepada pelajar2 thn 6 SK Maokil 2 kerana begitu bersungguh2 menyaipkan roket masing2 selama 3 jam lebih perbengkelan berlangsung. Tidak lupa juga, cg ucapakan terima kasih kepada Guru Besar dan pihak pentadbiran SK maokil 2 kerana menjemput cg untuk mengadakan perbengkelan roket kepada pelajar2 thn 6 sebagai aktiviti selepas peperiksaan UPSR 2009. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada cg roslee dan cg haslizan yang bersama2 cg sepanjang perbengkelan tersebut berlangsung.





Pada pukul 12:00 tgh aktiviti pelancaran dijalankan bagi kedua2 roket h2o dijalankan.
Semua kumpulan berjaya menerbangkan roket sasaran lebih kurang 100 m. Walaubagaimanapun bagi roket paracut hanya 2 kumpulan sahaja yang roketnya berjaya mengembangkan paracut. Kumpulan lain mengalami masalah paracut samada paracut koyak semasa pelancaran ataupun tidak berjaya keluar daripada kon.





Secara umumnya, objektif perbengkelan ini telah berjaya dicapai bagi melatih pelajar2 membina roket h2o paracut dan sasaran.

Tahniah sekali lagi kepada pelajar2 tahun 6 dan guru2 yang terlibat....

semoga aktiviti ini dapat merancakkan lagi minat pelajar2 dalam bidang sains dan teknologi dan memperkembangkan roket h2o di daerah segamat dan malaysia...

Isnin, 2 November 2009

Contoh kertas Kerja Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

Kepada cikgu2 @ sesiapa sahaja yang berminat untuk menganjurkan pertandingan teknologi pelancaran roket ini ada contoh kertas kerja yang ingin saya kongsi bersama-sama. Kertas kerja ini dibuat semasa saya menganjurkan pertandingan jemputan kali pertama smk maokil yang lepas.

Ingin muat turun.......Sila dapatkan di sini