iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 14 September 2009

peraturan

PERATURAN
PERTANDINGAN PELANCARAN ROKET PARACHUT, ROKET PAYLOAD DAN
ROKET SASARAN TERBUKA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAOKIL
KALI PERTAMA
TAHUN 2009


Peraturan Umum:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar menengah rendah Sek Men Keb Maokil dan peserta belia jemputan.
2. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar menengah rendah/belia.
3. Dua percubaan dibenarkan bagi setiap kategori kecuali bagi roket payload (1 percubaan shj). Hanya percubaan terbaik akan diambil kira.
4. Tenaga yang dibekalkan oleh roket adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.
5. Roket yang akan dilancarkan akan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi setiap kategori.
7. Semua syarat dan peraturan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa nota awal.



Zon Kosong untuk botol roket air



Syarat-syarat bagi setiap kategori pertandingan.

i) Sasaran terbaik ( Best Target)

1. Jarak sasaran, X dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100 meter.
Bagaimanapun panel hakim pada hari pertandingan berhak menentukan
jarak baru dari 50 meter hingga 100 meter.
2. Markah penuh (100 mata) akan diberikan untuk roket yang mengenai sasaran
(bull’s eye).
3. Percubaan dianggap gagal sekiranya roket berpecah selepas pelancaran dan
hanya satu percubaan lagi dibenarkan.






Petunjuk

Zon I : 100 mata Zon IV : 40 mata
Zon II : 80 mata Zon V : 20 mata
Zon III : 60 mata


ii) Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)

1. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan 60 psi ( tertakluk kepada
perubahan semasa)
2. Masa akan dimulakan sejurus dilancarkan sehingga:
a) mengenai permukaan bumi.
b) Mengenai objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar.
c) Hilang dari pemerhatian para hakim atau
d) Terbang diudara selama 15 minit.
3. Payung terjun mestilah diletakkan pada komponen utama (botol) roket.



iii) Payload terbaik (Best Payload)

1. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan 60 psi ( tertakluk kepada
perubahan semasa)
2. Telur dan bekas yang akan dijadikan ’payload’ akan disediakan oleh pihak
pengelola
3. Masa akan dimulakan sejurus dilancarkan sehingga:
a) Payload mengenai permukaan bumi.
b) Mengenai objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar.
c) Hilang dari pemerhatian para hakim atau
d) Terbang diudara selama 15 minit.
4. Payung terjun mestilah diletakkan pada bekas payload yang akan dimasukkan
telur. Komponen utama (botol) roket/kon mestilah terpisah daripada payload.
5. Payung terjun mesti terbuka/kembang dan membawa payload mendarat di bumi
paling cepat tanpa memecahkan telur di dalamnya dikira sebagai pemenang.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini