iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Khamis, 15 Oktober 2009

Bengkel Pembinaan Roket H2O kali ke 2 SMK Maokil



Pada tahun ini cikgu sekali lagi berpeluang mengadakan bengkel pembinaan roket h2o kepada pelajar-pelajar tingkatan 3. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar2 tentang roket h2o dan konsep sains yang diguna pakai dalam menghasilkan roket h2o yang baik.



Bengkel ini juga bertujuan untuk melatih pelajar2 ting 3 membina roket h2o masing-masing sebelum pertandingan yang akan berlangsung pada 26/10/2009 nanti (aktiviti selepas PMR). Semasa bengkel ini dijalankan pelajar2 dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan dikehendaki membina roket h2o samada untuk kategori sasaran @ paracut.



Apa yang cikgu agak kesalkan ialah sikap pelajar2 ting 3 pada tahun ini. Semasa bengkel ini diadakan hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang hadir ke sekolah. Jadi objektif utama untuk memastikan 70% pelajar ting 3 boleh membina roket h2o masing-masing dan menyertai pertandingan yang akan diadakan nanti agak samar-samar.

Insyallah, cikgu dah berbincang dengan konselor sekolah dan beliau bersetuju untuk mengatur satu lagi bengkel pembinaan roket h2o ke 2 pada minggu hadapan dan sasarannya adalah pelajar2 yang tidak hadir semasa perbengkelan yang pertama

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini