iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 4 Julai 2012

Festival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Johor 2012

FST peringkat negeri johor telah berlangsung di Daerah Pontian pada 2-4 Julai 2012 dengan jayanya. Tahniah kepada penganjur dan para hakim yang memastikan setiap pertandingan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah walaupun pada 3 julai keadaan cuaca kurang mengizinkan untuk pertandingan roket, solar car, solar boat dan cooking with nature..sekejap hujan...berhenti...hujan balik...awan mendung berarak dari pagi ke petang......pertandingan tetap diteruskan....

Tahniah sekali lagi cg ucapkan kepada peserta pelapis roket air smk maokil....syamsul arshad dan syhamudin (pelajar ting 1) yang berjaya mendapat tempat ke 2 dalam acara roket payung terjun FST peringkat negeri... acara roket sasaran nampaknya kena buat latihan intensif sbb 2x tersasar dr bulatan target pada jarak 95m...


 gambar-gambar semasa pertandingan roket air FST peringkat negeri johor 2012





Keputusan Pertandingan
Johan keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket FST Negeri Johor 2012: Daerah Kota Tinggi (SMK Kota Jaya)
Tempat ke 2: Daerah batu Pahat (SM Tinggi Batu Pahat)
Tempat ke 3: Daerah Keluang

Johan Sasaran : SMK kota Jaya, Kota Tinggi
Tempat ke 2: SMK Hassan Yunus, Keluang
Tempat ke 3 : SMK Tinggi Batu Pahat

Johan Paracut : SMK Taman Pelangi, JB
Tempat ke 2: SMK Maokil, Segamat
Tempat ke 3: SMK Tinggi Batu Pahat