Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari johor @ di seberang lautan..
Pandangan sisi
Pandangan sisi
Pandangan depan
Pandangan atas
Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan.
1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan
2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg -lebih stabil)
3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj
4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran
5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload
6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....
7. Senang dibawa ke mana2
8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul
9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah
10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++
11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang b aru.
p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.
"HARGA PROMOSI TAMAT..HARGA BARU SEKARANG BERMULA 1/3/2017 IALAH RM150 SEUNIT TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK-TAMBAHAN RM80 BAGI KOS PENGHANTARAN).
PENGHANTARAN DALAM MASA 3-7 HARI BEKERJA-MELALUI POS LAJU/SKYNET.
HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG, SEBELUM HARGA DINAIKKAN LAGI ..."
Harga bukan
terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan LAGI. Sila SMS/Call 013-7394353 utk tempahan.
Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353(Azmi)
Pembayaran boleh dibuat melalui
maybank2u.com
mybsn.com
cash deposit mesin atm
wang pos
Cara menggunakan Pelancar roket air
Botol yang boleh digunakan sebagai badan roket h2o adalah apa saja jenis botol minuman bergas 1.5 L. cth 100 plus, merinda, coke, dll
Langkah2 penggunaan pelancar roket h2o.
1. Masukkan air ke dalam botol yg di jadikan badan roket h2o ( kebiasaanya 1/3 drpd isipadu botol)
2. Masukkan mulut botol pada pemegang botol sehingga bahagian bawah pemegang botol
3. Pastikan kabel plastik memegang bahagian mulut botol dgn kemas
4. Naikkan pengunci botol sehingga tidak kelihatan kabel plastik yg memegang mulut botol
5. Masukkan angin/pam sehingga mencapai 60 psi/ 4 bar (pam yg digunakan mesti yang mempunyai meter pengukur tekanan)
6.Turun kan pengunci botol ke bawah supaya bdn roket dapat terbang ke hadapan @ ke atas.
Video Cara Pemasangan Pelancar Roket Air
Pautan di bawah merupakan video yang menunjukkan cara untuk memasang pelancar roket air yang dijual. Semoga ianya dapat membantu mereka yang membeli pelancar roket air tersebut daripada saya
sila muat turun di sini:
http://www.ziddu.com/download/8909001/caramemasangpelancarroketair.WMV.html
Video Cara Penggunaan Pelancar Roket Air
Di bawah ini cg masukkan link untuk peminat2 download bagi mendapatkan cara yang diperlukan untuk melancarkan roket air dengan menggunakan pelancar yang dibeli daripada cg. Diharapkan video ini dapat membantu anda menggunakan pelancar tersebut dengan baik.
http://www.ziddu.com/download/8901362/caramenggunakanpelancar_0001a.WMV.html
Illustrasi Pelancar Roket Air
Semoga bermanfaat dan dapat membantu anda semua...tq
Jenis2 botol yang boleh digunakan untuk pelancar ini seperti dibawah:
Jenis-jenis botol minuman bergas terpakai 1.5L yang biasa 'team' cikgu gunakan untuk membuat badan roket h2o. Botol yang kurang berlekuk-lekuk lebih sesuai digunakan untuk membuat badan roket h2o kerana ianya lebih senang untuk pemasangan sayap nanti.
Apa saja botol plastik yang sesuai boleh digunakan dan bergantung kepada kreativiti anda untuk memasang sayap padanya nanti. selamat mencuba
Jenis Pam yang boleh digunakan bagi pelancar di atas
Ada ramai pelajar2 dan guru yg bertanyakan berkaitan pam yang boleh digunakan semasa melancarkan roket h2o. Di sini cg muatnaik kan gamabar pam yg biasa digunakan di maokil untuk latihan dan pertandingan.
Ada satu pam yang mempunyai daya tahan yang baik digunakan untuk pelancaran roket. Semasa pertandinagan peringkat daerah dan semasa pertandingan rakan muda inovasi yang lepas cg telah menggunakannya., sehingga sekarang pam tersebut masih lagi boleh digunakan. Pam tersebut cg dah ubahsuaikan pada bahagian kabel untuk memasukkan angin. Cg dah tambah kabel tersebut menjadi lebih panjang untuk keselamatan semasa pelancaran (jika botol yg digunakan pecah/meletup)
Ada juga yang bertanyakan cg berkaitan dengan pam kaki sesuai atau tidak digunakan untuk pelancaran roket. Jawapannya, mana2 pam yang mempunyai meter utk pengukuran tekanan udara adalah sesuai digunakan cuma dari segi ketahanan pam kaki kebiasaannya tidak berapa tahan untuk jangka masa yang panjang. Cg pernah menggunakan pam kaki untuk pelancaran walaubagaimana pun pam tersebut hanya dapat bertahan untuk lebih kurang sepuluh kali pelancaran sahaja. Mungkin pelajar2 yang menggunakan pam tersebut menggunakannya dgn kasar @ mungkin struktur pam tersebut tidak sesuai utk pelancaran roket h2o.