iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 26 November 2014

Tempahan Pelancar Roket Air

As Salam dan Salam 1 Malaysia

Tempahan pelancar dan CD Power Point Slide Shows bagi tahun 2015 masih boleh dibuat sehingga stok pelantar kayu yang sedia ada habis. Selepas itu tempahan pelancar ditutup.    

Sebarang tempahan boleh melalui HP saya seperti di bawah. Harap maklum

azmi j
013/7394353 / 0109834353

Isnin, 18 Ogos 2014

Sorotan Lensa Kejayaan 2014


gambar pemenang semua kategori yang dipertandingkan
PTPR Negeri Johor 2014

Barisan Guru Penasihat PTPR 2014




Ahad, 17 Ogos 2014

Lensa Kejayaan SMK Maokil di PTPR Negeri Johor 2014

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT kerana memberikan kesempatan kepada Pasukan Roket Air SMK Maokil 2014 untuk berjaya mendapat Johan Roket Air Sasaran (R2) dan Johan Roket Air Inovasi (R4) sempena pertandingan PTPR 2014 di Politeknik Mersing pada 11- 13 Ogos 2014.
Tahniah kepada peserta
1. Mohd Hisyamudin bin Sufa'at
2. Saharzikri Bin Samsul
di atas kejayaan yang dicapai....





PTPR Negeri Johor 2014

Alhamdulillah berakhir sudah pertandingan PTPR negeri johor yang telah berlangsung di Politeknik Mersing pada 11 - 13 Ogos 2014 yang lalu. Pasukan SMK Maokil masih lagi diberikan kesempatan untuk mewakili daerah Segamat ke pertandingan tersebut dan ini merupakan tahun ke tiga berturut-turut pasukan SMK Maokil berjaya ke pertandingan PTPR Negeri Johor.

Pada tahun ini format pertandingan PTPR telah berubah sedikit dimana mata bagi semua kategori pertandingan diambil kira bagi menentukan Johan keseluruhan. Perubahan ini adalah mengikut format pertandingan Peringkat kebangsaan yang akan berlangsung nanti pada bulan september di UM yang dianjurkan oleh ANGKASA dan UM.

Mata keseluruhan adalah ditentukan berdasarkan Kategori:

R1-pembentangan teori roket dalam bahasa inggeris (20%)
R2-roket sasaran (60%)
R3-roket payung terjun (10%)
R4-roket terbuka/Inovasi (10%)

Bagi Kategori Roket Sasaran Perubahan yang agak besar telah dilakukan dimana terdapat pusingan awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir dijalankan.
Perlawanan yang sengit telah berlaku bagi kategori R2 ini pada edisi PTPR 2014 dimana pada pusingan awal sebanyak 13 pasukan daripada 19 pasukan telah berjaya mensasarkan bulatan sasaran yang jaraknya 73m dari tapak pelancaran. Pada pusingan seterusnya, jarak sasaran telah dikurangkan kepada 70m dan sebanyak 8 pasukan terbaik dipilih untuk memasuki pusingan akhir yang jarak sasaran dinaikkan kepada 75m.

Tahniah cikgu ucapkan kepada pasukan SMK Maokil kerana berjaya menjadi Johan bagi kategori Roket Sasaran setelah berjaya mengenepikan 8 pasukan terbaik yang lain. Walaubagimana pun agak malang bagi kategori Roket Payung Terjun kerana payung terjun gagal untuk kembang pada kedua-dua percubaan.

Bagi Kategori Roket terbuka/inovasi pasukan SMK Maokil masih lagi mengekalkan kejaguhan di peringkat Negeri bagi tahun yang ke tiga berturut-turut dengan menggondol Johan Kategori Inovasi. Syabas &Tahniah cikgu ucapkan kepada pasukan SMK Maokil.

Keputusan Penuh PTPR 2014.
Johan keseluruhan : SM Sains Muar 2
Tempat ke dua keseluruhan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke tiga keseluruhan : SMK Dato Onn, Batu Pahat

Keputusan Kategori Pembentangan Teori Roket (R1)
Johan : SM Sains Muar 1, Muar
Tempat ke dua : SM Sains Muar 2, Muar
Tempat ke tiga : SM Sains Sembrong, Kluang

Keputusan Roket Sasaran (R2)
Johan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke dua : SM Sains Muar 2 , Muar
Tempat ke tiga : SMK Dato Onn, Batu pahat

Keputusan Roket Payung Terjun (R3)
Johan : SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
Tempat ke dua : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing
Tempat ke tiga : SMK Dato Hj Hassan Yunus, Kluang

Keputusan Roket Terbuka/Inovasi (R4)
Johan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke dua : SMK Pasir Gudang, Pasir Gudang
Tempat ke tiga : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing

sekali lagi tahniah kepada pemenang. Doa kami semua semoga pasukan SM Sains Muar dapat mengharumkan nama Johor semasa pertandingan Kebangsaan nanti 'Good Luck' dan selamat bertanding.

Selasa, 1 Julai 2014

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket FST Negeri Johor 2014

Tahniah kepada peserta2 pertandingan roket air sempena FST Negeri johor yang telah berlangsung di SMK Tinggi Batu Pahat pada 24 hingga 26 Jun 2014.

Konsep pertandingan negeri pada tahun ini ialah semua roket (1 roket sasaran dan 1 roket payung terjun) dibina oleh pelajar ditempat pertandingan pada hari pertama dengan bahan2 disediakan oleh pihak sekolah/daerah masing2 mengikut senarai yang dibekalkan. Pertandingan akan dijalankan pada hari kedua melibatkan 2 kategori iaitu roket sasaran dan roket payung terjun sahaja.

Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut

Kategori Roket Sasaran
Johan : Daerah Kulai
Tempat ke 2 : Daerah Muar
Tempat ke 3 : Daerah Batu Pahat

Kategori Roket Payung Terjun
Johan : Daerah Segamat (SMK LKTP Maokil)
Tempat ke 2 : Daerah Kulai
Tempat ke 3 : Daerah Pasir Gudang

Johan Keseluruhan Roket Air FST Negeri Johor 2014
Daerah Kulai

Maaf cg tak ingat nama sekolah bagi setiap daerah.....cuma yang cg tahu bagi daerah segamat je... :)
Apa pun tahniah kepada semua pemenang. Yang tak berjaya cuba lagi...

Rakaman gambar-gambar semasa pertandingan

Sabtu, 21 Jun 2014

Pertandingan Roket Air Festival Sains dan Teknoloogi Daerah Segamat 2014

Alhamdulillah...pada tahun ini peserta SMK Maokil dapat sekali lagi mengekalkan kejuaraan di peringkat daerah. Tahniah cikgu ucapkan kepada 2 Bestari orang pelajar tingkatan 2 iaitu wan nazri bin wan esa dan Muhammad faiq bin Mohd Fazli. Anda berdua memang HEBAT..... setiap penat lelah anda berdua berlatih setiap petang membuahkan hasil...sekali lagi tahniah dan terima kasih cikgu ucapkan kepada anda berdua.

Keputusan Roket Sasaran:
1. SMK Seri Kenangan
2. SMK LKTP Maokil
3. SMK Seri Bali (x masuk bulatan - paling hampir dgn pusat bulatan)

Keputusan Roket Payung Terjun
1. SMK LKTP Maokil
2. SM Tinggi Segamat
3. SMK Seri Kenangan

Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket 2014 Daerah Segamat
SMK LKTP Maokil

Bersedia untuk pertandingan FST Negeri di Batu Pahat nanti pada 24-26 Jun 2014

Selasa, 18 Mac 2014

Tempahan Pelancar

Salam 1 Msia

Saya akan bercuti selama seminggu bermula pada hari khamis(20/3) sehinggalah jumaat (28/3) di terengganu. Tempahan pelancar dan CD Power Point Slide Shows masih boleh dibuat walaubagaimanapun penghantaran akan dilakukan selepas 28/3 nanti. Sebarang tempahan boleh melalui HP saya seperti di bawah. Harap maklum

azmi j
013/7394353 / 0109834353

Powerpoint Slide Show

Utk guru2 atau peminat2 roket air

Dapatkan persembahan 'powerpoint' di bawah untuk mengetahui bagaimana asas membina roket air

Setiap slide yang disediakan mempunyai penerangan terperinci dan urutan gambar langkah2 menghasilkannya.
Nota:
Untuk mendapatkan ebook power point show - asas membina roket air dan tips ini, sedikit sumbangan anda diperlukan iaitu sebanyak RM50 bg mempertingkatkan laman blog ini, harap maklum.

Harga ini akan dinaikkan setelah  10 orang pertama membuat bayaran bagi mendapatkan ebook powerpoint slide show ini. Jadi bertindaklah sekarang untuk mendapatkan harga promosi ini.
Dengan RM50 tersebut anda bukan sahaja akan mendapat CD powerpoint slide show asas membina roket air dan tips tetapi anda juga akan memperolehi 3 buah ebook (b. Inggeris) yang dikarang oleh pakar secara percuma // (for free) berkaitan dengan roket air iaitu:

1. Introduction to water rocket // Pengenalan kpd roket air ( 47 halaman / format pdf )
2. Water rocket handbook // Buku nota roket air ( 137 halaman / format pdf)
3. Model Rocketry Technical manual (16 halaman / format pdf)

Powerpoint shows ini sesuai digunakan oleh guru2 penasihat kelab rekacipta/roket sekolah untuk perbengkelan kepada ahli kelab / pelajar2 tentang asas bagaimana menghasilkan roket H2O ataupun untuk persediaan pelajar2 kepada pertandingan teknologi pelancaran roket H2O. Terdapat lebih kurang 163 slide yang disertakan dengan gambar-gambar dan penerangan ringkas bagi setiap gambar. Dengan melihat gambar yang disediakan sahaja, insyallah anda dapat menghasilkan roket air dengan baik. Bagi yang membeli CD ini bantuan khidmat nasihat juga disediakan sehingga anda berjaya menghasilkan satu roket air anda yang baik.


Tajuk2 yang dibincangkan dalam power point slide show- asas pembinaan roket air dan tips ialah seperti di bawah:

1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. KONSEP / TEORI
4. BAGAIMANA MEMBINA ROKET H2O

a. PERALATAN
b. MUNCUNG (NOSE CONE)
c. BADAN
d. SAYAP
e. REKABENTUK ROKET SASARAN / JARAK JAUH
f. ROKET PARACUT / PAYUNG TERJUN
g. PELANCAR ROKET RINGKAS

4. LANGKAH2 KESELAMATAN
5. TIP UNTUK PERTANDINGAN (bahasa Inggeris)

Anda tidak perlu membazirkan masa menyediakan bahan dan hanya perlu mendapatkan CD powerpoint slide show- asas pembinaan roket air dan tips ini dan tayangkan kepada peserta. Powerpoint shows ini dibuat dengan menarik untuk memberi kefahaman kpd peserta2 yang langsung tiada asas kepada roket air. Anda juga akan memperolehi 3 buah ‘ebook’ (english) secara percuma berkaitan dengan roket h2o yang dihasilkan oleh pakar yang sudah lama membabitkan diri dengan ‘water rocket’. Buku ini tiada dijual dipasaran dan hanya boleh diperolehi dilaman blog ini sahaja.

Selain daripada itu di dalam CD ini juga, anda ditunjukkan bagaimana membina pelancar roket air ringkas anda sendiri.

Kepada yang berminat sila hubungi no hp saya 013-7394353 / 0109834353 bagi mendapatkan no akauan bank saya. Pembayaran boleh dilakukan melalui :


                            maybank2u.com.my       my bsn.com.my

                 Transfer melalui mesin atm                      Cash deposit

Wang pos




Terima kasih
azmi j






Isnin, 17 Februari 2014

ROKET 2 PERINGKAT

As Salam dan Salam 1 Malaysia

Di sini cikgu masukkan pautan untuk menghasilkan roket 2 peringkat, pelajar2 boleh mencubanya untuk merasai suasana permainan roket air yang lebih menarik dan mengujakan anda.

BAHAGIAN 1www.youtube.com/watch?v=pEgEEYqv0rk
BAHAGIAN 2www.youtube.com/watch?v=6gp3EiidZRk

www.instructables.com/id/Water-Rocket-2-Stage-Mechanism/

Selamat mencuba

Ahad, 16 Februari 2014

Pelancar Roket Air


Salam 1 malaysia,

Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari terengganu @ di seberang lautan..

Pandangan sisi


Pandangan sisi


Pandangan depan

Pandangan atas

Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan. 

Ciri2:
1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan
2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg)
3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj
4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran
5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload
6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....
7. Senang dibawa ke mana2
8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul
9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah
10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++
11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang baru.
12. Tahan lasak....

p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.

"HARGA BARU BULAN JANUARI 2016 -RM150,
HARGA SEKARANG MASIH LAGI RM300 SEUNIT TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK-TAMBAHAN RM100 BAGI KOS PENGHANTARAN)
PENGHANTARAN DALAM MASA 3-7 HARI BEKERJA-MELALUI POS LAJU/GEDEX EXP.
HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG....


"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM250 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"

Harga bukan RM450....., Bukan RM350....... hanya RM150  untuk 10 unit terakhir sahaja.....
terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan. Sila buat tempahan sekarang.  Sila SMS/Call 013-7394353 / 0109834353 utk tempahan.

Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353 / 0109834353(Azmi)






Sabtu, 15 Februari 2014

As Salam dan salam 1 malaysia

Agak lama cikgu tidak menulis dilaman blog ini disebabkan kekangan masa. Biasalah awal persekolahan sentiasa dibebani dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.

Cikgu cuma ini mengingatkan pelajar2 yang bakal mewakili daerah masing2 ke pertandingan teknologi pelancaran roket (PTPR 2014) yang bakal di adakan kalau tak silap di daerah Mersing tidak berapa lama lagi. Bersiap sedia dengan roket bagi 4 kategori pertandingan iaitu kategori perbentangan dalam bahasa inggeris, roket sasaran, roket payung terjun dan kategori roket terbuka.

Latihan dan persiapan awal akan meningkatkan potensi untuk mencapai kejayaan.

Jumpa di sana nanti

Khamis, 13 Februari 2014

Perbengkelan Roket Air SMK Bandar Putra Segamat

Salam 1 Malaysia.....

Tahniah kepada pelajar2 yang mengikuti bengkel pembinaan roket air sasaran dan payung terjun di SMK Bandar Putra Segamat pada 10/2/2014 yang lalu smpena Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah. Semua peserta menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan roket air yang terbaik. Terima Kasih cikgu ucapan kepada Cg Rajis dan Cg Kamarul Azlan yang sudi menjemput cikgu untuk berkongsi cara2 membina roket air. Semoga ilmu yang cikgu berikan dapat membantu pelajar2 menghasilkan roket air yang terbaik.
Jumpa nanti pada FST Daerah segamat yang akan diadakan nanti...

Berikut merupakan catatan peristiwa yang berjaya dirakamkan semasa program tersebut.

Dalam proses muatnaik..sabar ya..

KLIK DISINI