Jumaat, 2009 November 06

Cara mudah membina roket h2o

Muat turun persembahan 'powerpoint' di bawah untuk mengetahui bagaimana membina roket h2o.(Persembahan 'powerpoint' ini ditunjukkan kepada pelajar2 SK Btk Hampar, SMK Maokil dan SK Maokil 2 semasa program perbengkelan roket h2o)

Bahagian 1
Bahagian 2 (samb)
Bahagian 3 (samb)
Bahagian 4 (samb)
Bahagian 5 (samb)
Bahagian 6 (samb)

selamat menghasilkan roket h2o anda sendiri...

semoga bergembira....

Rabu, 2009 November 04

Contoh Laporan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan laporan penuh pertandingan teknologi pelancaran roket h2o jemputan maokil kali pertama 2009

sila muat turun disini


tq

Selasa, 2009 November 03

Ujikaji......eksperimen....

Ada ramai yang bertanyakan cikgu bagaimana untuk memghasilkan satu roket sasaran yang baik (setiap kali pelancaran memasuki sasaran 'eye's bull')....jawapannya adalah ujikaji/eksperimen....

Sebelum anda membuat eksperimen, tentukan dahulu apakah pembolehubah yang ingin anda manipulasikan, tetapkan pembolehubah yang dimalarkan dan tentukan pembolehubah yang akan bergerakbalas (sama seperti anda melakukan eksperimen dalam subjek sains)

Sebelum anda menentukan pembolehubah, anda perlulah mengetahui apakah faktor2 yang mempengaruhi jarak penerbangan roket h2o/jarak sasaran. Antara faktor yang boleh difikirkan adalah :

1.Bentuk roket
2.Berat roket
3.Isipadu air yang akan digunakan
4.sudut sasaran (30,35,40,45....dll)
5.jenis pelancar
6.jarak pelancar dan sasaran
7.Tekanan yang dikenakan (cth 40 psi,50 psi, 60psi....dll)

Setelah itu, tetapkan apakah pembolehubah yang akan dimanipulasi dalam eksperimen anda (cth: isipadu air yan digunakan) dan juga apakah faktor yang akan bergerakbalas (cth: jarak sasaran)

Jika faktor isipadu air yang dimanipulasikan dan jarak sasaran sebagai pembolehuabah yang bergerakbalas telah dipilih, maka faktor2 lain seperti bentuk roket,berat roket,sudut sasaran,jenis pelancar perlulah ditetapkan (pembolehubah yang dimalarkan)

Buatlah hipotesis yang bersesuaian sepertimana anda telah belajar dalam subjek sains.
Kemudian lakukan eksperimen bagi menguji hipotesis yang telah anda buat.
Setiap kali eksperimen dibuat rekodkan data yang diperolehi....











Tarikh Isipadu Air Jarak
Sasaran
Catatan


Ini lah kunci kejayaan bagi membina roket h2o yang sentiasa memasuki 'eye's bull'

Perbengkelan Roket H2O di SK maokil 2



Pada 2/11, cg dan 10 orang pelajar ting 3 2009 telah di undang ke SK Maokil 2 bagi mengajar pelajar2 tahun 6 membina roket h2o masing2. Aktiviti berjalan dengan lancar dan pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 dapat menyaipkan 2 jenis roket h2o, sasaran dan paracut dengan dibantu oleh 10 orang pelajar ting 3.



Tahniah cg ucapkan kepada pelajar2 thn 6 SK Maokil 2 kerana begitu bersungguh2 menyaipkan roket masing2 selama 3 jam lebih perbengkelan berlangsung. Tidak lupa juga, cg ucapakan terima kasih kepada Guru Besar dan pihak pentadbiran SK maokil 2 kerana menjemput cg untuk mengadakan perbengkelan roket kepada pelajar2 thn 6 sebagai aktiviti selepas peperiksaan UPSR 2009. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada cg roslee dan cg haslizan yang bersama2 cg sepanjang perbengkelan tersebut berlangsung.





Pada pukul 12:00 tgh aktiviti pelancaran dijalankan bagi kedua2 roket h2o dijalankan.
Semua kumpulan berjaya menerbangkan roket sasaran lebih kurang 100 m. Walaubagaimanapun bagi roket paracut hanya 2 kumpulan sahaja yang roketnya berjaya mengembangkan paracut. Kumpulan lain mengalami masalah paracut samada paracut koyak semasa pelancaran ataupun tidak berjaya keluar daripada kon.





Secara umumnya, objektif perbengkelan ini telah berjaya dicapai bagi melatih pelajar2 membina roket h2o paracut dan sasaran.

Tahniah sekali lagi kepada pelajar2 tahun 6 dan guru2 yang terlibat....

semoga aktiviti ini dapat merancakkan lagi minat pelajar2 dalam bidang sains dan teknologi dan memperkembangkan roket h2o di daerah segamat dan malaysia...

Isnin, 2009 November 02

Contoh kertas Kerja Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

Kepada cikgu2 @ sesiapa sahaja yang berminat untuk menganjurkan pertandingan teknologi pelancaran roket ini ada contoh kertas kerja yang ingin saya kongsi bersama-sama. Kertas kerja ini dibuat semasa saya menganjurkan pertandingan jemputan kali pertama smk maokil yang lepas.

Ingin muat turun.......Sila dapatkan di sini

Sabtu, 2009 Oktober 31

Utamakan Keselamatan

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khusus, antara nya



1)Selepas angin dimasukkan ke dalam roket h2o, anda dilarang sama sekali untuk berada berdekatan dengan roket h2o bagi mengelakkan kemalangan.



2) Semasa angin sedang dipam ke dalam roket air, pastikan rakan anda tidak melihat roket tersebut dari bahagian atas (pelancaran roket payung terjun)



3) Semasa angin sedang dipam ke dalam roket air, pastikan rakan anda tidak melintas dibahagian hadapan roket tersebut pelancaran roket sasaran)

Jumaat, 2009 Oktober 30

Bahaya kon (nose cone) semasa pelancaran roket paracut







Gambar di atas menunjukkan resiko yang dihadapi oleh peserta2 pelancaran roket paracut. Pastikan anda semua melihat ke atas semasa pelancaran dibuat dan perhatikan di mana kon akan jatuh untuk mengelakkan sebarang kecederaan.....

Sebagai langkah keselamatan, hanya yang akan melancarkan roket mereka sahaja yang dibenarkan berada berhampiran pelancar. Pastikan penonton berada 5-10 m dari tapak pelancaran.

Khamis, 2009 Oktober 29

Ada yang nak beli Pelancar....??

Ada permintaan drpd guru2 penasihat/pengiring daerah segamat untuk membeli pelancar yang cg gunakan semasa kejohanan peringkat daerah dan kejohanan smk maokil jemputan baru-baru ini.

Untuk makluman semua yang berminat, cg ada menjual pelancar tersebut pada harga RM100seunit dan sumbangan yang anda berikan akan dimasukkan ke dalam akaun kelab roket dan rekacipta smk maokil. Harap maklum....sebarang tempahan boleh melalui email cikgu : azmi.jaaffar@yahoo.com.my







Untuk 20 unit terawal Diskaun RM30, harga promosi RM70 sahaja harap maklum. Siapa cepat dia dapat.....ler...

Ciri-ciri
1. Boleh digunakan untuk pelancaran roket h2o sasaran dan payung terjun
2. Mempunyai injap/valve air keluar
3. Mempunyai injap/valve keluar angin
4. Sudut boleh diukur menggunakan jangka sudut
5. Alat ganti mudah didapati di kedai hardware
6. Alat ganti murah
7. Selamat digunakan


tq

Rabu, 2009 Oktober 28

Generasi Pelapis Roket h2o



Gambar ini diambil semasa kejohanan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan SMK Maokil kali pertama pada 26/10/2009.



Inilah barisan pelapis yang akan memperkembangkan lagi roket h2o.

Terima kasih diucapkan kepada Cg Normah, Cg Roslee, Cg Haslizan dan guru2 pengiring yang lain kerana membawa pelajar2 pra sekolah dan pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 menyaksikan pertandingan yang dijalankan di SMK Maokil. Pendedahan awal kepada pelajar2 sekolah rendah akan menambahkan minat para pelajar untuk memgetahui dengan lebih mendalam roket h2o.

Kepada pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 tunggu kehadiran cikgu dan fasilitator (pelajar ting 3) yang akan mengadakan bengkel pembinaan roket h2o pada 2/11 nanti.

Selasa, 2009 Oktober 27

Gambar Roket Sasaran

1..2...3.....zooooooom



Roket Sasaran yang baru dilepaskan daripada pelancaran, lihat lah daya tolakan air yang membantu roket h2o terbang kehadapan.



Sayang sekali kebanyakkan roket sasaran yang dihasilkan tidak berjaya memasuki bulatan sasaran (eye's bull) semasa pusingan pertama roket sasaran kejohanan teknologi pelancaran roket jemputan SMK Maokil tapi pada pusingan ke dua ada beberapa roket yang berjaya memasuki bulatan sasaran.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada cg baha, cg subra, cg fadzil dan cg alias yang menjadi hakim serta pembantu-pembantu padang pelajar2 ting 3 dan 4 yang telah bersusah payah membantu cikgu semasa pertanding roket jemputan SMK Maokil kali pertama diadakan. Anda semua memang profesional....and bezz. Tak lupa juga kepada cg zainal yang telah mengambil gambar2 yang menarik semasa pertandingan tersebut berlangsung. Tak lupa juga kepada pengurusan sekolah yang membenarkan program ini berlangsung. Dan akhir sekali kepada peserta2 dan guru pengiring yang sudi untuk bertarung....syabas cg ucapkan.......semoga roket h2o ini akan berkembang dengan pesat khususnya di Segamat dan amnya di Malaysia.....

Hidup roket h2o......