Ada ramai pelajar yang bertanyakan tentang bagaimana membina roket payload.
Cara pembinaan Roket payload sama seperti roket paracut(lihat di bahagian roket payung terjun dalam blog ini) cuma yang membezakannya adalah roket payload membawa kargo (sebarang benda - kebiasaannya telur). Kargo ini diikat kepada payung terjun. Semasa pelancaran, kargo diletakkan di bahagian atas roket (di dalam kon/muncung/nose cone). Kargo bersama2 payung akan terpisah daripada roket dan muncung.Payung akan terbuka/kembang dan membawa kargo ini turun secara perlahan-lahan.
Semasa pertandingan, kargo yang jatuh paling cepat dan tidak mengalami sebarang kerosakkan akan dikira sebagai pemenang.
Cabarannya di sini ialah bagaimana nak menghasilkan payung yang mampu membawa turun kargo dengan selamat dan paling cepat? Lakukan eksperimen untuk mendapatkan saiz payung yang sesuai bagi menurunkan kargo dengan selamat dan paling cepat... selamat mencuba, semoga berjaya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini