iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 15 Julai 2009

Soalan.....

Apakah ia roket h2o dan apa kaitannya dengan bidang sains?

Roket h2o ialah roket yang disediakan menggunakan botol minuman bergas terpakai 1.5 L di dalamnya dimampatkan udara dan air bagi membolehkannya terbang. Ia sangat berkaitan dengan bidang sains kerana kita dapat belajar banyak konsep sains iaitu pergerakan, daya, tenaga, penerbangan dan juga kaedah sainstifik.

Bagaimana roket h2o boleh terbang?

Tekanan udara dan air akan menolak roket h2o ke atas.

Apakah yang objektif yang diharapkan dalam pertandingan roket?

Objektifnya adalah menghasilkan roket h2o yang dapat terbang seberapa lama yang dapat.
Objektif lain bergantung kepada acara seperti jarak yang paling jauh, memasuki target yang ditetapkan, mendaratkan telur tanpa pecah dan lain-lain lagi.

Soalan-soalan yang perlu diambil perhatian:

Kenapa perlu kita menggunakan air?
Adakah roket h2o akan terbang tanpa menggunakan air?
Jika sedikit sahaja air dimasukkan adakah ia akan berfungsi @ adakah lebih banyak air dimasukkan adalah lebih baik?
Adakah ia akan terbang paling baik jika air dimasukkan sehingga penuh ke dalam botol?
Apakah isipadu air yang terbaik untuk roket h2o sasaran dan paracut?


Untuk menjawab soalan-soalan di atas, kita perlu menjalankan eksperimen isipadu air yang berbeza dengan menggunakan botol minuman bergas tanpa sebarang pengubahsuaian.

Untuk mendapatkan nilai isipadua air yang tepat perlu dimasukkan ke dalam roket h2o anda, eksperimen sepatutnya dijalankan bagi roket h2o yang telah siap dipasangkan sayap dan kon. Apa yang perlu anda ketahui berat roket h2o yang berbeza, jenis botol yang berbeza memerlukan isipadu air yang berbeza. Kebiasaanya air di masukkan 1/3 daripada isipadu keseluruhan botol minuman bergas yang anda gunakan.

Kenapakah roket h2o yang penuh dengan air gagal untuk berlepas?

Kerana ianya sangat berat (massive). Ini boleh diterangkan dengan
Hukum Newton Pertama: Satu objek yang berada dalam keadaan rehat akan kekalkan keadaan rehatnya manakala objek yang sedang bergerak akan kekalkan keadaan geraknya
(A body at rest tends to remain at rest and a body in motion tends to stay in motion.)

Roket h2o tiada "oomph" (daya) yang cukup untuk berlepas.Kenapa?

Tidak cukup daya kerana secara relatifnya jisim roket h2o anda terlalu besar. Semakin besar jisim roket h2o, semakin kurang pecutannya dengan menggunakan daya yang sama. Penerangannya berdasarkan
Hukum Pergerakan Newton ke dua: Daya sama dengan hasil darab jisim dan pecutan
(Force equals Mass times Acceleration).

Kenapa arah air dikeluarkan dari botol bertentangan dengan arah pergerakan roket h2o?

Daya yang terhasil adalah sama bagi kedua-dua arah. Hal ini boleh diterangkan berdasarkan Hukum Pergerakan Newton ke tiga: Bagi setiap tindakan ada daya yang sama bertindak pada arah yang bertentangan (For every action there is an equal but opposite reaction).

Terima kasih diucapkan kepada:

Mr. Hayhurst's Quick and Easy Bottle Rocket.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini