iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 13 Julai 2009

Roket h2o (Paracut)

Cepat dan Mudah membina Roket h2o (Paracut)

Objektif
Membina 1 roket h2o yang boleh terbang tegak ke atas dan jatuh semula ke bumi dalam jangka masa yang maksimum/lama

Bahan
1 botol minuman bergas 1.5L
Kulit Fail plastik
Plastik folio
Selotape
Gunting
Benang anchor
Bag plastic sampah nipis (biru)
Binding tape
Penebuk lubang

Kaedah
Ada 2 cara untuk membina badan roket h2o. Badan roket h20 boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher. Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :
Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk membuat leher pada badan roket h2o



Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.





Jika anda tidak mahun memasang leher pada roket h2o anda, gambarnya seperti di bawah:



Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda. Potong 4 keping kulit fail plastik mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki. Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba bentuk lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket h2o anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk membuat sayap roket h2o anda antaranya 'craftboard', 'mounting board', 'manila card' dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai.







Tandakan 4 garisan selari yang lurus pada botol minuman bergas tersebut dengan menggunakan marker. Garisan ini akan digunakan sebagai petunjuk bagi melekatkan sayap pada badan roket h2o anda. Garisan yang anda lukis tersebut hendaklah sama jarak antara satu sama lain bagi membolehkan sayap yang akan anda lekatkan berada dalam keadaan tegak dan selari.












Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya. Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat. Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding diameter botol yang dijadikan badan roket h2o.











Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket h2o akan terlekat pada badan roket h2o dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan tab pada bahagian badan roket h2o di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah untuk menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket h2o semasa dilancarkan nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket h2o anda.







Cara untuk membuat paracut
Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic sampah yang nipis.
Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat kepada 4 bahagian.Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.















Ukuran panjang tali payung yang sesuai digunakan adalah 1.25 – 1.5 X diameter paracut yang anda buat. Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung kepada anda. Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada payung terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak pada tempat di mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.



Sekarang roket h2o anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat payung yang anda buat dengan badan roket h2o anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara lipatan yang biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di atas tidak sesuai untuk roket h2o anda.



Gambar roket h2o yang terapung-apung diudara.....



Selamat mencuba
Hati-hati semasa pelancaran roket h2o dan semoga bergembira….!

Perhatian : Sila Tuliskan nama anda jika anda ingin bertanyakan soalan, Selepas ini..Soalan tanpa nama yang bertanya , tidak akan dilayan harap maklum..…....

90 ulasan :

  1. Tahniah di atas usaha anda menerangkan cara-cara membuat roket paracut dan roket sasaran. Semoga dengan usaha anda ini akan memperkembangkan permainan roket h2o di Malaysia

    BalasPadam
  2. saya akan mencuba nya....

    BalasPadam
  3. cik azmi pelancar itu siap pam sekali ke
    pelancar je

    BalasPadam
  4. x fham bhagian pastik 2 je..ptong blah tepi..?? tepi mne ekk?? lgi 1...kt mne nk ltak plastik smpah yg da siap di lekat ??

    BalasPadam
  5. Beg plastik sampah tu kita potong bahagian bawah nyer jd mcm kain sarungkan, lps tu belah bahagian tepi sarung tersebut maka t'jadi lah satu hamparan yg besar....kan. Kalau nak hasilkan paracut yg besar, ambil 2 beg plastik sampah. Buat mcm kat atas, kemudian lekatkan dgn gam @ selotape 2 hamparan yg besar tadi menjadi satu. Lepas tu baru lipat dan potong...selamat menghasilkan paracut ...

    BalasPadam
  6. we will try..thanx! :)

    BalasPadam
  7. panjang tali tu agak2 panjang mane?

    BalasPadam
  8. Pjg tali yg paling bagus adalah 1.25x diameter paracut.

    BalasPadam
  9. lau nk con tu cepat terbuka mcm mane? sy x brape faham..tab dibuat drpd ape?

    BalasPadam
  10. Tab : boleh dicuba drpd pelbagai bahan spt kertas manila, kulit fail, plastik botol dll- carilah bahan yg kukuh/kuat/tidak mudah rosak

    Kon : yang paling baik ialah yang akan terpisah drpd badan roket pd puncak ketinggian roket. Inilah yg paling sukar dilakukan.... Utk menghasilkan nya perlu dilakukan banyak kali percubaan. Cg x dapat nak bagi tahu yang tepat sebab setiap roket mempunyai berat berbeza (saiz sayap, saiz kon, berat kon - perlu ditimbang, botol yg digunakan-adalah berbeza). Jarak tab dgn hujung botol juga perlu diubah suai/ diambil kira, jika terlampau pendek, kon akan cepat terpisah dan jika terlalu jauh dari hujung kemungkinan kon langsung tidak terpisah drpd badan roket.

    Langkah yg paling baik ialah mesti dilakukan banyak kali percubaan dan setiap kali pelancaran hendaklah dicatatkan dalam buku log faktor2 yg cg nyatakan di atas supaya senang utk diubahsuai pada pelancaran yg lain.

    BalasPadam
  11. Cg lebih suka kalau yang bertanya... apalah salahkira nya meletakkan nama masing2 supaya cg tahu siapa sebenarnya yg bertanya tu....

    BalasPadam
  12. x berapa faham la....payung letak dalam leher.cam ne payung 2 nx keluar sedangkan kat atas 2 ditutup dengan kon???

    BalasPadam
  13. Adilan; kat sini lah menguji kretiviti pelajar...kat kon nak kena masukkan sedikit pemberat agar pada puncak ketinggian bila roket berpusing utk jatuh ke bawah kon lebih duku akan jatuh disebabkan pemberat tersebut....berapa berat pemberat nak masuk dlm kon kena buat eksperimen carilah berat yg sesuai utk roket anda....begitu juga dgn saiz payung berapa besar yg paling sesuai utk saiz kon dan roket yg anda buat...semuanya perlu dibuat ujikaji....jadilah seorg pelajar yg kreatif.....semoga berjaya...

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum cikgu..
    Saya nak tanya,macam mana nak letak dua parachute dalam satu kon sebab saya tengok ada kumpulan yang buat macam tu.

    BalasPadam
  16. Wan, kalau ikutkan cg...buat mcm biasa je cuma 2 payung tu.. setiap satu payung kena buat kecil sikit baru muat nak masuk ke dalam kon nanti....cg pun nak mintak pelajar cg cuba letak 2 payung mcm idea wan.....nanti kalau ok cg pos kan gambar2 nyer...

    BalasPadam
  17. Afiq: nak hasil kan payung yg besar senang je.....guna 2 keping beg plastik sampah yg paling besar (cari yg lembut dan nipis). Cantumkan 2 plastik sampah tersebut menjadi satu dengan menggunakan gam atau selotape. Kemudian baru lipat seperti gambar yg cg tunjukkan kat atas.

    Tapi kena ingat, semakin besar payung semakin berat roket air anda....carilah saiz payung yg paling sesuai dgn roket anda......buat eksperimen :D

    BalasPadam
  18. ok,tapi nak lipat asing2 ke sekali? dan macam mana nak lekat kan 2 parachute tu?

    BalasPadam
  19. ok, tapi nak lipat asing2 ke sekali? dan macam mana nak lekat kan 2 parachute tu dekat badan botol?

    BalasPadam
  20. Cuba lipat dua-dua sekali dulu sbb cg dah pernah cuba lipat asing2....satu payung je yg kembang satu lagi tak kembang dan menjadi beban kepada payung yang satu lagi...semakin cepat masa yg diambil utk roket jatuh ke bumi.

    BalasPadam
  21. Boleh juga dicuba utk lekatkan payung -satu di bahagian atas dan satu lagi diikat pada bahagian nozzle (mulut botol). Tali payung biar sama panjang. Bila ke dua2 payung kembang, roket anda akan berada dalam keadaan melintang...selamat mencuba, jika berjaya sila maklumkan kepada cg..utk dikongsi dengan pelajar2 yang lain....tq

    BalasPadam
  22. Izma....senang je...beli lah pelancar drpd saya...huhuhuuhuu....:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. pungkok hang la

      Padam
    2. Ada jual pelancar roket ke.. Boleh whtsapp 0132557186

      Padam
  23. cikgu,saya x buat pun 2 parachute sbb x reti nak buat macam mana.
    anyway thanks for the info cikgu..:D

    BalasPadam
  24. salam cg..
    sayap mcm mne yg baik..
    saiz y besr ke y kcil...
    ape fungsi sayap..

    BalasPadam
  25. plasticine perlu letak ke x?

    BalasPadam
  26. jika cikg masih gune blog ni ,tolong lah balas :( sy nak tnye,kan kite nak pam botol yg diisi air tu kan? mcm mana angin nak masuk dalam botol tu?nak kena tebuk lobang dkt penutp tu ke atau mcmmne? tolonglah!

    BalasPadam
  27. Ima, tgk blog cg bahagian pelancar roket air kat situ cg ada tunjukkan cara nak lancarkan roket air guna pelancar yg cg jual...tp kalau pertandingan tak guna pelancar tuu...biasa guna yg tripod....lebih canggih...tp lebih mahal ler harganya....jangan tebuk penutup ya.......

    BalasPadam
  28. cg...cam ne plak nk masukkan tali tu dlm leher roket tu..nk kene ikat kat bahagian maane???

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh lekatkan di bahagian dasar botol yg dijadikan badan roket atau tebuk lubang pada leher dan ikatkan pada bahagian tepi leher yang anda sediakan

      Padam
  29. boleh sy dptkan gambar roket H2O yang sedang terapung dlm saiz yg lebih besar dan jelas? Nak guna utk cover pamphlet karnival sc peringkat daerah .... noorliza_an@yahoo.com

    BalasPadam
  30. thankss.. akhirnye saya jumpa juga cara yg terbaek buat parashute.. :D

    BalasPadam
  31. brapa byk isipadu air prlu diisikan sblum roket dilancarkn??

    BalasPadam
  32. biasa isipadu air sebanyak 1/3 daripada isipadu botol

    BalasPadam
  33. Macam mne nk salotape muncungnye?

    BalasPadam
  34. muncung bg roket payung terjun x boleh dilekatkan pd badan nanti payung terjun tak akan kembang bila dilancarkan....bagi roket sasaran/jarak jauh muncung dilekatkan dengan menggunakan selotape jernih atau boleh jg guna binding tape....ikut kesesuaian lah....

    BalasPadam
  35. cikgu,tali jenis apa yang sesuai digunakan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa pelajar-pelajar kat sini guna benang anchor yg di gunakan utk ikat kertas jawapan semasa peperiksaan....sebenarnya apa2 saja tali/benang yg tidak terlalu berat atau terlampau ringan boleh digunakan

      Padam
  36. mmg AWESOME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  37. cikgu kalau tak buat kon boleh ke?? saya harap cikgu balas dengan segera!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kon berfungsi untuk melindungi payung terjun, mencantikan roket...nampak macam roket sebenar dan boleh mengurangkan rintangan udara bergantung kpd bentuk kon yang dihasikan...sebaiknya bagi roket payung terjun mesti ada kon. kalau anda tidak meletakkan kon pada badan roket air anda, akan menyebabkan plastik payung terjun akan terkoyak semasa pelancaran, roket air tidak dapat naik dengan lebih tinggi dan payung terjun akan lebih cepat kembang(sepatutnya roket payung terjun yang baik -payung akan kembang pada puncak ketinggian semasa pelancaran)

      Padam
  38. cikgu,macam mana nak lipat yg 4segi tu?saya tak faham..saya buat jadi dapat 2 parachute walaupun guna satu je plastik sampah dan parachute tu bersaiz kecil..nak salotape tu pun saya tak tahu..tolong cikgu

    BalasPadam
  39. trima kasih utk pengetahuan tntng cara membuat roket ini shingga sy lyak utk mnyertai peringkat kebangsaan.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah azim dan azri...buat yg terbaik semasa pertandingan kebangsaan....semoga dpt mewakili malaysia ke pertandingan asia pasifik nanti...

      Padam
  40. Cikgu saya ckp kalau lebih besar parachute tu lebih lama dia terbang dkt langit. Jd saya guna 4 plastic sampah. Bg pndapat cikgu mcm mana? Tkde tab tkpe ke. Just letak kon tu mcm tu je.ada mrkah ke bg kekemasan atau kcntikan roket tu. Ckgu tlg reply secepat yg mungkin. Terima kasih sgt2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut teori mmg mcm tu lebih besar payung terjun maka lebih lamalah masa roket akan terapung2 diudara....walaubagaimanapun ada beberapa perkara yg perlu dipertimbangkan

      1)semakin besar payung semakin berat keseluruhan roket yg anda hasilkan....semasa pelancaran roket tak dapat terbang tinggi

      2)kesukaran utk payung dilipat bagi memasukkannya ke dlm kon

      3)terpaksa menghasilkan kon yg lebih besar/lebar daimeter -rintangan udara lebih tinggi

      4)kadang2 payung terjun akan terlekat dalam kon- payung terjun sukar utk kembnag

      jadi besar payung kena bersesuaian dengan kon dan berat badan roket air anda...mcm mana nak dapatkn saiz payung dan berat roket yang sesuai...kena buat byk kali cubaan....selamat berjaya..

      'tab' berfungsi utk menghalang kon daripada masuk lebih dalam pada badan roket semasa pelancaran dan menghalang kon daripada terpisah dr badan roket...jika payung yg dihasilkan besar tak gunakan tab pun tiada masalah sbb payung akan menghalang kon termasuk lebih dalam... cuma dikhuatiri kon tidak terpisah dari badan dan menghalang payung terjun kembang...

      tiada markah kekemasan dan cantik bg kategori roket payung terjun dan roket sasaran...

      Padam
  41. Cikgu, tahun ni pertama kali saya akan masuk bertanding roket air dan juga tahun pertama mengenali dengan lebih dekat tentang roket air. Saya nak tanya, pelancar tu nnti akan disediakan di prtndingan tu ke atau dibawa sndiri? Boleh tk ckgu terang kan tatacara pertandingan peringkat negeri? Saya masih blurr lg. Trima kasih ckgu

    BalasPadam
  42. pelancar biasa di sediakan oleh pengelola...kecuali diberitahu supaya setiap pasukan membawa pelancar masing2.
    Pertandingan peringkat negeri mengikut format pertandingan yang dibekalkan oleh negeri masing2. Ada yang mempertandingkan 2 kategori iaitu roket sasaran dan roket payung terjun...ada negeri yg mempertandingkan 4 kategori mengikut format PTPR iaitu pembentangan teori berkaitan roket, roket sasaran, roket payung terjun dan kategori terbuka...ikut format negeri masing2.

    BalasPadam
  43. kadar air dalam botol selalu nye berape liter? dan berape anggaran untk melepaskan roket tersebt?

    BalasPadam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. bagus.. trma kasih encik

    BalasPadam
  46. Cikgu air isi dalam botol je ke???? Dalam pelancar mcmana???? Air xjatuh ke dalam pelancar ke semasa kita pasangkan roket ke pelancar??????

    BalasPadam
  47. Cikgu saya tak faham ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain kali cikgu ajar dengar...jangan ponteng kelas je gi isap gam

      Padam
  48. saya baru tahu tips itu

    BalasPadam
  49. Mcam mana nak lekatkan parachute tu kat botol? Tak paham. Harap cikgu balas segera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambik gam pastu lekat jela.tu pun nak aku ajar ke?susahlah semua bende nak aku ajar

      Padam
  50. Cikgu ..paracut tu da siap nk pasang kt bahagian mne??

    BalasPadam
  51. Cikgu ..paracut tu da siap nk pasang kt bahagian mne??

    BalasPadam
  52. maaf baru berkesempatan buka blog...lekatkan tali paracut pd bhg blkg botol dengan menggunakan binding tape

    BalasPadam
  53. sungguh hebat....Saya akan cuba...

    BalasPadam
  54. KulitFail plastik tu hok ane??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat sayap boleh guna apa shj bahan yg agak keras tp Tak merbahaya...cth kotak terpakai, mounting board, strawboard,Manila card dll... Bentuk sayap ikut kreativiti pelajar

      Padam
  55. KulitFail plastik tu hok ane??????

    BalasPadam
  56. Arahan sangat bebal dan tidak memuaskan
    #Nora_bagi_ satu_bintang..

    BalasPadam
  57. macam mana nk masukkan air ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. buka pili air jela.ke ko x bayar bil air?ko buat duit tu gi mane?

      Padam
  58. Ya payung terjun yg pelajar2 hasilkan letak di dalam kon. Jangan lupa utk lekatkan Tali payung terjun pada badan roket air.

    BalasPadam
  59. Jaga lah tutur kata dan adab percakapan semasa bertanya. Gunakan bahasa yang sopan...jangan sampai ada yang akan menyumpah anda setiap kali terbaca tulisan yang anda tulis.

    BalasPadam
  60. Apakah fungsi muncung tajam di atas rocket tersebut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muncung tajam bg sesebuah roket adalah utk menjadikan roket air lebih berbentuk aeeodinamik. Ini akan membantu roket air anda untuk terbang lebih jauh atau lebih tinggi.

      Padam
  61. Assalamualaikum, jika cikgu ada membuat video cara pembuatan roket air, mohon kongsikan video tersebut. Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ...Tak der lg buat masa skrg, khairunnisa
      Nanti cg akan usahakan.

      Padam
  62. Assalamualaikum cikgu. Mohon bertanya, apakah faktor2 roket air parachute ni utk trbg tinggi dan brjaya ya,? Mohon respon drpd pihak tuan

    BalasPadam
  63. Makin ringan roket payung terjun makin tinggi roket tu dpt terbang ke atas. Nak berjaya mmg kena byk buat byk latihan..

    BalasPadam
  64. Cg nak masukkan payung terjun dalam leher roket kena tampalkan benang atau tali tu kat badan roket ke tak payah

    BalasPadam
  65. Cg nk laporan utk projek ni bole. Nk rujuk

    BalasPadam

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini