iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Jumaat, 3 Julai 2009

9 Perkara utama yang perlu diketahui

1) Meningkatkan jarak sasaran roket h2o
a)Maksimumkan isipadu air dan tekanan yang dikenakan kepada roket h2o
b)Tingkatkan kestabilan roket h2o dengan cara merendahkan Pusat tekanan (COP-center of pressure),mesti berada di bawah Pusat jisim (COM-center of mass)
c)Kurangkan seretan udara dengan cara membina roket h2o yang lurus/tegak dan sayap mesti selari di antara satu sama lain.

2) Jika roket h2o anda kelihatan cantik. Adakah ia akan terbang tinggi @ jauh?
Anda mesti faham prinsip-prinsip fizik sebelum membina roket h2o anda. Prinsip daya (tolakan, gravity dll), seretan dan kestabilan – sangat penting untuk membina roket h2o yang baik.

3) Penggunaan muncung yang berat untuk membolehkan payung terjun terbuka
Ada banyak cara lain yang boleh dicuba untuk membolehkan payung terjun terbuka semasa roket h2o berada pada puncak ketinggian- Penggunaan timer(spring loading), getah, ‘air speed sensitive flap’ dan lain-lain boleh dicuba penggunaanya.

4) Penggunaan pelekat(selotape) yang sesuai untuk melekatkan bahagia-bahagian roket.
Ada pelekat yang kuat tapi ia akan menambahkan berat yang tidak diperlukan oleh roket h2o-mengurangkan prestasi roket h2o. Satu pusingan pelekat pada bahagian botol (pelekat wayar elektrik) meningkatkan berat 3 -10 gram, mengurangkan masa penerbangan 1-3 saat.

5) Adakah Semua bahan/bahagian roket h2o mesti kalis air?
Tidak semestinya kalis air tetapi yang lebih penting bahan tersebut mesti ringan dan kuat/kukuh. Roket h2o yang stabil akan terbang tegak dan air akan dikeluarkan melalui muncung botol/‘nozzle’ jauh daripada badan roket h2o.

6) Isipadu air tidak mempengaruhi prestasi roket h2o.
Jika itu tanggapan anda, anda melakukan kesilapan yang paling besar, Isipadu air sangat mempengaruhi ketinggian dan jarak sasaran roket h2o. Air merupakan pencetus pecutan/’thrust’ tetapi ia juga meningkatkan berat roket h2o. Penggunaan isipadu air yang bersesuaian/optimum perlu ditentukan melalui eksperimen untuk mendapatkan keseimbangan antara ‘thrust dan berat roket h2o supaya roket h2o yang dibina dapat terbang semaksimum yang boleh. Setiap botol yang berlainan jenis memerlukan isipadu air yang berlainan. Isipadu air juga bergantung kepada berat dan daya seretan roket h2o anda.

7) Berapa banyak Sayap?
Berapa banyak sayap dan Jenis bahan yang digunakan untuk membuat sayap dan di mana ia diletakkan pada badan roket h2o akan mempengaruhi prestasi roket h2o anda. Untuk sesuatu roket h2o mencapai ketinggian/jarak maksimum bergantung kepada banyak faktor dan yang paling penting adalah kestabilan roket h2o anda. Bagi meningkatkan kestabilan roket h2o anda perkara-perkara berikut harus diambil kira:
a) Kedudukan sayap mesti tegak dan tidak berubah sejurus dilancarkan dan berupaya melawan arus angin yang kuat semasa penerbangan.
b) Kedudukan sayap mesti berada di belakang pusat gravity roket h2o anda. Semakin jauh daripada pusat gravity lebih stabil roket h2o anda.

8) Adakah paracut yang besar lebih baik digunakan semasa pertandingan?
Ya, kerana lebih lama masa yang akan diambil sebelum mendarat di bumi. Walaubagaimanapun ada banyak masalah yang akan dihadapi jika menggunakan paracut yang besar antaranya masa untuk paracut terbuka adalah lambat, tempat untuk meletakkan paracut dibahagian atas botol perlu besar meningkatkan berat roket h2o anda dan lain-lain. Anda perlu membuat percubaan untuk menentukan saiz paracut yang benar-benar sesuai dengan roket h2o anda.

9) Penambahan berat pada muncung roket h2o akan meningkatkan kestabilan roket h2o anda
Anda juga harus ingat semakin berat roket h2o semakin dekat jarak sasaran yang akan dilaluinya/semakin rendah jarak tegak. Oleh itu berat yang sesuai perlu diletakkan dibahagian muncung roket h2o untuk menstabilkan roket anda. Berapa berat muncung yang perlu digunakan adalah bergantung kepada jarak sasaran yang anda ingin capai.

Selamat mencuba…..semoga sukses…..hidup roket h2o…

6 ulasan :

  1. thanks . it really helps me a lot for my homework .

    BalasPadam
  2. ouh . dont u mind telling me , kalau kita nak lncarkan roket tu sudut dia kena besar ke kecil ??

    BalasPadam
  3. Kina Gran...sudut pelancaran bergantung kepada jarak sasaran yang di kehendaki...utk sasaran maksimum sudut yang paling baik ialah 45 darjah...manakala ikut teori sudut 30 darjah dan 60 darjah akan mencapai sasaran yang sama. Abaikan tiupan angin...jika ada tiupan angin yang kuat sudut yang lebih tinggi akan menyebabkan roket yang anda bina akan dibawa oleh angin menjauhi sasaran yang dikehendaki....semoga dapat membantu

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Salam.untuk roket h2o paracut,bahagian muncung tu x pe ke x lekatkan plastisin???

    BalasPadam
  6. ASSALAMMULAIKUM ,,boleh saya tnya jika isipadu air bertambah adakah jarak bertambah? Bagaimana kita sukatan air untuk melancarkan roket dgn lebih jauh

    BalasPadam

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini