iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Ahad, 26 Julai 2009

Roket h2o era baru...




Penerangan dan cara bina ada kat lmn web ini

http://www.orgsites.com/va/bristolwaterrockets/_pgg6.php3
klik di sini

Khamis, 23 Julai 2009

Jawapan kepada Soalan yang biasa ditanya oleh pelajar

1. Kulit fail plastic yang tebal merupakan bahan untuk membuat sayap yang paling baik.

2. Untuk mendapatkan bentuk botol bagi membuat sayap , pancarkan cahaya kepada botol dan ikut bayang botol yang terhasil.

3. Pastikan sayap yang dilekatkan bersudut tepat dengan botol.

4. Jangan dikikis/diratakan dengan kertas pasir tempat yang akan digam.

5. Gam yang terbaik untuk sayap ialah gam 502, boleh didapati daipada kedai hardware.

6. Ujian ayunan merupakan ujian yang paling ringkas untuk menentukan roket yang anda bina stabil ataupun tidak. Caranya; ikatkan tali pada pusat gravity
Roket anda dan ayunkan roket tersebut.

7. Sayap yang dibina mesti ringan dan menghasilan sedikit daya seretan sahaja. Roket yang tidak stabil yang terbang terumbang ambing menghasikan
Daya serfetan yang lebih besar. Roket yang tidak stabil akan menghadapi masalah semasa pembukaan payung terjun nanti.

Rabu, 15 Julai 2009

Gambar Teknologi Pelancaran Roket Prgkt Negeri Johor

Kepada peminat roket h2o yang ingin melihat gambar-gambar semasa pertandingan peringkat negeri johor sila lawati alamat dibawah...

http://picasaweb.google.com/roketh2o/FSTPrgktNegeri2009Roket?authkey=Gv1sRgCKKj2OXQtbr2kQE#

terima kasih

semoga ceria selalu....Gambar Pertandingan Peringkat Negeri Johor

Soalan.....

Apakah ia roket h2o dan apa kaitannya dengan bidang sains?

Roket h2o ialah roket yang disediakan menggunakan botol minuman bergas terpakai 1.5 L di dalamnya dimampatkan udara dan air bagi membolehkannya terbang. Ia sangat berkaitan dengan bidang sains kerana kita dapat belajar banyak konsep sains iaitu pergerakan, daya, tenaga, penerbangan dan juga kaedah sainstifik.

Bagaimana roket h2o boleh terbang?

Tekanan udara dan air akan menolak roket h2o ke atas.

Apakah yang objektif yang diharapkan dalam pertandingan roket?

Objektifnya adalah menghasilkan roket h2o yang dapat terbang seberapa lama yang dapat.
Objektif lain bergantung kepada acara seperti jarak yang paling jauh, memasuki target yang ditetapkan, mendaratkan telur tanpa pecah dan lain-lain lagi.

Soalan-soalan yang perlu diambil perhatian:

Kenapa perlu kita menggunakan air?
Adakah roket h2o akan terbang tanpa menggunakan air?
Jika sedikit sahaja air dimasukkan adakah ia akan berfungsi @ adakah lebih banyak air dimasukkan adalah lebih baik?
Adakah ia akan terbang paling baik jika air dimasukkan sehingga penuh ke dalam botol?
Apakah isipadu air yang terbaik untuk roket h2o sasaran dan paracut?


Untuk menjawab soalan-soalan di atas, kita perlu menjalankan eksperimen isipadu air yang berbeza dengan menggunakan botol minuman bergas tanpa sebarang pengubahsuaian.

Untuk mendapatkan nilai isipadua air yang tepat perlu dimasukkan ke dalam roket h2o anda, eksperimen sepatutnya dijalankan bagi roket h2o yang telah siap dipasangkan sayap dan kon. Apa yang perlu anda ketahui berat roket h2o yang berbeza, jenis botol yang berbeza memerlukan isipadu air yang berbeza. Kebiasaanya air di masukkan 1/3 daripada isipadu keseluruhan botol minuman bergas yang anda gunakan.

Kenapakah roket h2o yang penuh dengan air gagal untuk berlepas?

Kerana ianya sangat berat (massive). Ini boleh diterangkan dengan
Hukum Newton Pertama: Satu objek yang berada dalam keadaan rehat akan kekalkan keadaan rehatnya manakala objek yang sedang bergerak akan kekalkan keadaan geraknya
(A body at rest tends to remain at rest and a body in motion tends to stay in motion.)

Roket h2o tiada "oomph" (daya) yang cukup untuk berlepas.Kenapa?

Tidak cukup daya kerana secara relatifnya jisim roket h2o anda terlalu besar. Semakin besar jisim roket h2o, semakin kurang pecutannya dengan menggunakan daya yang sama. Penerangannya berdasarkan
Hukum Pergerakan Newton ke dua: Daya sama dengan hasil darab jisim dan pecutan
(Force equals Mass times Acceleration).

Kenapa arah air dikeluarkan dari botol bertentangan dengan arah pergerakan roket h2o?

Daya yang terhasil adalah sama bagi kedua-dua arah. Hal ini boleh diterangkan berdasarkan Hukum Pergerakan Newton ke tiga: Bagi setiap tindakan ada daya yang sama bertindak pada arah yang bertentangan (For every action there is an equal but opposite reaction).

Terima kasih diucapkan kepada:

Mr. Hayhurst's Quick and Easy Bottle Rocket.

Isnin, 13 Julai 2009

Roket h2o (Paracut)

Cepat dan Mudah membina Roket h2o (Paracut)

Objektif
Membina 1 roket h2o yang boleh terbang tegak ke atas dan jatuh semula ke bumi dalam jangka masa yang maksimum/lama

Bahan
1 botol minuman bergas 1.5L
Kulit Fail plastik
Plastik folio
Selotape
Gunting
Benang anchor
Bag plastic sampah nipis (biru)
Binding tape
Penebuk lubang

Kaedah
Ada 2 cara untuk membina badan roket h2o. Badan roket h20 boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher. Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :
Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk membuat leher pada badan roket h2o



Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.





Jika anda tidak mahun memasang leher pada roket h2o anda, gambarnya seperti di bawah:



Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda. Potong 4 keping kulit fail plastik mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki. Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba bentuk lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket h2o anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk membuat sayap roket h2o anda antaranya 'craftboard', 'mounting board', 'manila card' dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai.







Tandakan 4 garisan selari yang lurus pada botol minuman bergas tersebut dengan menggunakan marker. Garisan ini akan digunakan sebagai petunjuk bagi melekatkan sayap pada badan roket h2o anda. Garisan yang anda lukis tersebut hendaklah sama jarak antara satu sama lain bagi membolehkan sayap yang akan anda lekatkan berada dalam keadaan tegak dan selari.












Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya. Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat. Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding diameter botol yang dijadikan badan roket h2o.











Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket h2o akan terlekat pada badan roket h2o dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan tab pada bahagian badan roket h2o di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah untuk menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket h2o semasa dilancarkan nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket h2o anda.







Cara untuk membuat paracut
Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic sampah yang nipis.
Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat kepada 4 bahagian.Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.















Ukuran panjang tali payung yang sesuai digunakan adalah 1.25 – 1.5 X diameter paracut yang anda buat. Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung kepada anda. Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada payung terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak pada tempat di mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.



Sekarang roket h2o anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat payung yang anda buat dengan badan roket h2o anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara lipatan yang biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di atas tidak sesuai untuk roket h2o anda.



Gambar roket h2o yang terapung-apung diudara.....



Selamat mencuba
Hati-hati semasa pelancaran roket h2o dan semoga bergembira….!

Perhatian : Sila Tuliskan nama anda jika anda ingin bertanyakan soalan, Selepas ini..Soalan tanpa nama yang bertanya , tidak akan dilayan harap maklum..…....

Diari Pertandingan Peringkat Negeri......2009

7/7/09 – 8.00am Pertandingan Teknologi pelancaran roket peringkat negeri johor tahun 2009 telah diubah formatnya mengikut pertandingan peringkat kebangsaan. Hanya satu kategori sahaja yang tidak dipertandingkan iaitu payload.
Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina roket h2o telah disediakan mengikut bahan-bahan dan peralatan yang disediakan pada peringkat kebangsaan nanti.

Gambar peralatan:


Masalah yang dihadapi adalah jenis plastik sampah hitam yang agak tebal dan keras digunakan untuk membina payung terjun bagi roket paracut. Kebiasaannya jika digunakan plastik sampah ini paying terjun sukar untuk kembang selepas dilancarkan…….
Masa yang diberikan kepada peserta-peserta menyiapkan 5 roket h2o iaitu 1 untuk roket best design, 2 roket sasaran dan 2 roket paracut masing-masing adalah selama 4 jam dari pukul 9.30 pagi sehingga pukul 1.30 tengah hari. Semua peserta-peserta bertungkus lumus menyiapkan roket h20 masing-masing, sampai tak sempat nak tengok kiri kanan……….

Gambar bengkel











Selepas 4 jam inilah hasil dari kreativiti peserta-peserta:











7/7/09 3.30 pm pertandingan bermula, cuaca tidak berapa mengizinkan sebenarnya tapi selepas undian dibuat oleh guru-guru pengiring lebih separuh ingin meneruskan pertandingan pada petang itu juga.
Ada satu lagi masalah semasa pelancaran roket sasaran. Pelancar (base) yang biasa digunakan untuk melancarkan roket sasaran tidak dapat digunakan- ball bearing tidak dapar berfungsi. Maka terpaksalah pelancar ditukarkan kepada jenis yang tripod. Jarak yang telah ditetapkan pada tahun ini adalah 75 meter sahaja. Semua terkejut kerana apa yang dijangkakan jaraknya adalah dalam lingkungan 80 m – 100 m. Semua guru pembimbing dan peserta-peserta membuat perbincangan untuk menetapkan sudut, tekanan dan isipadu air yang akan digunakan nanti.






8/7/09 8.00 am – pertandingan dimulakan dengan pelancaran roket paracut pusingan 1, kemudian roket sasaran pusingan ke 2 dan akhir sekali roket paracut pusingan ke 2. Geng roket maokil pada pagi ini dah bersetuju untuk membuat cubaan bagi kedua-dua acara pada sesi cubaan kepada peserta. Semasa sesi cubaan tersebut bagi acara sasaran kita telah dapat mensasarkan bulatan ke 2 dan bagi acara paracut roket yang dilancarkan dapat mengeluarkan payung dan kembang dengan cantik sekali. Tetapi agak mendukacitakan semasa pertandingan sebenar berlangsung roket sasaran tersebut gagal untuk memasuki bulatan sasaran dan roket paracut juga gagal untuk mengembangkan payung terjun bagi kedua-dua pusingan. Pertandinagn tamat pada pukul 3.00 pm. Keputusannya seperti yang di catatkan sebelum ini.

Insyallah pada tahun depan geng roket maokil akan cuba sedaya upaya untuk sekali lagi ke pertandingan peringkat negeri dan seterusnya ke pertandingan kebangsaan......perkenankanlah doa kami ya Allah, amin.

Ahad, 12 Julai 2009

Soalan.....

Ada beberapa soalan yang ditanya semasa perbengkelan roket h2o di pertandingan peringkat negeri johor yang kebanyakkan peserta gagal menjawab dengan baik. Antaranya:

Apakah fungsi muncung/'nose cone'?
Kenapa perlu diletakkan plastesin dalam muncung?
Kenapa perlu ada penyangga/'tab' pada bahagian bawah muncung bagi roket paracut?
Apa fungsi sayap?

Fikir-fikirkan ya.....tanya lah guru2 pembimbing anda..

Jumaat, 10 Julai 2009

Guru Pembimbing...@ geng roket h2o.....

Nie ler gambar cikgu-cikgu yang komited dgn roket h2o.....asyik dia orang je yang bawak bdk2 ke pertandingan roket peringkat negeri.......



Dari kiri..paling kiri maaf tak tahu nama, adib,cg razak, cg fadzil, cg azmi, cg Iswan, Ust Nurin, Cg haliza, cg zul, cg yuna, kanan sekali maaf tak tahu nama.



Dari kiri..Ust nurin, cg azmi, cg Iswan, cg zul, cg fauzi...nie otai2 roket h2o

Insyallah....thn dpn kiter jumpa lagi.....kalau boleh masuk ke pertandingan prgkt negeri ler... kepada yang baru nak join roket h2o geng...selamat menjadi ahli...tp kena belanja kiter orang yang otai2 dulu ler, baru boleh masuk geng...
Harap bersabar .....gambar-gambar pertandingan peringkat negeri dan bentuk-bentuk roket yang menarik akan di upload kan ke blog ini dalam masa yang terdekat...terima kasih..... sila kunjungi blog ini semula untuk melihat gambar-gambar tersebut........

KEPUTUSAN ACARA TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2009

KATEGORI ROKET PARACUT

1. SMK DATO’ AMAR DI RAJA(MUAR)
2. SMK AYER BALOI (PONTIAN)
3. SMK DATO’ BENTARA DALAM (SEGAMAT)

KATEGORI ROKET SASARAN

1. SMK DATO’ ABD RAHMAN YASIN (JOHOR BAHRU)
2. SMK SIMPANG RENGGAM (KLUANG)
3. SMK TINGGI (KLUANG)

REKA BENTUK ROKET TERBAIK

1. SM SAINS KOTA TINGGI (KOTA TINGGI)
2. SMK DATO’ ONN (BATU PAHAT)
3. SMK TENGGAROH (MERSING)


KESELURUHAN

1. SMK DATO’ ABD RAHMAN YASIN (JOHOR BAHRU)
2. SMK TMN PELANGI INDAH (PASIR GUDANG)
3. SMK SIMPANG RENGGAM (KLUANG)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang…

Syabas diuacapkan kepada Team roket SMK Maokil, walaupun pada tahun ini tidak dapat menggondol sebarang hadiah peringkat negeri tetapi kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar sangat membanggakan. Insyallah pada tahun depan kita akan cuba lagi untuk ke Pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Kepada peserta SMK Dato Bentara Dalam, Segamat tahniah diucapkan kerana masih lagi Berjaya menonjolkan Daerah segamat antara daerah yang digeruni bagi acara roket paracut di peringkat negeri Johor.

Isnin, 6 Julai 2009

Ahad, 5 Julai 2009

Go Team Roket H2o Segamat....

Syabas saya ucapkan kepada peserta-peserta daripada SMK Maokil dan SMK Dato Bentara Dalam kerana telah terpilih mewakili daerah Segamat ke Pertandingan Negeri pada hari Selasa(7/7/09) sehingga khamis(9/7/09)ini.

Saya doakan semoga anda semua akan menaikkan nama Daerah Segamat dengan cara mendapat keputusan yang membanggakan semua. Selamat berjuang....yakin boleh!....boys...

Kepada pasukan maokil....jika genggam bara api biar sampai jadi arang, jika sudah ke peringkat negeri, peringkat kebangsaan jadi taruhan....hafiz dan syamil boleh lakukan...go U can do it.

Sabtu, 4 Julai 2009

gambar roket ....berasap.......cun tak?

http://www.flickr.com/photos/null69/3683623671

klik di sini
terima kasih cg zainal zabir yang bersusah payah memuat naikkan dalam blog saya....terima kasih cikgu....

Jumaat, 3 Julai 2009

9 Perkara utama yang perlu diketahui

1) Meningkatkan jarak sasaran roket h2o
a)Maksimumkan isipadu air dan tekanan yang dikenakan kepada roket h2o
b)Tingkatkan kestabilan roket h2o dengan cara merendahkan Pusat tekanan (COP-center of pressure),mesti berada di bawah Pusat jisim (COM-center of mass)
c)Kurangkan seretan udara dengan cara membina roket h2o yang lurus/tegak dan sayap mesti selari di antara satu sama lain.

2) Jika roket h2o anda kelihatan cantik. Adakah ia akan terbang tinggi @ jauh?
Anda mesti faham prinsip-prinsip fizik sebelum membina roket h2o anda. Prinsip daya (tolakan, gravity dll), seretan dan kestabilan – sangat penting untuk membina roket h2o yang baik.

3) Penggunaan muncung yang berat untuk membolehkan payung terjun terbuka
Ada banyak cara lain yang boleh dicuba untuk membolehkan payung terjun terbuka semasa roket h2o berada pada puncak ketinggian- Penggunaan timer(spring loading), getah, ‘air speed sensitive flap’ dan lain-lain boleh dicuba penggunaanya.

4) Penggunaan pelekat(selotape) yang sesuai untuk melekatkan bahagia-bahagian roket.
Ada pelekat yang kuat tapi ia akan menambahkan berat yang tidak diperlukan oleh roket h2o-mengurangkan prestasi roket h2o. Satu pusingan pelekat pada bahagian botol (pelekat wayar elektrik) meningkatkan berat 3 -10 gram, mengurangkan masa penerbangan 1-3 saat.

5) Adakah Semua bahan/bahagian roket h2o mesti kalis air?
Tidak semestinya kalis air tetapi yang lebih penting bahan tersebut mesti ringan dan kuat/kukuh. Roket h2o yang stabil akan terbang tegak dan air akan dikeluarkan melalui muncung botol/‘nozzle’ jauh daripada badan roket h2o.

6) Isipadu air tidak mempengaruhi prestasi roket h2o.
Jika itu tanggapan anda, anda melakukan kesilapan yang paling besar, Isipadu air sangat mempengaruhi ketinggian dan jarak sasaran roket h2o. Air merupakan pencetus pecutan/’thrust’ tetapi ia juga meningkatkan berat roket h2o. Penggunaan isipadu air yang bersesuaian/optimum perlu ditentukan melalui eksperimen untuk mendapatkan keseimbangan antara ‘thrust dan berat roket h2o supaya roket h2o yang dibina dapat terbang semaksimum yang boleh. Setiap botol yang berlainan jenis memerlukan isipadu air yang berlainan. Isipadu air juga bergantung kepada berat dan daya seretan roket h2o anda.

7) Berapa banyak Sayap?
Berapa banyak sayap dan Jenis bahan yang digunakan untuk membuat sayap dan di mana ia diletakkan pada badan roket h2o akan mempengaruhi prestasi roket h2o anda. Untuk sesuatu roket h2o mencapai ketinggian/jarak maksimum bergantung kepada banyak faktor dan yang paling penting adalah kestabilan roket h2o anda. Bagi meningkatkan kestabilan roket h2o anda perkara-perkara berikut harus diambil kira:
a) Kedudukan sayap mesti tegak dan tidak berubah sejurus dilancarkan dan berupaya melawan arus angin yang kuat semasa penerbangan.
b) Kedudukan sayap mesti berada di belakang pusat gravity roket h2o anda. Semakin jauh daripada pusat gravity lebih stabil roket h2o anda.

8) Adakah paracut yang besar lebih baik digunakan semasa pertandingan?
Ya, kerana lebih lama masa yang akan diambil sebelum mendarat di bumi. Walaubagaimanapun ada banyak masalah yang akan dihadapi jika menggunakan paracut yang besar antaranya masa untuk paracut terbuka adalah lambat, tempat untuk meletakkan paracut dibahagian atas botol perlu besar meningkatkan berat roket h2o anda dan lain-lain. Anda perlu membuat percubaan untuk menentukan saiz paracut yang benar-benar sesuai dengan roket h2o anda.

9) Penambahan berat pada muncung roket h2o akan meningkatkan kestabilan roket h2o anda
Anda juga harus ingat semakin berat roket h2o semakin dekat jarak sasaran yang akan dilaluinya/semakin rendah jarak tegak. Oleh itu berat yang sesuai perlu diletakkan dibahagian muncung roket h2o untuk menstabilkan roket anda. Berapa berat muncung yang perlu digunakan adalah bergantung kepada jarak sasaran yang anda ingin capai.

Selamat mencuba…..semoga sukses…..hidup roket h2o…