iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Khamis, 22 April 2010

Pertandingan Roket Paracut sempena Karnival Buku Daerah Segamat

Hari ini telah berlangsung pertandingan roket paracut sempena pameran buku daerah segamat. Pertandingan ini telah disertai oleh 18 buah sekolah Menengah sekitar daerah segamat. Setiap sekolah diwakili oleh 2 orang pelajar bawah 16 tahun.

Sila klik disini untuk melihat gambar2 semasa pertandingan berlansung.

Keputusan penuh pertandingan :
Johan     : SMK Dato Ahmad Arshad catatan masa - 1:19.72
N/Johan : Sekolah Tinggi Segamat catatan masa - 1:02.55
Tpt ke 3 : SMK Seri Jementah catatan masa - 49.87
Tpt ke 4 : SMK Bdr Putra catatan masa - 46.03
Tpt ke 5 : SMK Munshi Ibrahim - 35.18
Tpt ke 6 : SMK Seri Kenangan - 33.73
Tpt ke 7 : SMK Maokil - 31.28

Tahniah diucapkan kepada pemenang2 dan yang tidak berjaya cuba lagi pada pertandingan Festival Sains dan Teknologi (FST) Daerah Segamat yang akan berlangsung selepas cuti pertengahan tahun nanti.

Semasa pertandingan tersebut berlangsung cg telah dilantik sebagai hakim. Apa yang cikgu ingin ulaskan ialah cg dapati prestasi sekolah2 didapati semakin baik jika dibandingkan pada pertandingan FST pada tahun lepas. Banyak sekolah yang telah dapat mengembangkan paracut masing2 semasa pelancaran. Cg jangka pertandingan roket h2o pada FST tahun ini akan lebih sengit dan menarik.

Banyak sekolah telah dapat menghasilkan paracut yang besar. Dan roket yang dihasilkan juga dapat naik lebih daripada 100 m tinggi (anggaran). Walaubagaimanapun masih ada sekolah yang masih menggunakan botol air minuman/air mineral sebagai komponen utama badan roket. Botol air minuman / botol air mineral tidak sesuai digunakan kerana botol tersebut tidak tahan kepada tekanan yang tinggi, ditakuti pecah semasa pelancaran. Semasa pertandingan roket h2o semasa FST nanti, sekolah yang menggunakan botol mineral / botol air minuman akan dibatalkan penyertaannya.

Kepada guru2 penasihat tahniah kerana berjaya membawa pelajar menyertai pertandingan ini. Acara ini akan dijadikan acara tahunan bagi daerah segamat.

Jumpa lagi semasa pertandingan roket h2o semasa FST nanti...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini