Dalam masa terdekat ini ada 2 pertandingan roket air yang akan berlangsung iaitu yang dikelolakan oleh Belia Felda Maokil pada 16/05/2010 sempena karnival auto show dan Unit Sains & Matematik, FST yang akan berlangsung selepas cuti pertengahan tahun (minggu pertama naik cuti).
Semua pelajar SMK Maokil yang berminat boleh menyertai pertandingan anjuran belia Felda Maokil. manakala bagi FST cikgu akan pilih pelajar terbaik yang akan mewakili sekolah nanti. Bagi peserta2 yang berada di sekitar Pekan Labis dan Chaah juga dijemput untuk menyertai pertandingan anjuran belia tersebut.
Acara yang akan dipertandingkan semasa karnival auto show Maokil ialah acara roket payung terjun sahaja.
Semua peserta yang berminat diminta bersedia untuk pertandingan tersebut. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 2 orang peserta.
Sebarang pertanyaan boleh terus bertanya kepada wak (redzuan)- belia maokil @ kepada saya.
Khamis, 29 April 2010
Ahad, 25 April 2010
Pelancar Roket Air yang digunakan semasa pertandingan Peringkat Negeri Dan Peringkat Kebangsaan
Ini lah rupa bentuk pelancar yang digunakan pada pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan. Kalau ada budget lebih boleh ler beli tapi harganya lebih kurang RM1500 ++. Kalau tak ada budget beli yang saya jual je....untuk latihan boleh pakai pelancar roket air yang ringkas macam saya buat tu...
Kat mana beli....saya pun x pasti.......kena tanya2 lah sape2 yang dah beli mungkin boleh kongsi maklumat kelebihan dan masalah yang dihadapi dengan pelancar tersebut...
Masalah yang dihadapi semasa menggunakan pelancar di atas:
1. Gelang Getah tempat pemegang botol kalau dah rosak kena tukar harga lebih kurang +/-RM80
Khamis, 22 April 2010
Pertandingan Roket Paracut sempena Karnival Buku Daerah Segamat
Hari ini telah berlangsung pertandingan roket paracut sempena pameran buku daerah segamat. Pertandingan ini telah disertai oleh 18 buah sekolah Menengah sekitar daerah segamat. Setiap sekolah diwakili oleh 2 orang pelajar bawah 16 tahun.
Sila klik disini untuk melihat gambar2 semasa pertandingan berlansung.
Keputusan penuh pertandingan :
Johan : SMK Dato Ahmad Arshad catatan masa - 1:19.72
N/Johan : Sekolah Tinggi Segamat catatan masa - 1:02.55
Tpt ke 3 : SMK Seri Jementah catatan masa - 49.87
Tpt ke 4 : SMK Bdr Putra catatan masa - 46.03
Tpt ke 5 : SMK Munshi Ibrahim - 35.18
Tpt ke 6 : SMK Seri Kenangan - 33.73
Tpt ke 7 : SMK Maokil - 31.28
Tahniah diucapkan kepada pemenang2 dan yang tidak berjaya cuba lagi pada pertandingan Festival Sains dan Teknologi (FST) Daerah Segamat yang akan berlangsung selepas cuti pertengahan tahun nanti.
Semasa pertandingan tersebut berlangsung cg telah dilantik sebagai hakim. Apa yang cikgu ingin ulaskan ialah cg dapati prestasi sekolah2 didapati semakin baik jika dibandingkan pada pertandingan FST pada tahun lepas. Banyak sekolah yang telah dapat mengembangkan paracut masing2 semasa pelancaran. Cg jangka pertandingan roket h2o pada FST tahun ini akan lebih sengit dan menarik.
Banyak sekolah telah dapat menghasilkan paracut yang besar. Dan roket yang dihasilkan juga dapat naik lebih daripada 100 m tinggi (anggaran). Walaubagaimanapun masih ada sekolah yang masih menggunakan botol air minuman/air mineral sebagai komponen utama badan roket. Botol air minuman / botol air mineral tidak sesuai digunakan kerana botol tersebut tidak tahan kepada tekanan yang tinggi, ditakuti pecah semasa pelancaran. Semasa pertandingan roket h2o semasa FST nanti, sekolah yang menggunakan botol mineral / botol air minuman akan dibatalkan penyertaannya.
Kepada guru2 penasihat tahniah kerana berjaya membawa pelajar menyertai pertandingan ini. Acara ini akan dijadikan acara tahunan bagi daerah segamat.
Jumpa lagi semasa pertandingan roket h2o semasa FST nanti...

Ahad, 18 April 2010
Pertandingan Roket Paracut sempena Pesta Buku Daerah Segamat
Semua sekolah di Daerah Segamat dijemput untuk menghantar 1 pasukan ke Pertandingan Roket Paracut sempena pesta buku daerah segamat yang akan berlangsung pada 22 - 27 april 2010 ini. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pertandingan tersebut boleh lah terus kepada pegawai khas Koakademik Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.
Pertandingan ini hanya untuk pelajar2 yang berumur 16 tahun ke bawah sahaja. Cg akan masukkan gambar2 yang menarik semasa pertandingan tersebut berlangsung. Kunjungi laman blog ini selepas 22/4 untuk melihat gambar2 yang menarik.

Sabtu, 17 April 2010
Tahniah cg ucapkan kepada cg Mahadi Mahamad yg menganjurkan pertandingan roket h2o dan Pelajar2 SMK Pasir gudang 3 yang telah menyertai pertandingan ROKET H20 pada 12 April 2010 yang lepas. Daripada maklumat yang cikgu dapat sebanyak 15 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan yang paling best nya....pelancar yang digunakan untuk melancarkan roket h2o menggunakan pelancar yg cikgu jual. Alhamdulillah, tak lah sia2 kerja yang cg buat selama ini, boleh juga dimanfaatkan oleh guru2 dan pelajar2.
Suasana semasa pertandingan
Pemenang Pertandingan Roket Air Sasaran Terbaik
Tempat Pertama :
MUHAMMAD HURAIRAH B RAHMAT
Jarak : 80.1 meter
Tempat Kedua :
MOHAN A/L VERAPPAN
AHMAD FARKHAN BIN MOHD TERMIZI
Jarak : 73.6 meter
Tempat Ketiga :
NURUL FARAH HANY BINTI MADON
MUHAMAD FAID B AZMAN
Jarak : 54.8 meter
Sekali lagi, Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian. Walaubagimana pun Jarak sasaran boleh dipertingkatkan lagi dengan cara menjadikan sayap roket lebih kukuh dan lebih stabil. Kebiasaannya jarak sasaran boleh mencapai 130 meter @ lebih, jika parameter yang digunakan adalah bersesuaian iaitu isipadu air yang dimasukkan ke dalam botol, tekanan yang dikenakan (dipamkan) dan berat roket air itu sendiri.
Ini lah cabaran kepada pelajar2, bagaimana nak menghasilkan roket sasaran yg terbang jauh.....buat lah kajian anda dan ikutlah teori2 @ konsep2 fizik yang bersesuaian. Bukan sekadar untuk pertandingan....jika negara jiran kita indonesia sudah dapat melancarkan roket ke orbit, tidak mustahil satu hari nanti malaysia juga akan dapat melancarkan roket ke orbit....anda semua lah yang akan menentukannya...

Rabu, 14 April 2010
Panjang tali paracut dan berat kon untuk melindungi paracut
Salam,
Ada pertanyaan daripada pn rozita, berkaitan dengan tajuk di atas. jika ada peminat2 yang dapat jawab lebih baik daripada saya sila email kan kepada saya..untuk dimuatkan dalam blog ini...
Jawapan:
Ikut teori panjang tali paracut yang biasa digunakan ialah 1 1/4 - 1 1/2 diameter paracut yang dibuat manakala berat kon pula adalah bergantung kepada berat roket dan bentuk roket yang anda gunakan...ini lah cabaran kepada pelajar2 untuk menghasilkan roket yang dapat mengeluarkan paracut pada puncak ketinggian sebelum roket berpatah balik semula. Pelajar2 saya masih lagi sedang membuat ujikaji untuk menghasilkan satu roket yang betul2 dapat mengeluarkan paracut pada puncak ketinggian. Sudah 3 tahun ujikaji di jalankan tetapi masih lagi tidak menemui satu berat yang betul2 sesuai.
Jangan lupa untuk membiarkan pelajar membuat ujikaji berat kon yang sesuai untuk roket paracut. Apa yang harus diingat...pilih lah pembolehubah yang sesuai utk di malarkan (spt btk roket, berat roket, jenis kon/muncung dll). Setiap kali pelancaran dibuat catatkan dalam buku log pelancaran........
selamat menjalankan ujikaji....jadi lah pelajar2 yg kreatif dan sentiasa bersikap ingin tahu... semoga berjaya..

Isnin, 12 April 2010
Cara untuk menentukan pusat graviti bagi roket air
Salam,
Cara yang paling senang untuk menentukan pusat graviti bagi roket h20 yang anda hasilkan ialah dengan cara menggunakan benang.
Ikat kan benang pada badan roket air yang telah siap dihasilkan. Cari tempat di mana keseimbangan tercapai antara bahagian hadapan dan bahagian belakang roket air. Pada bahagian dalam, tempat dimana keseimbangan dicapai (sudut 90 darjah antara badan roket air dan tali benang) antara bahagian depan dan belakang inilah merupakan tempat kedudukan pusat graviti bg roket h20 yang anda hasilkan. Uji pusat graviti tersebut dengan cara memusingkan badan roket h20 yang dibuat.

Jumaat, 9 April 2010
Menentukan pusat tekanan dan pusat graviti bagi roket h2o
Terima kasih kepada yang bertanya (tapi tak tinggalkan nama)
Soalannya:
Soalannya:
Bagaimana nak menentukan pusat tekanan dan pusat graviti (centre of pressure & centre of gravity) bagi roket h2o.
Jawapan:
Pusat tekanan ialah pd bahagian tgh di dlm botol yang dijadikan badan roket h2o (Botol yang akan dimasukkan air semasa pelancaran-tidak termasuk leher atau muncung) manakala pusat graviti ialah pada bahagian tengah badan roket (diukur termasuk lah muncung, leher, sayap dan badan roket h2o) dimana kalau diikatkan satu tali pada bahagian tersebut roket h2o anda akan berada dalam keseimbangan.
Keseimbangan roket h2o bergantung kepada pusat graviti roket h2o tersebut sepertimana gambarajah di bawah.
Rabu, 7 April 2010
POWER POINT SLIDE SHOW
ADA RAMAI YANG BERTANYAKAN SAYA BERKAITAN DENGAN POWERPOINT SLIDE SHOW DAN BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA. KEPADA YANG BERMINAT BOLEH BUAT TEMPAHAN SEKARANG. JIKA SEMUA MASALAH DAPAT DISELESAIKAN SAYA AKAN MAKLUMKAN SEMUA YANG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN. SAYA HANYA AKAN MENJUAL POWERPOINT SLIDE SHOW TERSEBUT KEPADA 10 ORANG YANG MEMBUAT TEMPAHAN AWAL SAHAJA.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA POWER POINT SLIDE SHOW YG BERKAITAN DENGAN ROKET H2O DI BAWAH MASIH LAGI DALAM PROSES KEMAS KINI. HARAP BERSABAR.
POWERPOINT SLIDE SHOW TELAH SEDIA UNTUK DIMUAT TURUNKAN. KEPADA YANG TELAH MENEMPAH NYA..SILA BUAT PEMBAYARAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPATKAN LINK BAGI MEMUAT TURUN NYA...TERIMA KASIH

Langgan:
Catatan
(
Atom
)