iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 26 Mei 2010

Salam

Maaf, sekarang tengah sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun. Saya ucapkan Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun kepada pelajar2 sekolah menengah dan rendah di seluruh malaysia.

Untuk makluman semua guru penasihat dan peserta FST peringkat daerah Segamat. Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Segamat akan berlangsung pada 30 Jun 2010 dan FST peringkat negeri Johor dijangka akan berlangsung pada 7 Julai 2010.

Peserta2 pertandingan teknologi pelancaran roket sasaran dan paracut diminta bersedia daripada sekarang untuk pertandingan tersebut.

Jumaat, 21 Mei 2010

Salam 1 malaysia,










Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari johor @ di seberang lautan..













Pandangan sisi



















Pandangan sisi



















Pandangan depan













Pandangan atas













Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan.









Ciri2:



1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan



2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg -lebih stabil)



3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj



4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran



5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload



6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....



7. Senang dibawa ke mana2



8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul



9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah



10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++



11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang b aru.









p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.









"HARGA PROMOSI BULAN FEBUARI TAMAT, HARGA SEKARANG RM150 RM200 SEUNIT TERMASUK KOS PENGHANTARAN (TERMASUK SABAH/SARAWAK-PENGHANTARAN DALAM MASA 3-5 HARI BEKERJA-POS LAJU). HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG, SEBELUM HARGA DINAIKKAN LAGI BILA 10 UNIT TELAH DIJUAL"















"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM100 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"









Harga bukan RM250....., Bukan RM150....... hanya RM100 untuk 10 unit terakhir sahaja.....



terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan LAGI. Sila SMS/Call 013-7394353 utk tempahan.









Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353(Azmi)

Ahad, 16 Mei 2010

Keputusan Pertandingan Roket Payung Terjun Sempena Karnival Permotoran Belia Felda Maokil

Alhamdulillah, pertandingan pada hari ini telah berlangsung dengan jaya nya. Sebanyak 24 kumpulan telah mengambil bahagian. Ramai penonton yang terdiri daripada makcik2 dan pakcik2, serta adik2 telah terpegun dan bersorak gembira melihat roket2 yang dapat terbang tinggi ke udara dan akhirnya mengembangkan payung terjun masing2.


Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Felda Maokil 1 bercadang akan menganjurkan pertandingan ke dua iaitu kategori terbuka pada masa akan datang. Tunggu......makluman dari saya nanti

Gambar roket yang telah mengambil bahagian

Keputusan pertandingan pada hari ini ialah :

Tempat pertama :
Nama Pasukan: AK and AC ( masa : 1 minit 57.92 saat)
1. Mohd Akmal Zulhilmi B. Anuar
2. Mohammad Amirul Faeez B. Suhaimin

Tempat kedua :
Nama Pasukan : Besar Punya... (59.87 saat)
1. Muhammad Adib B. Samsuddin
2. Wan Muhd Nizam B. Wan Esa           

Tempat ketiga :
Nama Pasukan :Ladies (59.70 saat)
1. Siti Nadia Bt. Ngatiran
2. Hasmidah Bt. Mohd Said

Tempat keempat :
Nama Pasukan : Roket Mania (54.97 saat)
1. Mohd Azam B. Ramly
2. Muhammad Aidil B. Kamidi

Tempat kelima
Nama Pasukan : Bravo (53.11 saat)
1. Muhammad Firdaus B. Senawi
2. Muhd Aziz B. Mafrodi

Muat turun Gambar2 semasa pertandingan berlangsung
          
Kepada yang tidak berjaya pada pertandingan hari ini diharap dapat mencuba semula pada pertandingan terbuka nanti....

Pelancar Roket Air

Untuk makluman

Ada 5 unit pelancar roket Air yang telah siap dibina dan sedia utk penghantaran. Sila hubungi/sms saya untuk tempahan. Harga masih seperti dahulu iaitu RM150 termasuk kos penghantaran. Gambar pelancar, sila lihat catatan saya yg terdahulu dalam blog ini atau pada bahagian tepi kiri blog ini.

siapa cepat dia dapat......selepas 5 unit terjual, saya akan berehat sebentar, untuk memberi tumpuan kepada pelajar2 yang akan mewakili sekolah ke pertandingan Festival Sains Peringkat Daerah yang dijangkakan pada bulan Jun nanti, selepas cuti pertengahan tahun.

Harapan saya agar pada tahun ini, pasukan kita akan meneruskan cabaran ke pertandingan FST peringkat negeri bagi tahun yang ke 3 dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

tq

Rabu, 12 Mei 2010

Roket payung terjun

Roket V6ia


Roket terkini versi 6 yang sedang diusahakan oleh pelajar2. Keupayaan utk terbang agak bagus dan boleh mencapai ketinggian dalam 100 m (agak2). nanti nak kena buat satu alat bagaimana mengukur jarak tegak ketinggian satu roket paracut.

gambar2 roket versi 6ia yang lain
klik di sini


selamat menghasilkan roket anda

azmi j

Selasa, 11 Mei 2010

Reka bentuk roket payung terjun @ sasaran

roket v6i


gambar2 lain
klik di sini

Peraturan Pertandingan Roket Payung Terjun Belia Maokil 2010

Muat turun Borang Pendaftaran di sini
Muat turun Peraturan pertandingan di sini


PERATURAN PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET


A. PERATURAN UMUM
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah/menengah Felda Maokil / Belia Felda Maokil / pelajar sekolah menengah Daerah Segamat (jemputan).

2. Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang peserta dan diiringi oleh seorang (1) guru pembimbing (sekolah jemputan).

3. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.

4. Setiap pasukan dibenarkan melakukan dua (2) percubaan sahaja bagi setiap kategori. Hanya percubaan yang terbaik sahaja akan diambil kira.

5. Semua roket yang dibuat mestilah menggunakan botol minuman bergas terpakai 1.5L

6. Semua roket akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang ditetapkan oleh pihak penganjur sahaja.

7. Semua model roket air yang dibina adalah menjadi hak milik pihak penganjur.
8. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.

9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

10. Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru.



Kategori Payung Terjun (Parachute Category)
1. Setiap pasukan perlu melancarkan roket dan catatan masa roket di udara akan diambil.

2. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.

3. Payung terjun (parachute) mestilah diletakkan pada komponen utama (botol) roket.

4. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi*.

5. Masa akan mula diambil semasa roket dilancarkan sehingga ianya:-

i. Mengenai permukaan bumi; atau

ii. Mengenai objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau

iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau

iv. Terbang di udara selama 15 minit*.

* Tertakluk kepada perubahan semasa.

Isnin, 10 Mei 2010

Video pelancaran roket paracut Versi 6ai

Maaf video nie saya ambil posisi kamera berada dalam kedudukan menegak, jadi gambarnya melintang ke tepi. Tak dapat nak tegak kan semula. Boleh tengok....tp jangan sampai patah leher sudah ler.....hahahahah

download klik vedio pelancaran roket paracut
Klik di sini

terima kasih, semoga teruja utk menghasilkan nya....

azmi j

Reka bentuk terkini roket

Salam,

Makluman bagi guru2 yang ada membeli pelancar roket daripada saya. Botol minuman bergas terkini iaitu merinda/excel tidak sesuai digunakan dengan pelancar yang saya buat kerana mulut botol nya lebih besar sedikit berbanding dengan botol yang lama. Saya akan muatnaik kan gambar botol yang sesuai dan yang tidak sesuai digunakan dengan pelancar yang saya buat. harap maklum.....

botol baru ada 2 lekuk pada bahagian rata di tengah manakala botol yang lama tiada lekuk tersebut.

gambar.......harap bersabar dalam proses muatnaik...
gambar Botol lama (sesuai dijadikan badan roket air)
gambar Botol baru (tak sesuai dijadikan badan roket air)

terima kasih


azmi j

Ahad, 9 Mei 2010

Kepada peminat2 roket h2o

Saya sedang menjalankan 2 eksperimen bersama pelajar2 saya

1. berkaitan dengan berat roket h2o yang perlu disediakan untuk mencapai jarak sasaran 100m

2. berkaitan bentuk roket h2o paracut (berat kon dan badan roket paracut)

Data yang diperolehi akan di 'publish' kan sedikit masa lagi. sila kunjungi blog ini untuk mendapatkan data tersebut.

terima kasih.

Jumaat, 7 Mei 2010

Gambar pertandingan

Salam 1 malaysia,

Cg akan uploadkan gambar2 yang diambil semasa pertandingan roket payung terjun sempena karnival autoshow pada 16/5 anjuran bersama belia felda maokil dan kelab rekacipta roket & robotik smk maokil nanti.

Kepada peminat2 yang ingin melihat gambar2 tersebut sila lawati laman blog ini selepas 17/5 nanti.

terima kasih

Khamis, 29 April 2010

Pertandingan

Dalam masa terdekat ini ada 2 pertandingan roket air yang akan berlangsung iaitu yang dikelolakan oleh Belia Felda Maokil pada 16/05/2010 sempena karnival auto show dan Unit Sains & Matematik, FST yang akan berlangsung selepas cuti pertengahan tahun (minggu pertama naik cuti).

Semua pelajar SMK Maokil yang berminat boleh menyertai pertandingan anjuran belia Felda Maokil. manakala bagi FST cikgu akan pilih pelajar terbaik yang akan mewakili sekolah nanti. Bagi peserta2 yang berada di sekitar Pekan Labis dan Chaah juga dijemput untuk menyertai pertandingan anjuran belia tersebut.

Acara yang akan dipertandingkan semasa karnival auto show Maokil ialah acara roket payung terjun sahaja.
Semua peserta yang berminat diminta bersedia untuk pertandingan tersebut. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada 2 orang peserta.

Sebarang pertanyaan boleh terus bertanya kepada wak (redzuan)- belia maokil @ kepada saya.

Ahad, 25 April 2010

Pelancar Roket Air yang digunakan semasa pertandingan Peringkat Negeri Dan Peringkat Kebangsaan

Ini lah rupa bentuk pelancar yang digunakan pada pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan. Kalau ada budget lebih boleh ler beli tapi harganya lebih kurang RM1500 ++. Kalau tak ada budget beli yang saya jual je....untuk latihan boleh pakai pelancar roket air yang ringkas macam saya buat tu...



Kat mana beli....saya pun x pasti.......kena tanya2 lah sape2 yang dah beli mungkin boleh kongsi maklumat kelebihan dan masalah yang dihadapi dengan pelancar tersebut...

Masalah yang dihadapi semasa menggunakan pelancar di atas:
1. Gelang Getah tempat pemegang botol kalau dah rosak kena tukar harga lebih kurang +/-RM80

Khamis, 22 April 2010

Pertandingan Roket Paracut sempena Karnival Buku Daerah Segamat

Hari ini telah berlangsung pertandingan roket paracut sempena pameran buku daerah segamat. Pertandingan ini telah disertai oleh 18 buah sekolah Menengah sekitar daerah segamat. Setiap sekolah diwakili oleh 2 orang pelajar bawah 16 tahun.

Sila klik disini untuk melihat gambar2 semasa pertandingan berlansung.

Keputusan penuh pertandingan :
Johan     : SMK Dato Ahmad Arshad catatan masa - 1:19.72
N/Johan : Sekolah Tinggi Segamat catatan masa - 1:02.55
Tpt ke 3 : SMK Seri Jementah catatan masa - 49.87
Tpt ke 4 : SMK Bdr Putra catatan masa - 46.03
Tpt ke 5 : SMK Munshi Ibrahim - 35.18
Tpt ke 6 : SMK Seri Kenangan - 33.73
Tpt ke 7 : SMK Maokil - 31.28

Tahniah diucapkan kepada pemenang2 dan yang tidak berjaya cuba lagi pada pertandingan Festival Sains dan Teknologi (FST) Daerah Segamat yang akan berlangsung selepas cuti pertengahan tahun nanti.

Semasa pertandingan tersebut berlangsung cg telah dilantik sebagai hakim. Apa yang cikgu ingin ulaskan ialah cg dapati prestasi sekolah2 didapati semakin baik jika dibandingkan pada pertandingan FST pada tahun lepas. Banyak sekolah yang telah dapat mengembangkan paracut masing2 semasa pelancaran. Cg jangka pertandingan roket h2o pada FST tahun ini akan lebih sengit dan menarik.

Banyak sekolah telah dapat menghasilkan paracut yang besar. Dan roket yang dihasilkan juga dapat naik lebih daripada 100 m tinggi (anggaran). Walaubagaimanapun masih ada sekolah yang masih menggunakan botol air minuman/air mineral sebagai komponen utama badan roket. Botol air minuman / botol air mineral tidak sesuai digunakan kerana botol tersebut tidak tahan kepada tekanan yang tinggi, ditakuti pecah semasa pelancaran. Semasa pertandingan roket h2o semasa FST nanti, sekolah yang menggunakan botol mineral / botol air minuman akan dibatalkan penyertaannya.

Kepada guru2 penasihat tahniah kerana berjaya membawa pelajar menyertai pertandingan ini. Acara ini akan dijadikan acara tahunan bagi daerah segamat.

Jumpa lagi semasa pertandingan roket h2o semasa FST nanti...

Ahad, 18 April 2010

Pertandingan Roket Paracut sempena Pesta Buku Daerah Segamat

Semua sekolah di Daerah Segamat dijemput untuk menghantar 1 pasukan ke Pertandingan Roket Paracut sempena pesta buku daerah segamat yang akan berlangsung pada 22 - 27 april 2010 ini. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pertandingan tersebut boleh lah terus kepada pegawai khas Koakademik Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.

Pertandingan ini hanya untuk pelajar2 yang berumur 16 tahun ke bawah sahaja. Cg akan masukkan gambar2 yang menarik semasa pertandingan tersebut berlangsung. Kunjungi laman blog ini selepas 22/4 untuk melihat gambar2 yang menarik.

Sabtu, 17 April 2010

Tahniah cg ucapkan kepada cg Mahadi Mahamad  yg menganjurkan pertandingan roket h2o dan Pelajar2 SMK Pasir gudang 3 yang telah menyertai pertandingan ROKET H20 pada 12 April 2010 yang lepas. Daripada maklumat yang cikgu dapat sebanyak 15 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan yang paling best nya....pelancar yang digunakan untuk melancarkan roket h2o menggunakan pelancar yg cikgu jual. Alhamdulillah, tak lah sia2 kerja yang cg buat selama ini, boleh juga dimanfaatkan oleh guru2 dan pelajar2.

Suasana semasa pertandingan



Pemenang Pertandingan Roket Air Sasaran Terbaik

Tempat Pertama :
MUHAMMAD HURAIRAH B RAHMAT
Jarak : 80.1 meter

Tempat Kedua :
MOHAN A/L VERAPPAN
AHMAD FARKHAN BIN MOHD TERMIZI
Jarak : 73.6 meter

Tempat Ketiga :
NURUL FARAH HANY BINTI MADON
MUHAMAD FAID B AZMAN
Jarak : 54.8 meter

Sekali lagi, Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian. Walaubagimana pun Jarak sasaran boleh dipertingkatkan lagi dengan cara menjadikan sayap roket lebih kukuh dan lebih stabil. Kebiasaannya jarak sasaran boleh mencapai 130 meter @ lebih, jika parameter yang digunakan adalah bersesuaian iaitu isipadu air yang dimasukkan ke dalam botol, tekanan yang dikenakan (dipamkan) dan berat roket air itu sendiri.

Ini lah cabaran kepada pelajar2, bagaimana nak menghasilkan roket sasaran yg terbang jauh.....buat lah kajian anda dan ikutlah teori2 @ konsep2 fizik yang bersesuaian. Bukan sekadar untuk pertandingan....jika negara jiran kita indonesia sudah dapat melancarkan roket ke orbit, tidak mustahil satu hari nanti malaysia juga akan dapat melancarkan roket ke orbit....anda semua lah yang akan menentukannya...

Rabu, 14 April 2010

Panjang tali paracut dan berat kon untuk melindungi paracut

Salam,

Ada pertanyaan daripada pn rozita, berkaitan dengan tajuk di atas. jika ada peminat2 yang dapat jawab lebih baik daripada saya sila email kan kepada saya..untuk dimuatkan dalam blog ini...

Jawapan:

Ikut teori panjang tali paracut yang biasa digunakan ialah 1 1/4 - 1 1/2 diameter paracut yang dibuat manakala berat kon pula adalah bergantung kepada berat roket dan bentuk roket yang anda gunakan...ini lah cabaran kepada pelajar2 untuk menghasilkan roket yang dapat mengeluarkan paracut pada puncak ketinggian sebelum roket berpatah balik semula. Pelajar2 saya masih lagi sedang membuat ujikaji untuk menghasilkan satu roket yang betul2 dapat mengeluarkan paracut pada puncak ketinggian. Sudah 3 tahun ujikaji di jalankan tetapi masih lagi tidak menemui satu berat yang betul2 sesuai.

Jangan lupa untuk membiarkan pelajar membuat ujikaji berat kon yang sesuai untuk roket paracut. Apa yang harus diingat...pilih lah pembolehubah yang sesuai utk di malarkan  (spt btk roket, berat roket, jenis kon/muncung dll). Setiap kali pelancaran dibuat catatkan dalam buku log pelancaran........
selamat menjalankan ujikaji....jadi lah pelajar2 yg kreatif dan sentiasa bersikap ingin tahu... semoga berjaya..

Isnin, 12 April 2010

Cara untuk menentukan pusat graviti bagi roket air

Salam,

Cara yang paling senang untuk menentukan pusat graviti bagi roket h20 yang anda  hasilkan ialah dengan cara menggunakan benang.

Ikat kan benang pada badan roket air yang telah siap dihasilkan. Cari tempat di mana keseimbangan tercapai antara bahagian hadapan dan bahagian belakang roket air. Pada bahagian dalam, tempat dimana keseimbangan dicapai (sudut 90 darjah antara badan roket air dan tali benang) antara bahagian depan dan belakang inilah merupakan tempat kedudukan pusat graviti bg roket h20 yang anda hasilkan. Uji pusat graviti tersebut dengan cara memusingkan badan roket h20 yang dibuat.



Jumaat, 9 April 2010

Menentukan pusat tekanan dan pusat graviti bagi roket h2o

Terima kasih kepada yang bertanya (tapi tak tinggalkan nama)

Soalannya:
Bagaimana nak menentukan pusat tekanan dan pusat graviti (centre of pressure & centre of gravity) bagi roket h2o.

Jawapan:

Pusat tekanan ialah pd bahagian tgh di dlm botol yang dijadikan badan roket h2o (Botol yang akan dimasukkan air semasa pelancaran-tidak termasuk leher atau muncung) manakala pusat graviti ialah pada bahagian tengah badan roket (diukur termasuk lah muncung, leher, sayap dan badan roket h2o) dimana kalau diikatkan satu tali pada bahagian tersebut roket h2o anda akan berada dalam keseimbangan. 

Keseimbangan roket h2o bergantung kepada pusat graviti roket h2o tersebut sepertimana gambarajah di bawah.



Rabu, 7 April 2010

POWER POINT SLIDE SHOW

ADA RAMAI YANG BERTANYAKAN SAYA BERKAITAN DENGAN POWERPOINT SLIDE SHOW DAN BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA. KEPADA YANG BERMINAT BOLEH BUAT TEMPAHAN SEKARANG. JIKA SEMUA MASALAH DAPAT DISELESAIKAN SAYA AKAN MAKLUMKAN SEMUA YANG TELAH MEMBUAT TEMPAHAN. SAYA HANYA AKAN MENJUAL POWERPOINT SLIDE SHOW TERSEBUT KEPADA 10 ORANG YANG MEMBUAT TEMPAHAN AWAL SAHAJA.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA POWER POINT SLIDE SHOW YG BERKAITAN DENGAN ROKET H2O DI BAWAH MASIH LAGI DALAM PROSES KEMAS KINI. HARAP BERSABAR.

POWERPOINT SLIDE SHOW TELAH SEDIA UNTUK DIMUAT TURUNKAN. KEPADA YANG TELAH MENEMPAH NYA..SILA BUAT PEMBAYARAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPATKAN LINK BAGI MEMUAT TURUN NYA...TERIMA KASIH