iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2014

Sorotan Lensa Kejayaan 2014


gambar pemenang semua kategori yang dipertandingkan
PTPR Negeri Johor 2014

Barisan Guru Penasihat PTPR 2014




Ahad, 17 Ogos 2014

Lensa Kejayaan SMK Maokil di PTPR Negeri Johor 2014

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT kerana memberikan kesempatan kepada Pasukan Roket Air SMK Maokil 2014 untuk berjaya mendapat Johan Roket Air Sasaran (R2) dan Johan Roket Air Inovasi (R4) sempena pertandingan PTPR 2014 di Politeknik Mersing pada 11- 13 Ogos 2014.
Tahniah kepada peserta
1. Mohd Hisyamudin bin Sufa'at
2. Saharzikri Bin Samsul
di atas kejayaan yang dicapai....





Selasa, 1 Julai 2014

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket FST Negeri Johor 2014

Tahniah kepada peserta2 pertandingan roket air sempena FST Negeri johor yang telah berlangsung di SMK Tinggi Batu Pahat pada 24 hingga 26 Jun 2014.

Konsep pertandingan negeri pada tahun ini ialah semua roket (1 roket sasaran dan 1 roket payung terjun) dibina oleh pelajar ditempat pertandingan pada hari pertama dengan bahan2 disediakan oleh pihak sekolah/daerah masing2 mengikut senarai yang dibekalkan. Pertandingan akan dijalankan pada hari kedua melibatkan 2 kategori iaitu roket sasaran dan roket payung terjun sahaja.

Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut

Kategori Roket Sasaran
Johan : Daerah Kulai
Tempat ke 2 : Daerah Muar
Tempat ke 3 : Daerah Batu Pahat

Kategori Roket Payung Terjun
Johan : Daerah Segamat (SMK LKTP Maokil)
Tempat ke 2 : Daerah Kulai
Tempat ke 3 : Daerah Pasir Gudang

Johan Keseluruhan Roket Air FST Negeri Johor 2014
Daerah Kulai

Maaf cg tak ingat nama sekolah bagi setiap daerah.....cuma yang cg tahu bagi daerah segamat je... :)
Apa pun tahniah kepada semua pemenang. Yang tak berjaya cuba lagi...

Rakaman gambar-gambar semasa pertandingan

Jumaat, 22 Jun 2012

Keputusan PTPR Negeri Johor 2012

Nie merupakan keputusan penuh PTPR Negeri Johor bagi tahun 2012

1. Pembentangan terbaik (Kategori R1) : SMK Mutiara Rini, Johor Bahru
2. Sasaran Terbaik (Kategori R2) : SM Sains Kota Tinggi
3. Payung Terjun Terbaik (Kategori R3) : SMK Taman Pelangi Indah, Pasir Gudang, JB
4. Roket Kategori Terbuka Terbaik (Kategori R4) : SMK Maokil, Segamat




Keseluruhan
Johan : SMK Taman Pelangi Indah, Pasir Gudang, JB
Naib Johan : SMK Dato Syed Isa, Bt Pahat
Tempat Ketiga : SM Sains Kota Tinggi.



Tahniah cg ucapkan kpd peserta SMK Maokil yang telah mengekalkan kejagohan dalam acara terbuka....emmm kategori yg lain nampaknya masih belum mampu nak mengatasi sekolah yang hebat2 semuanya.....

Sekalung tahniah utk wan mohd nizam dan hanapeze yg telah banyak mengharumkan nama sekolah dlm PTPR semada di peringkat daerah atau pun negeri. Sekali lg tahniah drpd Cikgu....pertandingan ini merupakan pertandingan yg terakhir bagi mereka berdua disebabkan oleh faktor umur yg akan melebihi 16 tahun pada tahun hadapan. Jadi kepada bakal pelapis pelajar2 ting 1 contohilah abang2 ini yg sangat2 memberi kerjasama yang baik kepada cikgu semasa latihan dan pertandingan.


 

Khamis, 20 Oktober 2011

Perbengkelan roket Air di SK Maokil 2 bagi kali ke 3 - Program selepas UPSR

Alhamdulillah, sekali lagi perbengkelan roket air dapat diadakan dengan jayanya di SK Maokil 2. Sebanyak 9 kumpulan pelajar tahun 6 yang sedang menunggu keputusan UPSR telah berjaya menyiapkan roket air jarak jauh dan roket air payung terjun masing2 dengan dibantu oleh 4 orang fasilitator daripada sekolah menengah iaitu Saudara Fazli, Fikri, Wan dan Anafizi (pelajar ting 3 smk maokil 2011). Terima kasih di ucapkan kepada cikgu rosli yang telah menjemput cikgu untuk program selepas UPSR ini dan juga tidak lupa kepada En Ravi, GPK Kokurikulum SK Maokil 2 yang sama2 mengikuti perbengkelan tersebut.

Berikut merupakan gambar2 yang sempat cikgu rakamkan semasa perbengkelan tersebut berlangsung.

Rabu, 25 Mei 2011

PTPR 2011 Negeri Johor

PTPR Negeri Johor 2011 telah berlangsung di SMK Seri Kenangan pada 24-26 Mei 2011

Berikut merupakan gambar2 semasa pertandingan yang dapat dirakamkan



keputusan penuh akan dimuatnaik sedikit masa lagi, sila berkunjung ke laman ini semula

KEPUTUSAN PENUH
1. Rekabentuk Roket Air - SMK Maokil

Ahad, 15 Mei 2011

Pertandingan Roket Air Peringkat Negeri Johor

Salam 1 M'sia

Pertandingan roket air bagi peringkat Negeri Johor akan berlangsung pada 25-26 Mei nanti di daerah Segamat, Cg doakan semoga pada tahun ini SMK Maokil yang mewakili daerah segamat akan mendapat kejayaan yang membanggakan.

Kepada Wan dan Hanapeze, kuatkan semangat dan gandakan usaha, jgn mudah berputus asa...anda tentu berjaya.

Sila kembali semula ke laman blog ini untuk melihat gambar2 semasa pertandingan dan keputusan pertandingan nanti, cg akan cuba mendapatkan gambar2 semasa pertandingan nanti. Bagi yang berkelapangan masa dijemput ke Segamat bagi memeriahkan acara.

tq

Khamis, 21 Oktober 2010

Gambar2 semasa pelancaran roket h2o- aktiviti selepas PMR 2010

Alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi pertandingan roket h2o bagi pelajar2 menengah rendah telah berjaya dilangsungkan. Pelajar2 menengah rendah telah berjaya menghasilkan roket h2o yang dapat terbang melebihi jarak 100m.

(Nak lihat Gambar2 yang lain...klik di sini)


Sebahagian peserta perempuan yang menyertai pertandingan roket h20 2010

Yang berbaju gelap tu....yg ayu....tuuu ..juru gambar semasa pertandingan berlangsung...tq ika..

takut nak tengok....sampai sakit leher.....

Begitu tekun.....jangan melepasi 60psi yaa.....



Cg Aizawani dan gang sorak..........tq

Semasa pertandingan ini diadakan, kami juga telah menjemput 2 pasukan terbaik SK Maokil 2 semasa perbengkelan roket tempoh hari untuk sama2 terlibat dalam pertandingan roket menengah rendah

 Cg rosli and the gang....

Gang sekolah rendah SK maokil 2 dan juga....baju kuning harimau (Cg Ayob- tq sbb tolong menguruskan pertandingan) dan baju merah kat tgh (penganjur) 

Keputusan pertandingan roket menengah rendah 2010 cg akan upload kan sedikit masa lagi harap bersabar....ya.

Ahad, 16 Mei 2010

Keputusan Pertandingan Roket Payung Terjun Sempena Karnival Permotoran Belia Felda Maokil

Alhamdulillah, pertandingan pada hari ini telah berlangsung dengan jaya nya. Sebanyak 24 kumpulan telah mengambil bahagian. Ramai penonton yang terdiri daripada makcik2 dan pakcik2, serta adik2 telah terpegun dan bersorak gembira melihat roket2 yang dapat terbang tinggi ke udara dan akhirnya mengembangkan payung terjun masing2.


Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Felda Maokil 1 bercadang akan menganjurkan pertandingan ke dua iaitu kategori terbuka pada masa akan datang. Tunggu......makluman dari saya nanti

Gambar roket yang telah mengambil bahagian

Keputusan pertandingan pada hari ini ialah :

Tempat pertama :
Nama Pasukan: AK and AC ( masa : 1 minit 57.92 saat)
1. Mohd Akmal Zulhilmi B. Anuar
2. Mohammad Amirul Faeez B. Suhaimin

Tempat kedua :
Nama Pasukan : Besar Punya... (59.87 saat)
1. Muhammad Adib B. Samsuddin
2. Wan Muhd Nizam B. Wan Esa           

Tempat ketiga :
Nama Pasukan :Ladies (59.70 saat)
1. Siti Nadia Bt. Ngatiran
2. Hasmidah Bt. Mohd Said

Tempat keempat :
Nama Pasukan : Roket Mania (54.97 saat)
1. Mohd Azam B. Ramly
2. Muhammad Aidil B. Kamidi

Tempat kelima
Nama Pasukan : Bravo (53.11 saat)
1. Muhammad Firdaus B. Senawi
2. Muhd Aziz B. Mafrodi

Muat turun Gambar2 semasa pertandingan berlangsung
          
Kepada yang tidak berjaya pada pertandingan hari ini diharap dapat mencuba semula pada pertandingan terbuka nanti....

Rabu, 12 Mei 2010

Roket payung terjun

Roket V6ia


Roket terkini versi 6 yang sedang diusahakan oleh pelajar2. Keupayaan utk terbang agak bagus dan boleh mencapai ketinggian dalam 100 m (agak2). nanti nak kena buat satu alat bagaimana mengukur jarak tegak ketinggian satu roket paracut.

gambar2 roket versi 6ia yang lain
klik di sini


selamat menghasilkan roket anda

azmi j

Sabtu, 6 Mac 2010

Pertandingan Sempena Minggu Fizik di Kolej Matrikulasi Pahang

Pautan dibawah mengandungi sepuluh keping gambar semasa pertandingan di Kolej Matrikulasi Pahang sempena minggu fizik 2010. Kepada peminat2 roket h2o Sila klik di sini untuk melihat gambar2 tersebut. Terima kasih cg ucapkan kpd en ariff yg telah emailkan kpd cg gambar2 tersebut.

KLIK DI SINI

Salah satu gambar yang di hantar.......

Tahniah juga kpd En Ariff dan AJK yang telah menganjurkan pertandingan tersebut dan penyertaan daripada pelajar2 nya amat menggalakkan iaitu sebanyak 53 team telah mengambil bahagian. Acara pelancaran roket h2o ini akan dijadikan acara tahunan di Kolej Matrikulasi Pahang. Keputusannya ketegori jarak jauh,1st place 140m, 2nd 136m, 3rd 130m. Tahniah kepada pemenang......yang tak berjaya cuba lagi...


Kepada peminat2 yang ingin memasukkan gambar2 @ apa2 berita berkaitan dengan roket h2o dalam blog ini, sila hantar gambar2 yang menarik kepada email cg iaitu azmi.jaaffar@yahoo.com.my @ roketh2o@gmail.com

tq

Sabtu, 20 Februari 2010

Garaj roket H2O (roket paracut dan roket sasaran)

Nie merupakan gmbr2 koleksi roket h2o yang di hasilkan oleh pelajar2 dari tahun 2005 -2009 yang masih disimpan utk pameran.
Cuba perhatikan evolusi yg terhasil dari tahun 2005 sehingga sekarang......terutama dibahagian sayap dan kon...

koleksi roket sasaran dan paracut 2005-2008

koleksi roket paracut dan sasaran 2005 - 2008
 
koleksi roket sasaran 2009

koleksi roket paracut dan sasaran 2009

koleksi roket paracut dan sasaran 2009

koleksi roket paracut dan sasaran 2009

Isnin, 9 November 2009

Gambar2 perbengkelan yang baru dimuat naik.

Buat semua peminat roket h2o, nie cg dah muat naikkan gambar2 yang diambil semasa perbengkelan di tiga tempat berasingan pada tahun ini.

1. Program penggalakkan sains SK Bukit Hampar, Segamat

2. Perbengkelan roket h2o kali ke 2 - aktiviti selepas PMR

3. Perbengkelan roket SK Maokil 2 - Aktiviti selepas UPSR

Gambar semasa pertandingan roket h2o jemputan kali pertama smk maokil akan cg muatnaik kan sedikit masa lagi....


tq

Rabu, 28 Oktober 2009

Generasi Pelapis Roket h2o



Gambar ini diambil semasa kejohanan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan SMK Maokil kali pertama pada 26/10/2009.



Inilah barisan pelapis yang akan memperkembangkan lagi roket h2o.

Terima kasih diucapkan kepada Cg Normah, Cg Roslee, Cg Haslizan dan guru2 pengiring yang lain kerana membawa pelajar2 pra sekolah dan pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 menyaksikan pertandingan yang dijalankan di SMK Maokil. Pendedahan awal kepada pelajar2 sekolah rendah akan menambahkan minat para pelajar untuk memgetahui dengan lebih mendalam roket h2o.

Kepada pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 tunggu kehadiran cikgu dan fasilitator (pelajar ting 3) yang akan mengadakan bengkel pembinaan roket h2o pada 2/11 nanti.

Selasa, 27 Oktober 2009

Gambar Roket Sasaran

1..2...3.....zooooooom



Roket Sasaran yang baru dilepaskan daripada pelancaran, lihat lah daya tolakan air yang membantu roket h2o terbang kehadapan.



Sayang sekali kebanyakkan roket sasaran yang dihasilkan tidak berjaya memasuki bulatan sasaran (eye's bull) semasa pusingan pertama roket sasaran kejohanan teknologi pelancaran roket jemputan SMK Maokil tapi pada pusingan ke dua ada beberapa roket yang berjaya memasuki bulatan sasaran.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada cg baha, cg subra, cg fadzil dan cg alias yang menjadi hakim serta pembantu-pembantu padang pelajar2 ting 3 dan 4 yang telah bersusah payah membantu cikgu semasa pertanding roket jemputan SMK Maokil kali pertama diadakan. Anda semua memang profesional....and bezz. Tak lupa juga kepada cg zainal yang telah mengambil gambar2 yang menarik semasa pertandingan tersebut berlangsung. Tak lupa juga kepada pengurusan sekolah yang membenarkan program ini berlangsung. Dan akhir sekali kepada peserta2 dan guru pengiring yang sudi untuk bertarung....syabas cg ucapkan.......semoga roket h2o ini akan berkembang dengan pesat khususnya di Segamat dan amnya di Malaysia.....

Hidup roket h2o......

Gambar2 menarik Roket Payung Terjun



Foooyoooo....siap keluar macam berasap lagikan...



Nie ler gambar menarik yang ada pada link di bawah......dan banyak lagi akan di muat naikkan...jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat gambar2 tersebut

Isnin, 26 Oktober 2009

Gambar pertandingan..

Cikgu akan 'upload' kan gambar2 semasa pertandingan dalaman dan jemputan teknologi pelancaran roket hari ini untuk tatapan semua peminat2 roket air.

Sebahagian gambar yang menarik ada kat sini, klik 'link' di bawah


http://picasaweb.google.com/zainalmzabir/PertandinganPelancaranRoketJemputan2009LaunchOnly

Credit : Utk cg zainal zabir yang mengambil gambar2 semasa pertandingan dan memuatnaik gambar di piscaweb.google.com