iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Selasa, 11 Mei 2010

Peraturan Pertandingan Roket Payung Terjun Belia Maokil 2010

Muat turun Borang Pendaftaran di sini
Muat turun Peraturan pertandingan di sini


PERATURAN PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET


A. PERATURAN UMUM
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah/menengah Felda Maokil / Belia Felda Maokil / pelajar sekolah menengah Daerah Segamat (jemputan).

2. Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang peserta dan diiringi oleh seorang (1) guru pembimbing (sekolah jemputan).

3. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.

4. Setiap pasukan dibenarkan melakukan dua (2) percubaan sahaja bagi setiap kategori. Hanya percubaan yang terbaik sahaja akan diambil kira.

5. Semua roket yang dibuat mestilah menggunakan botol minuman bergas terpakai 1.5L

6. Semua roket akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang ditetapkan oleh pihak penganjur sahaja.

7. Semua model roket air yang dibina adalah menjadi hak milik pihak penganjur.
8. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.

9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

10. Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru.



Kategori Payung Terjun (Parachute Category)
1. Setiap pasukan perlu melancarkan roket dan catatan masa roket di udara akan diambil.

2. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.

3. Payung terjun (parachute) mestilah diletakkan pada komponen utama (botol) roket.

4. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi*.

5. Masa akan mula diambil semasa roket dilancarkan sehingga ianya:-

i. Mengenai permukaan bumi; atau

ii. Mengenai objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau

iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau

iv. Terbang di udara selama 15 minit*.

* Tertakluk kepada perubahan semasa.

1 ulasan :

  1. mcm mana nak buat roket payung terjun ek?
    sy ada nak buat roket tu...
    boleh tolong terangkn?

    BalasPadam

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini