iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....
Memaparkan catatan dengan label badan roket air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label badan roket air. Papar semua catatan

Selasa, 17 Ogos 2010

Penyambungan 2 botol untuk dijadikan badan roket air

Salam 1 malaysia,

Selamat menunaikan ibadat puasa bagi peminat2 roket air yang beragama islam.

Kali ini saya akan memperkenalkan satu kaedah untuk menyambungkan 2 botol minuman untuk dijadikan badan roket air. Kaedah ini dinamakan teknik peyambungan injap. Peralatan yang diperlukan adalah: 'valve' tayar motorsikal/basikal, paku lebih kecil sedikit drpd 'valve' tayar, pisau.







Langkah 1
Panaskan paku dan tebuk satu lubang pada bhg bawah botol dengan menggunakan paku panas tersebut. Tebukkan satu lagi lubang pada penutup botol minuman tersebut menggunakan kaedah yang sama seperti di atas.

Langkah 2
Kemaskan lubang yang di tebuk dengan menggunakan pisau supaya 'valve' tayar dapat masuk melaluinya. Pastikan lubang tersebut sama saiz dengan 'valve' supaya angin tidak dapat keluar melaluinya semasa angin dimasukkan ke dalam botol.

Langkah 3
Bagi mengelakkan
Masukkan 'valve' dari bahagian dalam botol(peringkat ini memerlukan kesabaran kerana agak sukar memasukkan valve dari bhg dalam botol, saya masih lg sedang memikirkan apakah alat yg sesuai digunakan utk memasukkan 'valve' dari bhg dalam botol  sehingga keluar). Bagi mengelakkan sambungan yang dibuat daripada angin terkeluar semasa pelancaran, ambil tiub basikal dan letakkan pada bahagian atas sambungan dan bawah sambungan.

Selamat mencuba.......semoga berjaya.

Selasa, 8 Disember 2009

Double Length Rocket // Roket gandadua @ lebih

 Di bawah ini ditunjukkan cara bagaimana untuk menambahkan panjang roket daripada satu botol menjadi 2 botol minuman bergas terpakai.....boleh dicuba jika mahu tp anda harus ingat semakin panjang roket h2o yang anda bina semakin berat roket h2o tersebut dan jarak mendatar penerbangan  @ jarak tegak penerbangan akan menjadi semakin kecil.

Gambar rajah di bawah cg dapat daripada laman web Mr Gary Ensmenger.
Give him a special credit for this valuerable picture....









Isnin, 13 Julai 2009

Roket h2o (Paracut)

Cepat dan Mudah membina Roket h2o (Paracut)

Objektif
Membina 1 roket h2o yang boleh terbang tegak ke atas dan jatuh semula ke bumi dalam jangka masa yang maksimum/lama

Bahan
1 botol minuman bergas 1.5L
Kulit Fail plastik
Plastik folio
Selotape
Gunting
Benang anchor
Bag plastic sampah nipis (biru)
Binding tape
Penebuk lubang

Kaedah
Ada 2 cara untuk membina badan roket h2o. Badan roket h20 boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher. Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :
Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk membuat leher pada badan roket h2o



Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.





Jika anda tidak mahun memasang leher pada roket h2o anda, gambarnya seperti di bawah:



Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda. Potong 4 keping kulit fail plastik mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki. Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba bentuk lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket h2o anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk membuat sayap roket h2o anda antaranya 'craftboard', 'mounting board', 'manila card' dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai.







Tandakan 4 garisan selari yang lurus pada botol minuman bergas tersebut dengan menggunakan marker. Garisan ini akan digunakan sebagai petunjuk bagi melekatkan sayap pada badan roket h2o anda. Garisan yang anda lukis tersebut hendaklah sama jarak antara satu sama lain bagi membolehkan sayap yang akan anda lekatkan berada dalam keadaan tegak dan selari.












Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya. Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat. Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding diameter botol yang dijadikan badan roket h2o.











Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket h2o akan terlekat pada badan roket h2o dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan tab pada bahagian badan roket h2o di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah untuk menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket h2o semasa dilancarkan nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket h2o anda.







Cara untuk membuat paracut
Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic sampah yang nipis.
Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat kepada 4 bahagian.Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.















Ukuran panjang tali payung yang sesuai digunakan adalah 1.25 – 1.5 X diameter paracut yang anda buat. Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung kepada anda. Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada payung terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak pada tempat di mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.



Sekarang roket h2o anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat payung yang anda buat dengan badan roket h2o anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara lipatan yang biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di atas tidak sesuai untuk roket h2o anda.



Gambar roket h2o yang terapung-apung diudara.....



Selamat mencuba
Hati-hati semasa pelancaran roket h2o dan semoga bergembira….!

Perhatian : Sila Tuliskan nama anda jika anda ingin bertanyakan soalan, Selepas ini..Soalan tanpa nama yang bertanya , tidak akan dilayan harap maklum..…....

Rabu, 8 April 2009

Jenis botol



Jenis-jenis botol minuman bergas terpakai 1.5L yang biasa 'team' cikgu gunakan untuk membuat badan roket h2o. Botol yang kurang berlekuk-lekuk lebih sesuai digunakan untuk membuat badan roket h2o kerana ianya lebih senang untuk pemasangan sayap nanti.

Apa saja botol plastik yang sesuai boleh digunakan samada 1.5L @ 1.25L bergantung kepada kreativiti anda untuk memasang sayap padanya nanti. selamat mencuba