iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Khamis, 11 Oktober 2018

Kejohanan Roket Kebangsaan KRK2018

Alhamdulillah....JPNT telah memberi kepercayaan kepada 2 orang peserta dari SMK Tengku Ibrahim untuk mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Roket Kebangsaan yang telah berlangsung pada 1-4 Oktober 2018 yang lepas

Kepercayaan dan peluang tersebut telah diambil sepenuhnya oleh peserta SMK Tengku Ibrahim untuk mengharumkan nama sekolah SMK Tengku Ibrahim, daerah Setiu dan Negeri Terengganu dengan menggondol Terbaik Kategori Inovasi Peringkat Kebangsaan... Tahniah buat adik Haikal Aiman dan adik Amir Nashran..

nanti cikgu akan uploadkan gambar yang sempat dirakam semasa kejohanan tersebut.

Khamis, 26 Julai 2018

Pertandingan Roket Air kini ke Sekolah Rendah......

Alhamdulillah...pertandingan roket air kini akan dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dalam Karnival STEM peringkat Negeri. Dua kategori pertandingan yang akan dijalankan iaitu pertandingan roket air sasaran dan roket air payung terjun.

Pertandingan akan dijalankan dalam 3 sesi iaitu sesi pembinaan model roket masing-masing selama 4 jam. Semasa sesi pembinaan hakim akan bertanyakan kepada pelajar-pelajar perkara-perkara asas berkaitan dengan roket air dan 10 % daripada markah soaljawab ini akan di campurkan dengan markah bagi roket sasaran (50%) dan markah bagi roket payung terjun (40%) bagi menentukan johan keseluruhan pertandingan roket air sekolah rendah.



Sesi ke dua adalah sesi pelancaran roket sasaran sama seperti pertandingan roket air sekolah menengah di mana pelajar akan melancarkan roket yang mereka hasilkan semasa sesi pembinaan ke bulatan sasaran yang berjarak 60-80 m dari tapak pelancaran



Sesi ke tiga adalah sesi pelancaran roket air payung terjun. Pelajar akan melancarkan model roket yang mereka hasilkan tegak ke atas dan badan roket tersebut diikatkan pada payung terjun. Roket air yang paling lama berada di udara akan dikira sebagai pemenang.










Roket Air Sekolah Menengah Karnival STEM Negeri Terengganu 2018

Alhamdulillah sekali lagi SMKTI diberi kepercayaan untuk mewakili daerah Setiu ke pertandingan Roket Air Karnival STEM peringkat Negeri Terengganu yang julung kali di adakan pada tahun ini di Negeri Terengganu. Pertandingan ini telah berlangsung di 2 tempat iaitu sesi pembinaan roket air di Kompleks Siswa Universiti Malaysia Terengganu dan sesi pelancaran roket pula di padang SMK Kompleks Mengabang Telipot Batu Rakit, Terengganu.

kategori pertandingan pada tahun ini telah diubahsuai sedikit dimana masih lagi dipertandingkan 2 kategori iaitu kategori roket sasaran dan kategori roket payung terjun berbeban. Kategori roket payung terjun berbeban inilah yang menguji minda dan kreativiti pelajar bagi menghasilkan roket yang akan membawa beban(telur) dan setelah pelancaran payung terjun akan menyelamatkan telur daripada pecah. Masa payung terjun berbeban paling lama di udara, mendarat dalam zon pendaratan dan beban tidak rosak akan menentukan kumpulan mana yang akan memenangi kategori roket payung terjun berbeban.

                   

SMKTI telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu



Team A dan Team B

Alhamdulillah Team A telah berjaya mendapat tempat ke dua keseluruhan Pertandingan Roket Air Sekolah Menengah Karnival STEM Peringkat Negeri Terengganu 2018 dan akan mewakili negeri Terengganu ke pertandingan Kebangsaan pada bulan November nanti







Tahniah diucapkan....

Rakaman peristiwa semasa pertandingan berlangsung...


https://photos.app.goo.gl/muQ4Vj9eZnSefsrA9





KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH MENENGAH

SILA MASUK KE PAUTAN DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR KARNIVAL STEM 2018 PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

https://drive.google.com/file/d/1O3fgCozktj1lbhIKFSCULOBMPJt1O3Qb/view?usp=sharing


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH


SILA MASUK KE PAUTAN DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR KARNIVAL STEM 2018 PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

https://drive.google.com/file/d/19V9QmyNNdGyUIcOme9CmoZsjwdM6IE37/view?usp=sharing