iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....
Memaparkan catatan dengan label leher. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label leher. Papar semua catatan

Khamis, 14 Oktober 2010

Powerpoint slide show : How to build simple water rocket // persembahan power point : Bagaimana membina roket air yang ringkas

POWER POINT SLIDE SHOW INI TELAH SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN, SILA BUAT PEMBAYARAN JIKA BERMINAT.

(Special /khas)

For Teachers or water rocket fans //
Utk guru2 atau peminat2 roket air

Download power point show to know how to build a simple water rocket //
Muat turun persembahan 'powerpoint' di bawah untuk mengetahui bagaimana membina roket air

Part 1 (new)/Bahagian 1 terkini  - 19 slide

Part 2 (new)/ Bahagian 2 (samb) terkini - 16 slide

Makluman terkini

Part 3 (new)/Bahagian 3 (samb) terkini - 19 slide

Part 4 (new)/Bahagian 4 (samb) terkini - 13 slide

Part 5 (new)/Bahagian 5 (samb) terkini - 21 slide

Part 6 (new)/Bahagian 6 (samb) terkini - 21 slide

Part 7 (new)/Bahagian 7 (samb) terkini - 30 slide

Part 8 (new)/Bahagian 8 (samb) terkini - 7 slide

Part 9 (new)/Bahagian 9 (samb) terkini - 17 slide

be happy making your own water rocket // selamat menghasilkan roket h2o anda sendiri...

Nota:

Anda hanya boleh memuat turun bahagian 1 & bahagian 2 shj secara percuma, bhg 3 - bhg 8 memerlukan sedikit sumbangan anda sebanyak RM30 (harga promosi) bg mempertingkatkan laman blog ini, harap maklum.

Harga ini akan dinaikkan setelah powerpoint slide show ini berjaya di muat turun oleh 10 orang. Jadi bertindaklah sekarang untuk mendapatkan harga promosi ini.

Dengan RM30 tersebut anda bukan sahaja akan dapat memuat turun 9 bhg powerpoint slide show tetapi anda juga akan memperolehi 3 buah ebook(b. Inggeris) yang dikarang oleh pakar secara percuma // (for free) berkaitan dengan roket air iaitu:

1. Introduction to water rocket // Pengenalan kpd roket air ( 47 halaman / format pdf )

2. Water rocket handbook // Buku nota roket air ( 137 halaman / format pdf)

4. Model Rocketry Technical manual (16 halaman / format pdf)

Powerpoint shows ini sesuai digunakan oleh guru2 penasihat kelab rekacipta/roket sekolah untuk perbengkelan kepada ahli kelab / pelajar2 tentang asas bagaimana menghasilkan roket H2O ataupun untuk persediaan pelajar2 kepada pertandingan teknologi pelancaran roket H2O. Terdapat lebih kurang 163 slide yang disertakan dengan gambar-gambar dan penerangan ringkas bagi setiap gambar.

Tajuk2 yang dibincangkan dalam power point slide show ini ialah seperti di bawah:

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. KONSEP / TEORI

4. BAGAIMANA MEMBINA ROKET H2O
    a. PERALATAN
    b. MUNCUNG (NOSE CONE)
    c. BADAN
    d. SAYAP
    e. REKABENTUK ROKET SASARAN / JARAK JAUH
    f. ROKET PARACUT / PAYUNG TERJUN
    g. PELANCAR ROKET RINGKAS

4. LANGKAH2 KESELAMATAN

5. TIP UNTUK PERTANDINGAN (bahasa Inggeris)

 
Anda tidak perlu membazirkan masa menyediakan bahan dan hanya perlu download powerpoint show dan tayangkan kepada peserta. Powerpoint shows ini dibuat dengan menarik untuk memberi kefahaman kpd peserta2 yang langsung tiada asas kepada roket air. Anda juga akan memperolehi 3 buah ‘ebook’ (english) secara percuma berkaitan dengan roket h2o yang dihasilkan oleh pakar yang sudah lama membabitkan diri dengan ‘water rocket’. Buku ini tiada dijual dipasaran dan hanya boleh diperolehi dilaman blog ini sahaja.

Terima kasih

Isnin, 13 Julai 2009

Roket h2o (Paracut)

Cepat dan Mudah membina Roket h2o (Paracut)

Objektif
Membina 1 roket h2o yang boleh terbang tegak ke atas dan jatuh semula ke bumi dalam jangka masa yang maksimum/lama

Bahan
1 botol minuman bergas 1.5L
Kulit Fail plastik
Plastik folio
Selotape
Gunting
Benang anchor
Bag plastic sampah nipis (biru)
Binding tape
Penebuk lubang

Kaedah
Ada 2 cara untuk membina badan roket h2o. Badan roket h20 boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher. Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :
Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk membuat leher pada badan roket h2o



Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.





Jika anda tidak mahun memasang leher pada roket h2o anda, gambarnya seperti di bawah:



Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda. Potong 4 keping kulit fail plastik mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki. Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba bentuk lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket h2o anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk membuat sayap roket h2o anda antaranya 'craftboard', 'mounting board', 'manila card' dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai.







Tandakan 4 garisan selari yang lurus pada botol minuman bergas tersebut dengan menggunakan marker. Garisan ini akan digunakan sebagai petunjuk bagi melekatkan sayap pada badan roket h2o anda. Garisan yang anda lukis tersebut hendaklah sama jarak antara satu sama lain bagi membolehkan sayap yang akan anda lekatkan berada dalam keadaan tegak dan selari.












Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya. Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat. Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding diameter botol yang dijadikan badan roket h2o.











Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket h2o akan terlekat pada badan roket h2o dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan tab pada bahagian badan roket h2o di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah untuk menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket h2o semasa dilancarkan nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket h2o anda.







Cara untuk membuat paracut
Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic sampah yang nipis.
Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat kepada 4 bahagian.Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.















Ukuran panjang tali payung yang sesuai digunakan adalah 1.25 – 1.5 X diameter paracut yang anda buat. Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung kepada anda. Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada payung terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak pada tempat di mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.



Sekarang roket h2o anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat payung yang anda buat dengan badan roket h2o anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara lipatan yang biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di atas tidak sesuai untuk roket h2o anda.



Gambar roket h2o yang terapung-apung diudara.....



Selamat mencuba
Hati-hati semasa pelancaran roket h2o dan semoga bergembira….!

Perhatian : Sila Tuliskan nama anda jika anda ingin bertanyakan soalan, Selepas ini..Soalan tanpa nama yang bertanya , tidak akan dilayan harap maklum..…....