iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....
Memaparkan catatan dengan label keputusan pertandingan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputusan pertandingan. Papar semua catatan

Ahad, 17 Ogos 2014

Lensa Kejayaan SMK Maokil di PTPR Negeri Johor 2014

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT kerana memberikan kesempatan kepada Pasukan Roket Air SMK Maokil 2014 untuk berjaya mendapat Johan Roket Air Sasaran (R2) dan Johan Roket Air Inovasi (R4) sempena pertandingan PTPR 2014 di Politeknik Mersing pada 11- 13 Ogos 2014.
Tahniah kepada peserta
1. Mohd Hisyamudin bin Sufa'at
2. Saharzikri Bin Samsul
di atas kejayaan yang dicapai....





Selasa, 1 Julai 2014

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket FST Negeri Johor 2014

Tahniah kepada peserta2 pertandingan roket air sempena FST Negeri johor yang telah berlangsung di SMK Tinggi Batu Pahat pada 24 hingga 26 Jun 2014.

Konsep pertandingan negeri pada tahun ini ialah semua roket (1 roket sasaran dan 1 roket payung terjun) dibina oleh pelajar ditempat pertandingan pada hari pertama dengan bahan2 disediakan oleh pihak sekolah/daerah masing2 mengikut senarai yang dibekalkan. Pertandingan akan dijalankan pada hari kedua melibatkan 2 kategori iaitu roket sasaran dan roket payung terjun sahaja.

Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut

Kategori Roket Sasaran
Johan : Daerah Kulai
Tempat ke 2 : Daerah Muar
Tempat ke 3 : Daerah Batu Pahat

Kategori Roket Payung Terjun
Johan : Daerah Segamat (SMK LKTP Maokil)
Tempat ke 2 : Daerah Kulai
Tempat ke 3 : Daerah Pasir Gudang

Johan Keseluruhan Roket Air FST Negeri Johor 2014
Daerah Kulai

Maaf cg tak ingat nama sekolah bagi setiap daerah.....cuma yang cg tahu bagi daerah segamat je... :)
Apa pun tahniah kepada semua pemenang. Yang tak berjaya cuba lagi...

Rakaman gambar-gambar semasa pertandingan

Selasa, 30 April 2013

SMK Maokil Mengekalkan kejaguhan bagi Tahun ke 3 Kategori R4

Salam 1 M'sia

Alhamdulillah, bagi tahun yang ke tiga berturut2 SMK Maokil masih lagi dapat mengekalkan kejaguhan dalam acara R4 - Kategori Roket Air Terbuka/Inovasi

Tahniah cg ucapkan kepada 2 orang pelajar yang masih dapat mengharumkan nama SMK Maokil di peringkat negeri iaitu:
1. Saudara Mohd Aizrul Izzral Bin Alias
2. Saudara Nadzmi Bin Abdul Rahman

From PTPR 2013 Negeri Johor Di KRAMSAU


walaupun tidak bernasib baik dalam pertandingan kategori R1 -pembentangan, R2- sasaran dan R3 - payung terjun tetapi keputusan bagi setiap satu kategori tersebut juga tidak menghampakan...
Keputusan bagi kategori R1, mereka mendapat tempat ke 8, bagi kategori R2- juga mendapat tempat ke 8 dan bagi kategori R3, nasib tidak menyebelahi mereka kerana catatan masa bagi roket payung terjun berjaya di pintas dalam pusingan ke 2 oleh SM Sains Kota Tinggi dan akhirnya mereka hanya berjaya menduduki tempat ke 4 shj....

Apapun cg ucapkan tahniah dan syabas...khas buat pelajar2 yang akan menyertai pertandingan pada tahun hadapan (jika berpeluang), sila lipat gandakan usaha anda bagi mencapai sasaran layak ke pertandingan PTPR kebangsaan di UM..

Ahad, 28 April 2013

Keputusan penuh PTPR 2013 Peringkat Negeri Johor

Tahniah kepada yang berjaya!!!

Keputusan Kategori R1 - Pembentangan

1. SMKA MAAHAD MUAR (A)
2. SMKA MAAHAD MUAR (B)
3. SMK SRI RAHMAT, JB

Keputusan Kategori R2 - Sasaran

1. SMK LAYANG-LAYANG, KLUANG
2. SMK TAMAN MUTIARA RINI, JB
3. SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Keputusan Kategori R3 - Payung Terjun

1. SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
2. SM SAINS KOTA TINGGI
3. SMK DATO' AHMAD ARSHAD, SEGAMAT

Keputusan Kategori R4- Terbuka

1. SMK MAOKIL, SEGAMAT
2. SMK TAMAN MUTIARA RINI, JB
3. SMK KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Keputusan Johan Keseluruhan
SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Tahniah kepada pelajar dan guru pembimbing SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI kerana dapat mewakili negeri Johor ke pertandingan PTPR 2013 di UM pada 1-4 September 2013 nanti.ami semua doakan kejayaan anda di sana nanti.
Kepada pasukan yang tak berjaya, cuba lagi pada tahun-tahun hadapan.

Rabu, 25 Mei 2011

PTPR 2011 Negeri Johor

PTPR Negeri Johor 2011 telah berlangsung di SMK Seri Kenangan pada 24-26 Mei 2011

Berikut merupakan gambar2 semasa pertandingan yang dapat dirakamkan



keputusan penuh akan dimuatnaik sedikit masa lagi, sila berkunjung ke laman ini semula

KEPUTUSAN PENUH
1. Rekabentuk Roket Air - SMK Maokil

Ahad, 15 Mei 2011

Pertandingan Roket Air Peringkat Negeri Johor

Salam 1 M'sia

Pertandingan roket air bagi peringkat Negeri Johor akan berlangsung pada 25-26 Mei nanti di daerah Segamat, Cg doakan semoga pada tahun ini SMK Maokil yang mewakili daerah segamat akan mendapat kejayaan yang membanggakan.

Kepada Wan dan Hanapeze, kuatkan semangat dan gandakan usaha, jgn mudah berputus asa...anda tentu berjaya.

Sila kembali semula ke laman blog ini untuk melihat gambar2 semasa pertandingan dan keputusan pertandingan nanti, cg akan cuba mendapatkan gambar2 semasa pertandingan nanti. Bagi yang berkelapangan masa dijemput ke Segamat bagi memeriahkan acara.

tq

Khamis, 5 Mei 2011

Pencapaian sehingga tahun 2013


2013-Johan Kategori Roket Terbuka PTPR Negeri Johor 2013
2013-Tempat ke 8 keseluruhan PTPR Negeri Johor (drpd 19 pasukan yang menyertai PTPR)
2013-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri PTPR di KRAMSAU Desaru, Kota Tinggi


2012-Johan Roket Payung Terjun Sempena Karnival Kokurikulum Negeri Johor 2012
2012-Tempat ke 2, Roket Payung Terjun FST Peringkat Negeri Johor
2012-Wakil daerah segamat ke Pertandingan Negeri FST di Pontian
2012-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket daerah Segamat (FST)
2012-Tempat ke 2 Roket Payung Terjun Daerah Segamat (FST)
2012-Tempat ke 3 Roket Sasaran Daerah Segamat (FST)

2012-Johan Kategori Roket Terbuka PTPR Negeri Johor
2012-Tempat ke 9 keseluruhan PTPR Negeri Johor (drpd 29 pasukan yang menyertai PTPR)
2012-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri PTPR di ADTEC Bt Pahat 

2011-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Cabaran Selepas PMR Daerah Segamat
2011-Johan Roket Sasaran Cabaran Selepas PMR Daerah Segamat

2011-Johan kategori Roket Reka Bentuk Terbaik Negeri Johor
2011-Tempat ke 2 Roket Sasaran Negeri Johor
2011-Tempat ke 3 Roket Payload Negeri Johor
2011-Tempat ke 3 Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Negeri Johor
2011-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri
2011-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat
2011-Johan Roket Sasaran Daerah Segamat
2011-Tempat ke 2 Roket Payung Terjun Daerah Segamat

2010-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Sempena Karnival KoKurikulum Parlimen Pagoh
2010-Johan Roket Sasaran Sempena Karnival Kokurikulum Parlimen Pagoh
2010-Johan keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan Maokil
2010-Tempat ke 3 Roket Sasaran Daerah Segamat

2009-Wakil Daerah ke Pertandingan Negeri
2009-Tempat ke 2 keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat
2009-Tempat ke 2 Roket Sasaran Daerah Segamat
2009-Tempat ke 3 roket Payung Terjun Daerah Segamat

2008-Johan Roket Payung Terjun peringkat Negeri Johor
2008-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri
2008-Johan keseluruhan teknologi pelancaran roket menengah rendah Daerah Segamat
2008-Johan Roket Sasaran menengah rendah Daerah Segamat
2008-Tempat ke 3 Roket Payung Terjun menengah rendah Daerah Segamat
2008-Johan Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2007-Tempat ke 3 Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2006-Tempat ke 4 Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2005-Penyertaan

2004-Penyertaan

Rabu, 4 Mei 2011

Keputusan Teknologi Pelancaran Roket 2011 Daerah Segamat

Salam 1 msia

Keputusan penuh dan gambar2 yang lebih banyak semasa pertandingan teknologi pelancaran roket akan dimuatnaik sedikit masa lagi....sila lawati semula laman blog ini......




KEPUTUSAN

ROKET PAYUNG TERJUN
No 1 : SMK Buluh Kasap (masa maksimum - 15 minit/hilang dari pandangan)
No 2 : SMK Maokil (11 minit - hilang dari pandangan)
No 3 : SMK Dato' Ahmad Arshad (5 minit 21.25 saat)

ROKET SASARAN
No 1 : SMK Maokil (jarak dari bull's eye - 1.78 m)
No 2 : SMK Seri Kenangan
No 3 : SMK Dato Ahmad Arshad

JOHAN KESELURUHAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2011 DAERAH SEGAMAT
SMK MAOKIL

Tahniah diucapkan kepada pelajar2 yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.














Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T.....Bagi anak2 buah cg.....wan mohd nizam b wan esa dan Mohamad Hanapeze bin Md Yusuf...cg ucapkan syabas! anda semua boleh lakukan jika ada keinginan dan semangat tidak mudah mengalah.....tahun ini misi kita adalah untuk mewakili negeri johor ke pertandingan kebangsaan yang akan diadakan selepas cuti pertengahan penggal nanti di negeri Selangor...  semoga cubaan kali ke 3 smk maokil ke pertandingan peringkat kebangsaan dan pertandingan Universiti Malaya akan berhasil pada tahun ini....

Jumaat, 12 November 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PTPR UNIVERSITI MALAYA 2010

Pelajar teruja pelancaran teknologi roket

Dr. Mustafa Din Subari (dua dari kiri melancarkan roket sebagai gimik pelancaran.
--------------------------------------------------------------------------------

TEKNOLOGI pelancaran roket merupakan sebahagian daripada ilmu sains angkasa yang mempunyai terjemahan cukup luas. Ia merujuk kepada pemahaman aplikasi hukum-hakam alam yang khusus untuk membolehkan roket meneroka ruang angkasa dengan stabil.

Membuka peluang mendedahkan golongan muda memahami ilmu tersebut, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bersama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran serta Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) Peringkat Kebangsan 2010 bermula 26 hingga 28 September lalu.

Memasuki tahun kelapan penganjuran, PTPR merupakan salah satu aktiviti merentas kokurikulum dengan penyertaannya dibuka kepada semua pelajar sekolah seluruh negara berusia antara 12 hingga 16 tahun.

Ia bermula sebagai projek perintis pada tahun 2003 di mana pertandingan tersebut ketika itu melibatkan sekolah-sekolah dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Hanya pada tahun 2004, ia dibuka kepada penyertaan sekolah-sekolah di seluruh negara dengan sekolah yang bergelar juara akan mewakili Malaysia ke pertandingan yang sama di peringkat rantau Asia Pasifik.

Menurut Ketua Pengarah ANGKASA, Dr. Mustafa Din Subari, pertandingan tersebut dilihat mampu membina modal insan terbaik sebagai penyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.

‘‘Ini kerana melalui pertandingan ini, para pelajar diberi pendedahan dan pemahaman mengenai bidang sains angkasa secara praktikal selain memupuk semangat berpasukan serta bersaing secara sihat.

‘‘Selaras dengan objektifnya untuk membudayakan pendekatan kreatif dan inovatif di kalangan pelajar, pertandingan ini juga mempunyai matlamat menggalakkan mereka melakukan kaedah kajian dan penyelidikan (R&D) dalam setiap pelaksanaan projek.

‘‘Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan segala teori dan konsep yang dipelajari di dalam kelas,’’ katanya ketika berucap pada perasmian penutup PTPR di UM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam usaha menjadikan bidang sains angkasa sebagai sesuatu yang menyeronokkan di samping menguji kemahiran peserta, setiap tahun, pertandingan tersebut cuba mengetengahkan cabaran yang berbeza.

Selain dua kategori yang dipertandingkan sebelum ini iaitu roket sasaran dan payung terjun, turut diperkenalkan kategori terbuka bagi memberi peluang kepada setiap pasukan mencipta roket dengan rekaan dan kreativiti sendiri tanpa melibatkan sebarang syarat.

Hari pertama pertandingan menyaksikan para peserta di beri masa selama enam jam untuk menyiapkan roket dan payung terjun menggunakan material yang disediakan.

Roket-roket itu kemudiannya akan disimpan tanpa membenarkan pelajar membuat sebarang modifikasi sehingga ia dilancarkan pada hari kedua dan ketiga.

Bagi kategori roket sasaran, para pelajar dikehendaki mencipta roket air mengunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter dengan mengaplikasikan teknik tekanan udara.

Melalui ciptaan itu, kreativiti para pelajar diperlukan untuk meminimumkan daya geseran agar roket dapat dilancarkan dengan sempurna ke ke sasaran paling jauh menggunakan alat pelancar.

Untuk kategori payung terjun pula, setiap pasukan perlu mencipta payung terjun dengan menggunakan kombinasi bahan seperti botol dan juga plastik.

Sebanyak 16 pasukan bertanding bagi kategori roket sasaran, 16 pasukan menyertai kategori payung terjun dan 10 pasukan kategori terbuka bagi merebut Piala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Setiap pasukan akan diwakili oleh dua orang pelajar dan seorang guru pengiring daripada sekolah-sekolah di 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan.


Pasukan yang menang bakal diterbangkan ke Melbourne, Australia pada 19 hingga 22 November depan untuk menyertai Pertandingan Roket Air di peringkat Asia Pasifik anjuran Asia Pasific Regional Space Agency Forum (ARPSAF).

‘‘Kita mengharapkan agar pasukan yang menang akan terus membuat persiapan dari segi kemahiran, pemahaman, aplikasi teori matematik dan sains serta semangat daya saing yang tinggi demi memastikan Malaysia menjadi juara,’’ jelasnya.

Khamis, 21 Oktober 2010

Keputusan Penuh Pertandingan Roket H2O tertutup Menengah Rendah SMK Maokil dan Jemputan Sekolah Rendah Tahun 2010

Tarikh Pertandingan : 20 - 21 Oktober 2010

Tahniah kepada pemenang......pelajar2 smk maokil dan pelajar2 SK maokil 2

Jarak sasaran yang di pertandingkan ialah 90 m
Kategori Roket Sasaran: (Jarak dari pusat bulatan)
1. Kumpulan Bedal je....(2.94m)
2. Kumpulan Maokil 2B (SK Maokil 2)...(3.07m)
3. Kumpulan Upworld....(3.54m)
4. Kumpulan carlie Crew...(3.58m)

Kategori Roket Payung Terjun
1. Kumpulan islamiah....(1 minit 15.87 saat)
2. Kumpulan AK dan AC...(43.81 saat)
3. Kumpulan Maokil 2A (SK Maokil 2)...(39.06 saat)
4. Kumpulan Bedal je....(35.12 saat)

Johan Keseluruhan Pertandingan Roket H2O 2010
Kumpulan Bedal je......
tahniah, hadiah akan diberikan apabila hadiah yg telah ditempah oleh GPK sampai ke sekolah

Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada tahun hadapan...insyallah pertandingan akan diadakan sebelum Festival Sains dan Teknologi peringkat daerah berlangsung....

Ahad, 16 Mei 2010

Keputusan Pertandingan Roket Payung Terjun Sempena Karnival Permotoran Belia Felda Maokil

Alhamdulillah, pertandingan pada hari ini telah berlangsung dengan jaya nya. Sebanyak 24 kumpulan telah mengambil bahagian. Ramai penonton yang terdiri daripada makcik2 dan pakcik2, serta adik2 telah terpegun dan bersorak gembira melihat roket2 yang dapat terbang tinggi ke udara dan akhirnya mengembangkan payung terjun masing2.


Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Felda Maokil 1 bercadang akan menganjurkan pertandingan ke dua iaitu kategori terbuka pada masa akan datang. Tunggu......makluman dari saya nanti

Gambar roket yang telah mengambil bahagian

Keputusan pertandingan pada hari ini ialah :

Tempat pertama :
Nama Pasukan: AK and AC ( masa : 1 minit 57.92 saat)
1. Mohd Akmal Zulhilmi B. Anuar
2. Mohammad Amirul Faeez B. Suhaimin

Tempat kedua :
Nama Pasukan : Besar Punya... (59.87 saat)
1. Muhammad Adib B. Samsuddin
2. Wan Muhd Nizam B. Wan Esa           

Tempat ketiga :
Nama Pasukan :Ladies (59.70 saat)
1. Siti Nadia Bt. Ngatiran
2. Hasmidah Bt. Mohd Said

Tempat keempat :
Nama Pasukan : Roket Mania (54.97 saat)
1. Mohd Azam B. Ramly
2. Muhammad Aidil B. Kamidi

Tempat kelima
Nama Pasukan : Bravo (53.11 saat)
1. Muhammad Firdaus B. Senawi
2. Muhd Aziz B. Mafrodi

Muat turun Gambar2 semasa pertandingan berlangsung
          
Kepada yang tidak berjaya pada pertandingan hari ini diharap dapat mencuba semula pada pertandingan terbuka nanti....

Jumaat, 30 Oktober 2009

Bahaya kon (nose cone) semasa pelancaran roket paracut







Gambar di atas menunjukkan resiko yang dihadapi oleh peserta2 pelancaran roket paracut. Pastikan anda semua melihat ke atas semasa pelancaran dibuat dan perhatikan di mana kon akan jatuh untuk mengelakkan sebarang kecederaan.....

Sebagai langkah keselamatan, hanya yang akan melancarkan roket mereka sahaja yang dibenarkan berada berhampiran pelancar. Pastikan penonton berada 5-10 m dari tapak pelancaran.

Isnin, 26 Oktober 2009

Keputusan pertandingan Kejohanan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan SMK Maokil kali Pertama Tahun 2009

KATEGORI DALAMAN

Johan Roket Sasaran (jarak dari eye's bull-4.97 m)
1.Siti Nadia Bt Ngatiran
2.Nur Ain Bt Yahya

Naib Johan Roket Sasaran (jarak dari eye's bull-6.6 m)
1.Siti Nurzaharah Bt Mohd Mursani
2.Norul Atikah Bt Noorzin

Tempat ke Tiga Roket Sasaran (jarak dari eye's bull-7.8 m)
1.Mohd Adib B Samsudin
2.Mohd Hafizi B Azahar


Johan Roket Payload (catatan masa - 07.59 s)
1.Nura' Asikin Bt Kamisan
2.Siti Hajar Bt Esa

Naib Johan Roket Payload (catatan masa - 14.04 s)
1.Mohd Adib B Samsudin
2.Mohd Hafizi B Azahar

Tempat Ke Tiga Roket Payload (catatan masa - 16.61 s)
1.Mohd Ikhmal B Katman
2.Mohd Aziz B Mafrodi


Johan Roket Payung Terjun (catatan masa - 44.30 s)
1.Mohd Azam B Ramly
2.Mohd Aidil B Kamidi

Naib Johan Roket Payung Terjun (catatan masa - 28.54 s)
1.Nur Nadiah Bt Shafiie
2.Nur Faseha Bt Zailan

Tempat ke 3 Roket Payung Terjun (catatan masa - 28.26 s)
1.Nor Suhaila Bt Ngatdenan
2.Radin NoorFarahanna Afifi Bt Radin Roslee


KATEGORI JEMPUTAN

Johan Roket Sasaran SMK Maokil (A) (jarak dari eye's bull-2.15 m)
1.Mohd Hanapeze B Md Yusof
2.Wan Mohd Nizam B Wan Esa

Naib Johan Roket Sasaran SMK Bekok ((jarak dari eye's bull-4.27 m)
1.Muhamad Joefeeqa B Saadon
2.Muhamad Jauhari B Turiman

Tempat ke Tiga Roket Sasaran SMK Pemanis (jarak dari eye's bull-4.32 m)
1.Mohd Firaziq B Mohd Firdaus
2.Muhammad Fuad B Daud


Johan Roket Payload SMK Palong (B)(catatan masa - 8.52 s)
1.Nor Amirul Izwan B Mamat
2.Muhammad Qusyairi B Mohd Shah

Naib Johan Roket Payload SMK Seri Kenangan (A)(catatan masa - 14.49 s)
1.Noramira Bt Baba
2.Nur Farahamira Bt Jais

Tempat ke Tiga Roket Payload SMK Maokil (A) (catatan masa - 20.19 s)
1.Mohd Hanapeze B Md Yusof
2.Wan Mohd Nizam B Wan Esa


Johan Roket Payung Terjun SMK Dato Bentara Dalam (A)(catatan masa - 4 minit 08.58 s)
1.Muhamad Ali Ar Ridha B Ramlee
2.Mohd Syafiq Asyraf B Sulaiman

Naib Johan Roket Payung Terjun SMK Maokil (B)(catatan masa - 54.84 s)
1.Mohd Azzree Azzra B Alias
2.Muhd Firdaus B Senawi

Tempat ke Tiga Roket Payung Terjun SMK Seri Kenangan (B)(catatan masa - 52.88 s)
1.Nur Asilah Bt Abd Jalil
2.Siti Nurul Hidayah Bt Abd Salam


JOHAN KESELURUHAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET KATEGORI DALAMAN
1.Mohd Adib B Samsudin
2.Mohd Hafizi B Azahar

JOHAN KESELURUHAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET KATEGORI JEMPUTAN-SMK MAOKIL (A)
1.Mohd Hanapeze B Md Yusof
2.Wan Mohd Nizam B Wan Esa



Tahniah kepada yang menang.....cuba lagi pada tahun hadapan bagi yang tak berjaya.

Jumaat, 10 Julai 2009

KEPUTUSAN ACARA TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2009

KATEGORI ROKET PARACUT

1. SMK DATO’ AMAR DI RAJA(MUAR)
2. SMK AYER BALOI (PONTIAN)
3. SMK DATO’ BENTARA DALAM (SEGAMAT)

KATEGORI ROKET SASARAN

1. SMK DATO’ ABD RAHMAN YASIN (JOHOR BAHRU)
2. SMK SIMPANG RENGGAM (KLUANG)
3. SMK TINGGI (KLUANG)

REKA BENTUK ROKET TERBAIK

1. SM SAINS KOTA TINGGI (KOTA TINGGI)
2. SMK DATO’ ONN (BATU PAHAT)
3. SMK TENGGAROH (MERSING)


KESELURUHAN

1. SMK DATO’ ABD RAHMAN YASIN (JOHOR BAHRU)
2. SMK TMN PELANGI INDAH (PASIR GUDANG)
3. SMK SIMPANG RENGGAM (KLUANG)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang…

Syabas diuacapkan kepada Team roket SMK Maokil, walaupun pada tahun ini tidak dapat menggondol sebarang hadiah peringkat negeri tetapi kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar sangat membanggakan. Insyallah pada tahun depan kita akan cuba lagi untuk ke Pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Kepada peserta SMK Dato Bentara Dalam, Segamat tahniah diucapkan kerana masih lagi Berjaya menonjolkan Daerah segamat antara daerah yang digeruni bagi acara roket paracut di peringkat negeri Johor.

Sabtu, 27 Jun 2009

Keputusan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air Peringkat Daerah Segamat 2009

Alhamdulillah SMK Munshi Ibrahim, Labis sebagai penganjur dan SMK Maokil menyediakan tempat pertandingan telah berjaya mengelolakan FST peringkat Daerah Segamat dengan jayanya bagi acara Teknologi Pelancaran Roket.

Berikut adalah Keputusan Pertandingan bagi tahun 2009

Kategori Roket Sasaran
Tempat Pertama : SMK Dato Bentara Dalam (Sasaran bulatan ke 2)
Tempat ke Dua : SMK Maokil (Sasaran bulatan ke 3)
Tempat ke Tiga : SMK Tenang Stesyen (Sasaran bulatan ke 3)

Kategori Roket Paracut
Tempat Pertama : SM Tinggi Segamat (2 minit 15 saat)
Tempat ke Dua : SMK Dato Bentara Dalam ( I minit 20 saat)
Tempat Ke Tiga : SMK Maokil (50 saat)

Johan keseluruhan teknologi Pelancaran Roket 2009 : SMK Dato Bentara Dalam
Naib Johan : SMK Maokil

Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah berjaya

Isnin, 22 Jun 2009

Pertandingan Peringkat Sekolah

Kelab roket dan rekacipta SMK Maokil telah menganjurkan pertandingan dalaman bagi kategori Roket sasaran pada hari Sabtu 20/6/09 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang berjaya melancarkan roket masing-masing. Kesungguhan peserta-peserta membuat roket dengan rekabentuk yang pelbagai dan berlatih selama seminggu amat saya banggakan, walaubagaimana pun pada hari pertandingan tersebut tiada satu pun roket yang berjaya memasuki bulatan 'red bull eyes'. Cuba lagi pada pertandingan dalaman pada tahun hadapan.


gambar suasana pertandingan:
http://picasaweb.google.com/roketh2o/PertandinganRoketDalaman#

Pertandingan

Kepada peserta-peserta teknologi pelancaran roket daerah segamat yang akan menyertai pertandingan pada 24/6/2009 bertempat di SMK Maokil diucapkan selamat maju jaya. Tunjukkan kreativiti anda dalam membina roket sasaran dan roket paracut. Insyallah saya akan masukkan gambar-gambar yang menarik untuk tatapan peminat-peminat roket air semua semasa pertandingan teknologi pelancaran roket itu berlangsung.

Kepada bakal-bakal angkasawan (peserta-peserta SMK Maokil), doa saya agar semuannya berjalan lancar semasa hari pertandingan dan berjaya ke pertandingan peringkat negeri nanti. Insyallah......amin.

Khamis, 28 Mei 2009

Pertandingan Peringkat Daerah Segamat

Pertandingan Teknologi Pelancaran roket h2o peringkat daerah segamat akan berlangsung pada 24 Jun 2009 di SMK Maokil. Semua peserta-peserta yang akan mengambil bahagian diminta bersedia dengan 2 roket h2o bagi setiap kategori roket sasaran dan roket 'parachute'. Syarat-syarat penyertaan boleh diperolehi daripada pejabat pelajaran Daerah Segamat. Sekolah pengelola bagi kedua-dua pertandingan tersebut adalah SMK Munshi Ibrahim Labis.