iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....
Memaparkan catatan dengan label roket payung terjun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roket payung terjun. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2011

Payung terjun generasi baru 2011

Alhamdullilah, masih lagi hari yang tidak menghampakan.....nie gambar payung terjun yang dicuba pada hari ini...



Dan ini adalah masa yang dicatatkan bagi 2 kali pelancaran

Tahniah kepada pelajar yang sama2 membuat eksperimen tentang saiz payung, berat kon dan payung, dan juga bentuk roket air yang sesuai....

semoga usaha anda pada tahun ini akan membuahkan sesuatu kepada kelab roket air smk maokil pada tahun 2011....amin.....

Ahad, 24 April 2011

Parachutes

Consistency is an issue with parachutes. I am including a link to a design my son followed and set an unofficial record at a Science Olympiad competition. The time stopped when the rocket was no longer visible.

We have had issues with diployment, but this design increased our success to about 80%. Changing the chute material to umbrella material helped tremendously. (Although it is heavy...but if it deploys and there is any wind, it will take off...ours actually went up for some time before leveling off and floating away on the breeze.) We joked that my son was the reason this year's design excluded parachutes.

The design needed quite a bit of modification to be legal for science olympiad. I can send you pictures and video is you need it.
http://dogrocket.home.mindspring.com/WaterRockets/chute.html

Good Luck,

Helen

Sabtu, 23 April 2011

video pelancaran roket paracut

Alhamdullilah, setelah berpenat menyediakan saiz paracut baru dgn bahan yg baru bersama pelajar, akhirnya....berbaloi....3 kali pelancaran 2 kali berjaya kembang dgn cantik dan kon terpisah drpd badan roket pada puncak ketinggian....satu kali lg payung terlekat pada badan roket....

nak tengok klik kat sini

cubaan 1

cubaan 2

cubaan 3

samb cubaan 3

Selasa, 19 April 2011

Roket Air Sasaran dan Roket Air Payung Terjun

Assalamualaikum dan salam 1 m'sia

Pelajar2
Bagi menghasilkan roket air yang baik, samada bagi kategori sasaran dan payung terjun memerlukan ketelitian semasa menghasilkannya sama lah seperti realiti pembuatan roket angkasa lepas. Mesti bebas daripada sebarang kecacatan (zero defect). Baru lah roket air yang anda hasilkan akan menepati sasaran dan terbang paling lama di udara

Perkara2 yang perlu diambil kira semasa menghasilakan roket air
a) bilangan sayap,
b) kedudukkan sayap,
c) saiz sayap,
d) bentuk sayap
e) sayap mesti selari antara satu sama lain
f) bentuk kon
g) berat kon
h) saiz kon
i) saiz payung terjun(diameter)
j) Jenis plastik yg digunakan utk membuat payung terjun
k) bilangan tali payung terjun
l) panjang tali payung terjun
m) berat keseluruhan roket

semua perkara2 di atas perlu ada dalam pemikiran pelajar2 yang akan menghasilkan roket air.
Untuk mendapatkan rekabentuk yang terbaik tiada cara mudah dapat dilakukan semuanya memerlukan ujikaji bagi setiap perkara yang cg nyatakan di atas. Setiap kali pelajar melakukan ujikaji, keputusan perlulah dicatatkan dalam buku log supaya senang untuk di analisa dan dibuat kesimpulan bagi menghasilkan roket air yang terbaik
Roket air yang terbaik terhasil selepas cubaan dan ubahsuai beberapa kali. Oleh itu jangan malas dalam membuat ujikaji....

....semoga berjaya menghasilkan roket air yang terbaik...

Isnin, 18 Oktober 2010

Payung Terjun lipatan Tepi

Salam 1 M'sia

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu cara lain bagi menghasilkan payung terjun bagi roket air anda iaitu payung terjun lipat tepi.
Payung terjun lipatan tepi adalah satu kaedah yang paling senang untuk menghasilkan payung terjun. Kaedah ini paling sesuai dilakukan bagi mereka2 yang baru menceburi dalam bidang roket air. Berikut merupakan langkah2 untuk menghasilkannya.

Langkah 1
Sediakan pastik sampah yang besar dan nipis yang berbentuk segiempat sama.

Langkah 2
Lipat pada setiap penjuru plastik sampah tersebut dan gamkan lipatan tersebut menggunakan gam yang sesuai seperti gambarajah di bawah.

Langkah 3
Apabila gam sudah kering, Pasangkan tali bagi setiap penjuru yang telah dilipat tadi


 
Hasilnya



Selamat mencuba.....

Rabu, 12 Mei 2010

Roket payung terjun

Roket V6ia


Roket terkini versi 6 yang sedang diusahakan oleh pelajar2. Keupayaan utk terbang agak bagus dan boleh mencapai ketinggian dalam 100 m (agak2). nanti nak kena buat satu alat bagaimana mengukur jarak tegak ketinggian satu roket paracut.

gambar2 roket versi 6ia yang lain
klik di sini


selamat menghasilkan roket anda

azmi j

Sabtu, 20 Februari 2010

Garaj roket H2O (roket paracut dan roket sasaran)

Nie merupakan gmbr2 koleksi roket h2o yang di hasilkan oleh pelajar2 dari tahun 2005 -2009 yang masih disimpan utk pameran.
Cuba perhatikan evolusi yg terhasil dari tahun 2005 sehingga sekarang......terutama dibahagian sayap dan kon...

koleksi roket sasaran dan paracut 2005-2008

koleksi roket paracut dan sasaran 2005 - 2008
 
koleksi roket sasaran 2009

koleksi roket paracut dan sasaran 2009

koleksi roket paracut dan sasaran 2009

koleksi roket paracut dan sasaran 2009

Khamis, 24 Disember 2009

Jangka Spring (untuk mengeluarkan payung terjun)

Masalah yang selalu dihadapi oleh peserta2 pertandingan roket payung terjun ialah payung terjun gagal keluar dari muncung dan kembang di udara Projek yang sedang saya usahakan sekarang adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunakan satu alat yang dinamakan jangka spring untuk mengeluarkan payung dari muncung roket h2o. Idea projek ini diperolehi daripada pembacaan dari laman web.


Jangka spring (seperti gambar di atas) boleh didapati daripada permainan kanak2. Ada banyak jenis jangka spring dan yang terbaik ialah pilihan yang paling kecil dan ringan untuk mengurangkan berat roket h2o anda nanti.


Langkah seterusnya ialah keluarkan jangka spring dari mainan tersebut dan buatkan satu lubang yang kecil pada bahagian tombolnya. Masukkan besi klip kertas yang dipotong pendek ke dalam lubang tersebut seperti gambar di atas. Gamkan besi klip kertas tersebut dengan gam gajah (501) supaya tidak tertanggal dari lubang yang dimasukkan tadi.


Potong sekeping plastik tebal // plastik dari botol untuk dijadikan suis semasa pelancaran nanti. Plastik ini akan di masukkan bahagian hujungnya ke dalam jangka spring supaya ‘gear’ nya tidak dapat berpusing sebelum pelancaran dilakukan. Bahagian hujung yang satu lagi akan diikat pada pelancar. Plastik ini akan ditarik keluar dari ‘gear’ semasa pelancaran dan jangka spring ini akan berfungsi sepenuhnya apabila roket h2o meninggalkan pelancar. (lihat gambarajah di atas)



Bagaimana menggunakan jangka spring

Muncung roket h2o akan di ikat dengan 2 getah. Satu getah akan disambungkan dengan jangka spring dan satu lagi (yang lebih panjang) akan digunakan untuk menarik muncung tertanggal dari badan roket h2o.


Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menebuk 2 lubang bertentangan lebih kurang 3 cm dari hujung bawah pada muncung roket h2o. Ambil klip kertas dan bentukkannya menjadi huruf T. Masukan klip kertas tadi ke dalam lubang yang telah ditebuk dan tampalkan bahagian dalamnya dengan menggunakan ‘binding tape’.

Langkah kedua, ikatkan getah yang panjang pada bahagian bawah roket h2o// bhg ‘nozzle’. Letakkkan muncung pada badan roket h2o. Ikatkan getah panjang ini pada klip kertas pada muncung. Uji samada getah panjang ini boleh menarik muncung terpisah daripada badan roket h2o. Jika tidak dapat, pendekkan sedikit getah tersebut. Uji semula.


Langkah ketiga, lekatkan jangka spring pada salah satu sayap roket anda (Sayap yang anda bina mestilah kuat dan dilekatkan dengan kemas). Lekatkan muncung pada badan rorket h2o anda, Ikatkan satu benang pada getah yang sederhana panjang. Buat satu bulatan pada hujung benang untuk dimasukkan nanti pada besi klip kertas yang dilekatkan pada tombol. Kemudian Ikatkan getah tersebut pada satu lagi klip kertas yang bertentangan pada bahagian muncung. Tarik getah ini sehingga sampai kepada jangka spring. Laraskan masa yang diambil untuk memisahkan muncung dari badan roket h2o dengan cara melaraskan ketegangan getah yang disambung pada jangka spring iaitu dengan cara mengubah panjang benang.


Selamat mencuba…..cg akan uploadkan gambar2 yang berkaitan dengan jangka spring ini sedikit masa lagi…jangan lupa untuk selalu melawat laman blog ini.

.

Isnin, 13 Julai 2009

Roket h2o (Paracut)

Cepat dan Mudah membina Roket h2o (Paracut)

Objektif
Membina 1 roket h2o yang boleh terbang tegak ke atas dan jatuh semula ke bumi dalam jangka masa yang maksimum/lama

Bahan
1 botol minuman bergas 1.5L
Kulit Fail plastik
Plastik folio
Selotape
Gunting
Benang anchor
Bag plastic sampah nipis (biru)
Binding tape
Penebuk lubang

Kaedah
Ada 2 cara untuk membina badan roket h2o. Badan roket h20 boleh dipasang leher atau tidak dipasang leher. Jika ingin memasang leher kaedahnya seperti dibawah :
Potong bahagian atas dan bawah botol dan bahagian tengah akan digunakan nanti untuk membuat leher pada badan roket h2o



Lekatkan bahagian tengah tersebut dengan menggunakan 'binding tape' kepada satu lagi botol minuman bergas. Bahagian ini akan dijadikan ruang untuk diletakkan payung terjun nanti.





Jika anda tidak mahun memasang leher pada roket h2o anda, gambarnya seperti di bawah:



Potong kulit fail plastik untuk dijadikan sayap bagi roket anda. Potong 4 keping kulit fail plastik mengikut saiz dan bentuk sayap yang anda kehendaki. Kebiasaannya bentuk yang selalu dibuat ialah seperti gambar di bawah....anda boleh mencuba bentuk lain yang anda fikir lebih menarik untuk roket h2o anda.....bahan lain juga boleh digunakan untuk membuat sayap roket h2o anda antaranya 'craftboard', 'mounting board', 'manila card' dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai.







Tandakan 4 garisan selari yang lurus pada botol minuman bergas tersebut dengan menggunakan marker. Garisan ini akan digunakan sebagai petunjuk bagi melekatkan sayap pada badan roket h2o anda. Garisan yang anda lukis tersebut hendaklah sama jarak antara satu sama lain bagi membolehkan sayap yang akan anda lekatkan berada dalam keadaan tegak dan selari.












Buatkan satu kon dengan menggunakan plastik kulit folio @ menggunakan botol minuman bergas yang dipotong pada bahagian tengahnya. Letakkan sedikit tanah liat pada bahagian hujung kon tersebut. Ini akan menambahkan jisim kon tersebut dan memberikan roket/kon lebih inertia. Dengan menggunakan gunting, potong/samakan bahagian bawah kon supaya betul-betul bulat. Diameter bahagian bawah kon sepatutnya lebih lebar sedikit berbanding diameter botol yang dijadikan badan roket h2o.











Ramai pelajar menghadapi masalah muncung/kon roket h2o akan terlekat pada badan roket h2o dan tidak terpisah pada puncak ketinggian. Keadaan ini boleh diatasi dengan cara melekatkan tab pada bahagian badan roket h2o di mana muncung/kon akan diletakkan. Fungsi tab ialah untuk menghalang muncung/kon daripada terlekat pada badan roket h2o semasa dilancarkan nanti.Pastikan tab yang anda pasang tersebut selari dengan sayap roket h2o anda.







Cara untuk membuat paracut
Paracut disediakan dengan menggunakan beg plastic sampah yang nipis.
Caranya ialah bentangkan beg plastic sampah yang telah dipotong pada bahagian tepinya. Kemudian lipat kepada 4 bahagian.Kemudian lipatkan beg plastic sampah tersebut menjadi segi tiga dan pastikan bahagian yang terbuka terletak dibahagian bawah. Lipatkan segitiga itu menjadi segitiga yang lebih kecil dan akhirnya ukur jejari paracut yang dikehendaki dan tandakan dengan marker. Seterusnya bahagian yang ditanda dipotong dengan menggunakan gunting.















Ukuran panjang tali payung yang sesuai digunakan adalah 1.25 – 1.5 X diameter paracut yang anda buat. Berapa banyak tali sepatutnya dipasang pada payung terjun adalah bergantung kepada anda. Kebiasaanya 16 – 32 tali di pasang pada setiap payung terjun. Sebelum anda mengikat tali pada payung terjun yang anda buat terlebih dahulu lekatkan selotape sebagai penahan daripada koyak pada tempat di mana tali akan diletakkan. Tebukkan selotape tersebut dengan menggunakan penebuk dan ikatkan tali payung di tempat itu sehinggalah semuanya telah dipasangkan tali.



Sekarang roket h2o anda telah sedia untuk dilancarkan. Pastikan anda tidak lupa untuk mengikat payung yang anda buat dengan badan roket h2o anda.
Cara lipatan payung terjun juga perlu diketahui oleh anda. Gambar di bawah menunjukkan cara lipatan yang biasa digunakan sebelum payung terjun tersebut dimasukkan ke dalam leher dan muncung/kon. Anda boleh cuba dengan pelbagai lipatan yang lain jika lipatan yang ditunjukkan di atas tidak sesuai untuk roket h2o anda.



Gambar roket h2o yang terapung-apung diudara.....



Selamat mencuba
Hati-hati semasa pelancaran roket h2o dan semoga bergembira….!

Perhatian : Sila Tuliskan nama anda jika anda ingin bertanyakan soalan, Selepas ini..Soalan tanpa nama yang bertanya , tidak akan dilayan harap maklum..…....