iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....
Memaparkan catatan dengan label mekanisme aktif -payung terjun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mekanisme aktif -payung terjun. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2011

Roket Air Sensitif Kelajuan...mekanisma aktif untuk mengeluarkan payung terjun



mekanisma yang membantu mengeluarkan payung terjun



Pengunci yang sensitif kepada kelajuan akan ternaik ke atas pada puncak ketinggian roket air


Getah gelang disambungkan di bahagian kiri dan kanan (pada bahagian yg berwarna hijau)

ujian pelancaran roket air mekanisma aktif - roket air sensitif kelajuan

Isnin, 17 Oktober 2011

Illustrasi roket air mekanisma aktif untuk mengembangkan payung terjun

Salam 1 msia,

Pada catatan hari ini saya akan memperkenalkan satu lagi mekanisma aktif untuk mengeluarkan dan mengembangkan payung terjun. Mekanisma ini saya namakannya mekanisma sensitif kelajuan. Mekanisme ini akan dibengkelkan kepada pelajar2 Ting 3 bagi pengisian program selepas PMR 2011. Pengujian & pertandingan akan dijalankan selepas seminggu daripada bengkel berlangsung. Ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar2 untuk menambah baik roket masing2 dan juga menambahbaik mekanisma sensiti kelajuan yang dihasilkan oleh mereka.....

Illustrasi diagram roket yang dipasangkan mekanisma sensitif kelajuan adalah seperti di bawah:





 Gambar sebenar akan dimuatnaik selepas pelajar2 menghasilkan roket air masing2 dalam perbengkelan nanti..tunggu ya...

Sabtu, 23 Oktober 2010

MEKANISMA AKTIF PEMBUKAAN PAYUNG TERJUN MENGGUNAKAN BELON UDARA

(Mekanisma ini di hasilkan melalui pembacaan pengarang daripada artikel yang dihasilan oleh Gary Ensmenger)

Langkah 1Sediakan muncung roket h2o anda daripada potongan botol minuman bergas 1.5 L

Langkah 2
Tiupkan satu belon udara agar saiznya muat untuk dimasukkan ke dalam muncung roket h2o yang anda sediakan tadi

Maklumat penting – Bahagian tepi muncung perlu dilubangkan iaitu pada bahagian bawah daripada kedudukan belon. Ini akan memberikan pengudaraan yang cukup bagi muncung untuk terpisah secara bebas pada puncak ketinggian, juga akan menghasilkan tekanan rendah di dalam muncung kerana udara akan disedut keluar semasa pelancaran dan akan melambatkan muncung daripada terpisah awal .

Berapa banyak lubang perlu dihasilkan bergantung kepada saiz dan bentuk belon anda, di sini memerlukan anda membuat eksperimen untuk menghasilkan satu muncung yang benar2 akan terpisah daripada badan roket ketika sampai kepuncak ke tinggian.


Langkah 3
Masukan belon tadi seperti gambar di bawah


Langkah 4
Lipat payung terjun yang akan di masukkan ke dalam muncung roket h2o anda dan letakkan di bahagian yang kosong di bawah belon yang anda masukkan tadi.


Langkah 5
Roket h2o anda siap sedia untuk dilancarkan, Apabila roket h2o anda dilancarkan muncung akan tertekan ke bawah. Apabila roket h2o mencapai puncak ketinggian belon akan kembali semula ke bentuk asal dan akan menolak muncung ke atas. Ini akan menyebabkan muncung akan terpisah daripada badan roket h2o anda. Akhirnya payung terjun akan mengembang di udara.



Selamat mencuba........ jika berjaya hantar kan gambar2 utk dikongsi dengan pembaca2 yang lain.....

Jumaat, 4 Jun 2010

Mekanisma utk mengeluarkan payung terjun/paracut : Bendera peka kelajuan-

Saya telah kemukakan satu tajuk dalam blog ini berkaitan dengan penggunaan jangka spring iaitu cara untuk mengeluarkan payung terjun/paracut pada bahagian puncak ketinggian semasa pelancaran. Selain daripada cara di atas ada satu cara lagi yang boleh di cuba oleh peminat2 roket air iaitu melalui bendera peka/sensitif kelajuan .

Bagi mengatasi masalah kegagalan roket air mengeluarkan paracut dan kembang di udara, saya bersama pelajar sekarang sedang mencuba satu teknik/kaedah bendera sensitif/peka kelajuan. Idea bagi membolehkan paracut kembang di udara ini juga diperolehi daripada pembacaan saya dari laman web yang berkaitan dengan roket h2o.


Untuk mengetahui:
Bagaimana bendera sensitive kelajuan berfungsi?
Bagaimana langkah2 yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bendera sensitif/peka kelajuan?

Sila berkunjung ke laman blog ini sedikit masa lagi.....

terima kasih....

Khamis, 24 Disember 2009

Jangka Spring (untuk mengeluarkan payung terjun)

Masalah yang selalu dihadapi oleh peserta2 pertandingan roket payung terjun ialah payung terjun gagal keluar dari muncung dan kembang di udara Projek yang sedang saya usahakan sekarang adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunakan satu alat yang dinamakan jangka spring untuk mengeluarkan payung dari muncung roket h2o. Idea projek ini diperolehi daripada pembacaan dari laman web.


Jangka spring (seperti gambar di atas) boleh didapati daripada permainan kanak2. Ada banyak jenis jangka spring dan yang terbaik ialah pilihan yang paling kecil dan ringan untuk mengurangkan berat roket h2o anda nanti.


Langkah seterusnya ialah keluarkan jangka spring dari mainan tersebut dan buatkan satu lubang yang kecil pada bahagian tombolnya. Masukkan besi klip kertas yang dipotong pendek ke dalam lubang tersebut seperti gambar di atas. Gamkan besi klip kertas tersebut dengan gam gajah (501) supaya tidak tertanggal dari lubang yang dimasukkan tadi.


Potong sekeping plastik tebal // plastik dari botol untuk dijadikan suis semasa pelancaran nanti. Plastik ini akan di masukkan bahagian hujungnya ke dalam jangka spring supaya ‘gear’ nya tidak dapat berpusing sebelum pelancaran dilakukan. Bahagian hujung yang satu lagi akan diikat pada pelancar. Plastik ini akan ditarik keluar dari ‘gear’ semasa pelancaran dan jangka spring ini akan berfungsi sepenuhnya apabila roket h2o meninggalkan pelancar. (lihat gambarajah di atas)



Bagaimana menggunakan jangka spring

Muncung roket h2o akan di ikat dengan 2 getah. Satu getah akan disambungkan dengan jangka spring dan satu lagi (yang lebih panjang) akan digunakan untuk menarik muncung tertanggal dari badan roket h2o.


Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menebuk 2 lubang bertentangan lebih kurang 3 cm dari hujung bawah pada muncung roket h2o. Ambil klip kertas dan bentukkannya menjadi huruf T. Masukan klip kertas tadi ke dalam lubang yang telah ditebuk dan tampalkan bahagian dalamnya dengan menggunakan ‘binding tape’.

Langkah kedua, ikatkan getah yang panjang pada bahagian bawah roket h2o// bhg ‘nozzle’. Letakkkan muncung pada badan roket h2o. Ikatkan getah panjang ini pada klip kertas pada muncung. Uji samada getah panjang ini boleh menarik muncung terpisah daripada badan roket h2o. Jika tidak dapat, pendekkan sedikit getah tersebut. Uji semula.


Langkah ketiga, lekatkan jangka spring pada salah satu sayap roket anda (Sayap yang anda bina mestilah kuat dan dilekatkan dengan kemas). Lekatkan muncung pada badan rorket h2o anda, Ikatkan satu benang pada getah yang sederhana panjang. Buat satu bulatan pada hujung benang untuk dimasukkan nanti pada besi klip kertas yang dilekatkan pada tombol. Kemudian Ikatkan getah tersebut pada satu lagi klip kertas yang bertentangan pada bahagian muncung. Tarik getah ini sehingga sampai kepada jangka spring. Laraskan masa yang diambil untuk memisahkan muncung dari badan roket h2o dengan cara melaraskan ketegangan getah yang disambung pada jangka spring iaitu dengan cara mengubah panjang benang.


Selamat mencuba…..cg akan uploadkan gambar2 yang berkaitan dengan jangka spring ini sedikit masa lagi…jangan lupa untuk selalu melawat laman blog ini.

.