iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 17 Julai 2024

Video tutorial cara untuk hasilkan roket air bagi pertandingan STEM

Sila klik link di bawah utk mengetahui cara pembinaan roket air (pertandingan STEM sekolah rendah dan sekolah menengah)

https://youtu.be/I3SydnYdPWM?si=u9V212ckonANytog

https://youtu.be/O07RTdSsELc?si=KIsqHNzFteOkqOsk

Video ini hanya memberi idea kpd guru2 dan pelajar2 bagi menghasilkan roket air. Bahan2 untuk membina roket biasanya ada disertakan dlm kertas konsep pertandingan STEM. Hanya bahan yang disenaraikan dlm kertas konsrp shj yang boleh digunakan di peringkat daerah /negeri /kebangsaan. Jadi guru2 dan pelajar2 boleh ubahsuai bhn2 yang ada dlm video dgn bahan2 yg dibenarkan dlm kertas konsep shj ya....

selamat menghasilkan roket air yg power....



Jumaat, 15 September 2023

Mari Bina Roket H2O

 Bagaimanakah cara buat roket h2o yang betul? Artikel ini akan menerangkan cara penghasilan dan pembuatan roket h2o yang anda boleh ikuti.

Anda semua pernah terlibat dengan pembuatan roket h2o? Tidak kiralah di peringkat sekolah, matrikulasi, universiti ataupun di mana sahaja. Kebanyakannya pihak sekolah khususnya guru-guru Sains/Fizik ada menganjurkan pertandingan merekacipta roket h2o. Pertandingan ini biasanya dipertandingkan selepas pelajar belajar matapelajaran Sains/Fizik.

Perkara yang paling dititikberatkan adalah pelajar perlu tahu beberapa prinsip fizik dalam pembuatan roket h2o yang paling sempurna. Kejayaan menghasilkan roket h2o dapat mencetuskan minat pelajar khususnya untuk terus belajar mata pelajaran Sains/Fizik. Hal ini demikian kerana situasi yang berlaku di sekeliling kita berkait rapat dengan ilmu Sains/Fizik. Artikel ini akan mengulas lebih lanjut cara pembuatan roket h2o dan apakah prinsip fizik yang mesti diketahui semasa merekacipta roket h2o.

Teori Roket H2O

Sebelum merekacipta roket h2o, fahamkan dulu bagaimana cara kerja roket sebenar. Umum sedia maklum dalam roket sebenar terdapat 2 bahan bakar utama yang sangat penting iaitu hidrogen dan cecair. Kedua- dua gas bercampur dalam kebuk pembakaran. Seterusnya, hasil pembakaran 2 gas tersebut menghasilkan gas ekzos dan dipaksa keluar dengan halaju yang tinggi menyebabkan penghasilan momentum yang tinggi ke belakang roket.

Pada masa yang sama, momentum yang sama magnitud tetapi berlainan arah iaitu arah depan dapat dihasilkan dan menyebabkan roket meluncur ke hadapan.  Kelajuan roket semakin bertambah kerana beberapa faktor iaitu jisim bahan bakar semakin berkurangan, ketumpatan udara semakin berkurang dan bahagian roket yang kosong ditanggalkan.

Itulah sedikit sebanyak teori penerbangan roket udara. Terdapat beberapa prinsip fizik yang digunakan iaitu Hukum Newton Ketiga dan Prinsip Keabadian Momentum di samping hukum tekanan dan daya.

Bentuk Roket H2O

Bentuk rekaan roket h2o memainkan peranan yang penting dalam memastikan ia meluncur mengenai tepat dengan sasaran yang ditetapkan. Pertama, bahan yang digunakan mestilah daripada botol air plastik kerana ringan dan mudah untuk terbang ke atas.

Seterusnya, bahagian depan roket mestilah runcing atau tajam, untuk mengurangkan rintangan udara. Bahagian sayapnya pula mestilah berbentuk aerofoil yang mengaplikasikan Prinsip Bernoulli sama seperti  konsep sayap kapal terbang, halaju yang tinggi menghasilkan tekanan yang rendah, perbezaan tekanan menghasilkan satu daya angkat ke atas dan membantu roket terbang lebih jauh.

Tambahan itu isipadu air di dalam  botol mestilah satu pertiga daripada isipadu bekas, untuk membolehkan lebih ruang untuk udara termampat. Selain itu, sudut pelancaran yang terbaik ialah sebanyak 45° dalam menghasilkan jarak yang lebih jauh dan jatuh secara projektil.

Bahan-bahan untuk membina Roket H2O

2 biji botol air 1.5L, Pita Pelekat, gam, gunting, pensel, pembaris, pisau, pensel, kotak tebal/mounting board/craftboard/strawboard, plastisin, plastik sampah, beg plastik sampah yg nipis, clear plastic cover

Cara Buat Roket H2O

  1. Bahagikan sebiji botol air kepada satu pertiga bahagian. Ambil bahagian atasnya sahaja. Masukkan plastisin ke dalam bahagian atas botol dijadikan pemberat supaya roket dapat jatuh tegak.
  2. Kemudian, lekatkan menggunakan pita pelekat bahagian muncung tadi dengan botol air pada bahagian bawah pada sebiji botol lagi. Gunakan pita pelekat yang banyak supaya sambungan kedua-dua botol betul-betul kemas.
  3. Seterusnya, tanda 3 atau 4 garisan selari pada hujung bawah botol untuk dilekatkan sayapnya menggunakan marker. Potong bentuk sayap yang dikehendaki dan bahagian tepi sayap dibahagi dua untuk tujuan perlekatan pada botol dan dilekat dalam keadaan tegak dan selari.
  4. Roket siap dipasang dan sedia untuk dilancarkan menggunakan pelancar roket.

Pelancaran roket H2O

Sasaran untuk roket jatuh (landing) handaklah ditetapkan mengikut jarak yang sesuai. Sebenarnya jarak landing bergantung pada tekanan ataupun bergantung pada kekuatan angin pada hari kejadian. Sekarang, lihat bagaimana cara kerja roket h2o.

Letakkan air sebanyak satu pertiga daripada isipadu keseluruhan roket. Seterusnya, menggunakan pam basikal pam ke dalam muncung roket yang disambungkan dengan pelancar roket.pelancar roket kebanyakannya diperbuat dengan sambungan paip PVC dengan kaedah penyambungan yang betul. Setelah di pam, udara akan masuk ke dalam botol yang mengandungi air.

Molekul-molekul gas akan berlanggar dengan molekul-molekul air dan menyebabkan kedua-dua molekul saling berlanggar dengan dinding botol. Tekanan gas boleh ditingkatkan dengan mengurangkan isipasu air dan menambah bilangan zarah-zarah gas (dengan mengepam lebih udara masuk dalam botol). Hukum tekanan mangatakan daya bergantung pada luas permukaan. Tekanan dalam botol bergantung pada luas muncung botol tersebut.

Kemudian, tarik pengunci yang bersambung antara pam dan botol air. Apabila pengunci ditarik, air di dalam botol akan keluar dengan halaju yang tinggi menyebabkan momentum terhasil ke belakang roket. Bertepatan dengan Hukum Newton Ketiga yang melibatkan Prinsip Keabadian Momentum, apabila satu momentum terhasil (momentum ke belakang roket,) maka satu lagi momentum ke hadapan akan terhasil yang dinamakan daya tujahan. Maka roket akan meluncur ke hadapan dan akan jatuh pada sasaran bergantung pada angin pada hari kejadian dan reka bentuk roket juga memainkan peranan yang amat penting.  


SELAMAT MENCUBA....HATI-HATI SEMASA PELANCARAN..



Rabu, 9 September 2020

From Setiu to Sagamihara City, Jepun

As salam.......

Video ini memaparkan catatan perjalanan team SMKTI semasa mengikuti Kejohanan Roket Air Asia Pasifik di Jepun tahun 2019

https://youtu.be/AQTck2CEq5g  bhg1

https://youtu.be/SfA0Vb4-zLE    bhg2

https://youtu.be/XiEdQu-8zhc    bhg3


Jemput tonton dan mohon bagi sokongan kpd saya ya...saya memerlulan sokongan anda semua bagi menghasilkan lebih banyak video2 yang menarik...terima kasih kepada yang sudi untuk menyokong saya.


Video KRK 2019

https://youtu.be/l_WIQDzov8Y

Jemput tonton dan mohon bagi sokongan kpd saya ya...saya memerlulan sokongan anda semua bagi menghasilkan lebih banyak video2 yang menarik...terima kasih kepada yang sudi untuk menyokong saya.

Rabu, 4 Disember 2019

KRK2019

Alhamdulillah SMK Tg Ibrahim berkesempatan untuk mewakili negeri Terengganu bagi menyertai pertandingan KRK2019 di UITM Puncak Alam yang dianjurkan oleh Planetarium Negara.

Kesempatan ini diperolehi setelah kami berjaya mendapat johan pertandingan roket air SM peringkat negeri yang diadakan semasa Karnival Teknologi Hijau 2019 peringkat Negeri

Piala yang menjadi rebutan

TAHNIAH DAN SYABAS kepada






kerana akan mewakili MALAYSIA ke Jepun bagi pertandingan Roket Air Asia Pasifik..






Catatan Peristiwa sepanjang pertandingan KRK2019



Khamis, 11 Oktober 2018

Kejohanan Roket Kebangsaan KRK2018

Alhamdulillah....JPNT telah memberi kepercayaan kepada 2 orang peserta dari SMK Tengku Ibrahim untuk mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Roket Kebangsaan yang telah berlangsung pada 1-4 Oktober 2018 yang lepas

Kepercayaan dan peluang tersebut telah diambil sepenuhnya oleh peserta SMK Tengku Ibrahim untuk mengharumkan nama sekolah SMK Tengku Ibrahim, daerah Setiu dan Negeri Terengganu dengan menggondol Terbaik Kategori Inovasi Peringkat Kebangsaan... Tahniah buat adik Haikal Aiman dan adik Amir Nashran..

nanti cikgu akan uploadkan gambar yang sempat dirakam semasa kejohanan tersebut.

Khamis, 26 Julai 2018

Pertandingan Roket Air kini ke Sekolah Rendah......

Alhamdulillah...pertandingan roket air kini akan dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dalam Karnival STEM peringkat Negeri. Dua kategori pertandingan yang akan dijalankan iaitu pertandingan roket air sasaran dan roket air payung terjun.

Pertandingan akan dijalankan dalam 3 sesi iaitu sesi pembinaan model roket masing-masing selama 4 jam. Semasa sesi pembinaan hakim akan bertanyakan kepada pelajar-pelajar perkara-perkara asas berkaitan dengan roket air dan 10 % daripada markah soaljawab ini akan di campurkan dengan markah bagi roket sasaran (50%) dan markah bagi roket payung terjun (40%) bagi menentukan johan keseluruhan pertandingan roket air sekolah rendah.



Sesi ke dua adalah sesi pelancaran roket sasaran sama seperti pertandingan roket air sekolah menengah di mana pelajar akan melancarkan roket yang mereka hasilkan semasa sesi pembinaan ke bulatan sasaran yang berjarak 60-80 m dari tapak pelancaran



Sesi ke tiga adalah sesi pelancaran roket air payung terjun. Pelajar akan melancarkan model roket yang mereka hasilkan tegak ke atas dan badan roket tersebut diikatkan pada payung terjun. Roket air yang paling lama berada di udara akan dikira sebagai pemenang.










Roket Air Sekolah Menengah Karnival STEM Negeri Terengganu 2018

Alhamdulillah sekali lagi SMKTI diberi kepercayaan untuk mewakili daerah Setiu ke pertandingan Roket Air Karnival STEM peringkat Negeri Terengganu yang julung kali di adakan pada tahun ini di Negeri Terengganu. Pertandingan ini telah berlangsung di 2 tempat iaitu sesi pembinaan roket air di Kompleks Siswa Universiti Malaysia Terengganu dan sesi pelancaran roket pula di padang SMK Kompleks Mengabang Telipot Batu Rakit, Terengganu.

kategori pertandingan pada tahun ini telah diubahsuai sedikit dimana masih lagi dipertandingkan 2 kategori iaitu kategori roket sasaran dan kategori roket payung terjun berbeban. Kategori roket payung terjun berbeban inilah yang menguji minda dan kreativiti pelajar bagi menghasilkan roket yang akan membawa beban(telur) dan setelah pelancaran payung terjun akan menyelamatkan telur daripada pecah. Masa payung terjun berbeban paling lama di udara, mendarat dalam zon pendaratan dan beban tidak rosak akan menentukan kumpulan mana yang akan memenangi kategori roket payung terjun berbeban.

                   

SMKTI telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu



Team A dan Team B

Alhamdulillah Team A telah berjaya mendapat tempat ke dua keseluruhan Pertandingan Roket Air Sekolah Menengah Karnival STEM Peringkat Negeri Terengganu 2018 dan akan mewakili negeri Terengganu ke pertandingan Kebangsaan pada bulan November nanti







Tahniah diucapkan....

Rakaman peristiwa semasa pertandingan berlangsung...


https://photos.app.goo.gl/muQ4Vj9eZnSefsrA9





KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH MENENGAH

SILA MASUK KE PAUTAN DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR KARNIVAL STEM 2018 PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

https://drive.google.com/file/d/1O3fgCozktj1lbhIKFSCULOBMPJt1O3Qb/view?usp=sharing


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR SEKOLAH RENDAH


SILA MASUK KE PAUTAN DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ROKET AIR KARNIVAL STEM 2018 PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

https://drive.google.com/file/d/19V9QmyNNdGyUIcOme9CmoZsjwdM6IE37/view?usp=sharing




Ahad, 10 September 2017

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Negeri Terengganu 2017

Alhamdulillah sekali lagi SMKTI diberi kepercayaan untuk mewakili daerah Setiu ke pertandingan  PTPR peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung di padang SM Sains Setiu.



SMKTI telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu



Team A dan Team B

Alhamdulillah Team B telah berjaya mendapat tempat ke dua keseluruhan PTPR Peringkat Negeri Terengganu 2017 dan akan mewakili negeri Terengganu ke pertandingan Kebangsaan pada bulan oktober nanti

Tahniah diucapkan....

Rakaman peristiwa semasa pertandingan berlangsung...

https://photos.app.goo.gl/iViALbNOe8PLTwok1

Isnin, 6 Mac 2017

As Salam dan Salam 1 Malaysia Tempahan pelancar dan CD Power Point Slide Shows bagi tahun 2017 masih boleh dibuat sehingga stok pelantar kayu yang sedia ada habis. Selepas itu tempahan pelancar ditutup. Sebarang tempahan boleh melalui HP saya seperti di bawah. Harap maklum azmi j 013/7394353 (call/sms/whatapps/telegram)

Ahad, 5 Mac 2017

Pelancar roket air 2017

Pelancar roket air yang di ubahsuai......

Salam 1 malaysia,

Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari Terengganu @ di seberang lautan..

Pandangan sisi


Pandangan sisi


Pandangan depan

Pandangan atas

Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan. 

Ciri2:
1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan
2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg)
3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj
4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran
5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload
6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....
7. Senang dibawa ke mana2
8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul
9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah
10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++
11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang baru.

p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.

"HARGA BARU BULAN MAC 2017, 
HARGA SEKARANG RM150 SEUNIT TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK-TAMBAHAN RM80 BAGI KOS PENGHANTARAN)
PENGHANTARAN DALAM MASA 3-7 HARI BEKERJA-MELALUI POS LAJU/SKYNet. 
HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG....


"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM250 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"

Harga bukan RM450....., Bukan RM350....... hanya RM300  untuk 10 unit terakhir sahaja.....
terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan. Sila buat tempahan sekarang.  Sila SMS/Call/Whatsapps/Telegram 013-7394353 utk tempahan.

Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353(Azmi)

Sabtu, 4 Mac 2017

Bagaimana nak guna pelancar roket h2o

Cara penggunaan pelancar roket h2o

Botol yang boleh digunakan sebagai badan roket h2o adalah apa saja jenis botol minuman bergas 1.5 L. cth 100 plus, merinda, coke, dll

Langkah2 penggunaan pelancar roket h2o.

1. Masukkan air ke dalam botol yg di jadikan badan roket h2o ( kebiasaanya 1/3 drpd isipadu botol)
2. Masukkan mulut botol pada pemegang botol sehingga bahagian bawah pemegang botol


3. Pastikan kabel plastik memegang bahagian mulut botol dgn kemas


4. Naikkan pengunci botol sehingga tidak kelihatan kabel plastik yg memegang mulut botol




5. Masukkan angin/pam sehingga mencapai 60 psi/ 4 bar (pam yg digunakan mesti yang mempunyai meter pengukur tekanan)
6.Turun kan pengunci botol ke bawah supaya bdn roket dapat terbang ke hadapan @ ke atas.

tq

azmi j

Jumaat, 3 Mac 2017

Jenis pam yang sesuai digunakan dengan pelancar roket air

Jenis pam

Ada ramai pelajar2 dan guru yg bertanyakan berkaitan pam yang boleh digunakan semasa melancarkan roket h2o. Di sini cg muatnaik kan gamabar pam yg biasa digunakan di sekolah untuk latihan dan pertandingan.


Ada satu pam yang mempunyai daya tahan yang baik digunakan untuk pelancaran roket. Semasa pertandinagan peringkat daerah dan semasa pertandingan rakan muda inovasi yang lepas cg telah menggunakannya., sehingga sekarang pam tersebut masih lagi boleh digunakan. Pam tersebut cg dah ubahsuaikan pada bahagian kabel untuk memasukkan angin. Cg dah tambah kabel tersebut menjadi lebih panjang untuk keselamatan semasa pelancaran (jika botol yg digunakan pecah/meletup)


Semasa pemilihan untuk membeli pam, pastikan anda melihat jenis meter yang ada pada pam tersebut. Kebiasaanya ada 2 jenis meter satu yang mempunyai unit tekanan bar dan satu lagi mempunyai kedua2 unit bar dan psi. Untuk memudahkan, pastikan anda beli yang mempunyai kedua2 unit bar dan psi.
Ada juga yang bertanyakan cg berkaitan dengan pam kaki sesuai atau tidak digunakan untuk pelancaran roket. Jawapannya, mana2 pam yang mempunyai meter utk pengukuran tekanan udara adalah sesuai digunakan cuma dari segi ketahanan pam kaki kebiasaannya tidak berapa tahan untuk jangka masa yang panjang. Cg pernah menggunakan pam kaki untuk pelancaran walaubagaimana pun pam tersebut hanya dapat bertahan untuk lebih kurang sepuluh kali pelancaran sahaja. Mungkin pelajar2 yang menggunakan pam tersebut menggunakannya dgn kasar @ mungkin struktur pam tersebut tidak sesuai utk pelancaran roket h2o.

Rabu, 9 November 2016

Aktiviti selepas PT3

Alhamdulillah...buat kali pertama cikgu berjaya menganjurkan perbengkelan roket air di sekolah baru cikgu bagi calon2 PT3 SMK Tg Ibrahim. Walaupun sambutan tidak sehangat sekolah lama di Segamat,Johor tapi alhamdulillah pelajar2 dapat menyiapkan roket air dalam jangka masa 4 jam. Satu mini pertandingan bagi kategori roket payung terjun juga telah berjaya di adakan diluar kawasan sekolah. Tahniah semua, insha allah tahun 2017 kita akan buat lagi pertandingan tertutup roket air di SMK Tg Ibrahim. Tungguuuuu ya.....

Rakaman gambar yang lain ada di sini...sila klik

Selasa, 1 November 2016

Rakaman peristiwa semasa pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Kebangsaan 2016 boleh dilihat disini.. sila klik di sini

Ahad, 31 Januari 2016

Tempahan pelancar roket air dan cd powerpoint slide show.

As Salam dan Salam 1 Malaysia

Tempahan pelancar dan CD Power Point Slide Shows bagi tahun 2016 masih boleh dibuat sehingga stok pelantar kayu yang sedia ada habis. Selepas itu tempahan pelancar ditutup.    

Sebarang tempahan boleh melalui HP saya seperti di bawah. Harap maklum

azmi j
013/7394353 (whatsapps/telegram) / 0109834353 (sms/call)