Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my

Khamis, 20 Oktober 2011

Perbengkelan roket Air di SK Maokil 2 bagi kali ke 3 - Program selepas UPSR

Alhamdulillah, sekali lagi perbengkelan roket air dapat diadakan dengan jayanya di SK Maokil 2. Sebanyak 9 kumpulan pelajar tahun 6 yang sedang menunggu keputusan UPSR telah berjaya menyiapkan roket air jarak jauh dan roket air payung terjun masing2 dengan dibantu oleh 4 orang fasilitator daripada sekolah menengah iaitu Saudara Fazli, Fikri, Wan dan Anafizi (pelajar ting 3 smk maokil 2011). Terima kasih di ucapkan kepada cikgu rosli yang telah menjemput cikgu untuk program selepas UPSR ini dan juga tidak lupa kepada En Ravi, GPK Kokurikulum SK Maokil 2 yang sama2 mengikuti perbengkelan tersebut.

Berikut merupakan gambar2 yang sempat cikgu rakamkan semasa perbengkelan tersebut berlangsung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Fish