iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Selasa, 19 Oktober 2010

Perbengkelan Roket H2O di SK Maokil 2

Salam 1 Msia,

Tahniah cg ucapkan kepada peserta2 bengkel Roket h2o SK Maokil 2 yang telah berjaya menghasilkan 2 roket h2o iaitu roket sasaran dan roket paracut bagi setiap kumpulan dalam jangka masa 3 jam perbengkelan. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kpd 9 orang pelajar ting 3 dan 4 smk maokil yang menjadi fasilitator semasa perbengkelan tersebut berlangsung.

(gambar)  http://picasaweb.google.com/roketh2o/BengkelSKMaokil22010#5529761147618267458

Secara umumnya peserta2 perbengkelan pada tahun ini menunjukkan minat yang tinggi untuk menyiapkan roket h2o masing2 dengan dibantu oleh fasilitator yang begitu bersungguh membantu adik2 sekolah rendah.

Pada akhir sesi perbengkelan sebanyak 16 roket h2o telah berjaya disiapkan iaitu 8 bagi kategori roket h20 sasaran dan 8 lagi bagi ketagori roket h2o payung terjun. Semasa pelancaran roket dilakukan kesemua roket sasaran yang dihasilkan berjaya melepasi jarak 80 m dan bagi roket payung terjun hanya 2 roket sahaja yang bermasalah tidak berjaya mengembangkan payung terjun di udara. Ada satu kumpulan pelajar yang berjaya menghasilkan roket payung terjun yang terbang di udara menghampiri 1 minit.

Tahniah cg ucapkan kpd semua pelajar yang terlibat dan juga fasilitator.

Tahniah juga diucapkan kepada Cg Rosli dan Cg Haslizan SK Maokil 2, penyelaras program selepas peperiksaan UPSR kerana menganjurkan program ini. Semoga semuanya akan mendapat manfaat. Tahun depan jika ada permintaan cg akan kembali semula ke SK Maokil 2 untuk perbengkelan roket bagi tahun ke 3, Insyallah.....

Kepada 3 pasukan Terbaik SK Maokil 2 bersedia untuk pertandingan roket h2o kali ke 2 di padang SMK Maokil pada petang hari rabu 20/10/2010 dan pagi khamis 21/10/2010.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini