iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Sabtu, 23 Oktober 2010

MEKANISMA AKTIF PEMBUKAAN PAYUNG TERJUN MENGGUNAKAN BELON UDARA

(Mekanisma ini di hasilkan melalui pembacaan pengarang daripada artikel yang dihasilan oleh Gary Ensmenger)

Langkah 1Sediakan muncung roket h2o anda daripada potongan botol minuman bergas 1.5 L

Langkah 2
Tiupkan satu belon udara agar saiznya muat untuk dimasukkan ke dalam muncung roket h2o yang anda sediakan tadi

Maklumat penting – Bahagian tepi muncung perlu dilubangkan iaitu pada bahagian bawah daripada kedudukan belon. Ini akan memberikan pengudaraan yang cukup bagi muncung untuk terpisah secara bebas pada puncak ketinggian, juga akan menghasilkan tekanan rendah di dalam muncung kerana udara akan disedut keluar semasa pelancaran dan akan melambatkan muncung daripada terpisah awal .

Berapa banyak lubang perlu dihasilkan bergantung kepada saiz dan bentuk belon anda, di sini memerlukan anda membuat eksperimen untuk menghasilkan satu muncung yang benar2 akan terpisah daripada badan roket ketika sampai kepuncak ke tinggian.


Langkah 3
Masukan belon tadi seperti gambar di bawah


Langkah 4
Lipat payung terjun yang akan di masukkan ke dalam muncung roket h2o anda dan letakkan di bahagian yang kosong di bawah belon yang anda masukkan tadi.


Langkah 5
Roket h2o anda siap sedia untuk dilancarkan, Apabila roket h2o anda dilancarkan muncung akan tertekan ke bawah. Apabila roket h2o mencapai puncak ketinggian belon akan kembali semula ke bentuk asal dan akan menolak muncung ke atas. Ini akan menyebabkan muncung akan terpisah daripada badan roket h2o anda. Akhirnya payung terjun akan mengembang di udara.



Selamat mencuba........ jika berjaya hantar kan gambar2 utk dikongsi dengan pembaca2 yang lain.....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini