iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/4/2014 harga pelancar akan dinaikkan kepada RM300 bagi menampung kenaikkan kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2014 dibuka sekarang....

Selasa, 3 November 2009

Ujikaji......eksperimen....

Ada ramai yang bertanyakan cikgu bagaimana untuk memghasilkan satu roket sasaran yang baik (setiap kali pelancaran memasuki sasaran 'eye's bull')....jawapannya adalah ujikaji/eksperimen....

Sebelum anda membuat eksperimen, tentukan dahulu apakah pembolehubah yang ingin anda manipulasikan, tetapkan pembolehubah yang dimalarkan dan tentukan pembolehubah yang akan bergerakbalas (sama seperti anda melakukan eksperimen dalam subjek sains)

Sebelum anda menentukan pembolehubah, anda perlulah mengetahui apakah faktor2 yang mempengaruhi jarak penerbangan roket h2o/jarak sasaran. Antara faktor yang boleh difikirkan adalah :

1.Bentuk roket
2.Berat roket
3.Isipadu air yang akan digunakan
4.sudut sasaran (30,35,40,45....dll)
5.jenis pelancar
6.jarak pelancar dan sasaran
7.Tekanan yang dikenakan (cth 40 psi,50 psi, 60psi....dll)

Setelah itu, tetapkan apakah pembolehubah yang akan dimanipulasi dalam eksperimen anda (cth: isipadu air yan digunakan) dan juga apakah faktor yang akan bergerakbalas (cth: jarak sasaran)

Jika faktor isipadu air yang dimanipulasikan dan jarak sasaran sebagai pembolehuabah yang bergerakbalas telah dipilih, maka faktor2 lain seperti bentuk roket,berat roket,sudut sasaran,jenis pelancar perlulah ditetapkan (pembolehubah yang dimalarkan)

Buatlah hipotesis yang bersesuaian sepertimana anda telah belajar dalam subjek sains.
Kemudian lakukan eksperimen bagi menguji hipotesis yang telah anda buat.
Setiap kali eksperimen dibuat rekodkan data yang diperolehi....











Tarikh Isipadu Air Jarak
Sasaran
Catatan


Ini lah kunci kejayaan bagi membina roket h2o yang sentiasa memasuki 'eye's bull'

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Fish