iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/4/2014 harga pelancar akan dinaikkan kepada RM300 bagi menampung kenaikkan kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2014 dibuka sekarang....

Selasa, 3 November 2009

Perbengkelan Roket H2O di SK maokil 2



Pada 2/11, cg dan 10 orang pelajar ting 3 2009 telah di undang ke SK Maokil 2 bagi mengajar pelajar2 tahun 6 membina roket h2o masing2. Aktiviti berjalan dengan lancar dan pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 dapat menyaipkan 2 jenis roket h2o, sasaran dan paracut dengan dibantu oleh 10 orang pelajar ting 3.



Tahniah cg ucapkan kepada pelajar2 thn 6 SK Maokil 2 kerana begitu bersungguh2 menyaipkan roket masing2 selama 3 jam lebih perbengkelan berlangsung. Tidak lupa juga, cg ucapakan terima kasih kepada Guru Besar dan pihak pentadbiran SK maokil 2 kerana menjemput cg untuk mengadakan perbengkelan roket kepada pelajar2 thn 6 sebagai aktiviti selepas peperiksaan UPSR 2009. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada cg roslee dan cg haslizan yang bersama2 cg sepanjang perbengkelan tersebut berlangsung.





Pada pukul 12:00 tgh aktiviti pelancaran dijalankan bagi kedua2 roket h2o dijalankan.
Semua kumpulan berjaya menerbangkan roket sasaran lebih kurang 100 m. Walaubagaimanapun bagi roket paracut hanya 2 kumpulan sahaja yang roketnya berjaya mengembangkan paracut. Kumpulan lain mengalami masalah paracut samada paracut koyak semasa pelancaran ataupun tidak berjaya keluar daripada kon.





Secara umumnya, objektif perbengkelan ini telah berjaya dicapai bagi melatih pelajar2 membina roket h2o paracut dan sasaran.

Tahniah sekali lagi kepada pelajar2 tahun 6 dan guru2 yang terlibat....

semoga aktiviti ini dapat merancakkan lagi minat pelajar2 dalam bidang sains dan teknologi dan memperkembangkan roket h2o di daerah segamat dan malaysia...

4 ulasan :

  1. tahniah kpd cg azmi..satu bengkel yang menarik dan senang difahami murid...tahun depan,jangan lupa jemput team sk maokil2 masuk pertandingan sama..

    BalasPadam
  2. Insyallah....kalau ada budjet ptandingan 2 akan dianjurkan lg....

    BalasPadam
  3. wah..sya pun cam nk join je bengkel yg ckgu wat..huhu..

    BalasPadam
  4. Boleh...tunggu masuk sekolah rendah semula he3...

    BalasPadam

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini

Terdapat ralat dalam alat ini