iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Jumaat, 7 Ogos 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PTPR UNIVERSITI MALAYA 2009

5 Ogos 2009 : Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009 (PTPR’09)


Majlis Perasmian Penutup bagi Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009 (PTPR’09) telah berjaya disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Fadilah Bin Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) pada 5 Ogos 2009 di Padang Varsiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Galeri Gambar

Seramai lebih kurang 200 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis perasmian penutup tersebut. Ini termasuklah tetamu jemputan, pihak media, peserta-peserta (52 orang), guru-guru pengiring (26 orang) dan urusetia pertandingan.

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket merupakan program anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya sebagai salah satu aktiviti merentas kurikulum sekolah setiap tahun. Pertandingan yang telah memasuki tahun ke-7 ini mula diperkenalkan sebagai projek perintis Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket pada tahun 2003. Pertandingan tahun ini telah mendapat tajaan daripada Asia Astro HISTORY Channel & Nestle Maggi Tastylite.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar berusia 12 hingga 16 tahun sahaja di semua sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk sekolah menengah agama bantuan kerajaan di seluruh negara. Seramai 26 pasukan sekolah dari seluruh negara telah mengambil bahagian dan bertanding sejak 2 - 4 Ogos 2009 di Padang Varsiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur untuk merebut Piala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di peringkat kebangsaan. Tahun ini menyaksikan empat (4) kategori yang dipertandingan, iaitu Kategori Rekabentuk Roket Air Terbaik, Kategori Sasaran Terbaik, Kategori Payung Terjun Terbaik dan Kategori Payload Terbaik.

Menerusi pertandingan ini, para pelajar dikehendaki mencipta roket air yang sempurna dengan berasaskan botol minuman berkarbonat 1.5 liter dan kombinasi tekanan air dan udara sahaja agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti yang tinggi. Seterusnya roket air itu akan dilancarkan ke udara dengan menggunakan alat pelancar roket air. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan roket air.

Keputusan senarai pemenang pasukan sekolah bagi Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009 (PTPR’09) adalah seperti berikut:

Pemenang Keseluruhan
1. Johan : SMK Tunku Andul rahman Putra, Selangor

2. Naib Johan : SMK Taman Pelangi Indah, Johor

3. Ketiga : SM Sains Machang, Kelantan


Pemenang Kategori Pertandingan
1. Kategori Rekabentuk Roket Air Terbaik : SM Sains Sultan Mohammad Jiwa, Kedah

2. Kategori Sasaran Terbaik : SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Selangor

3. Kategori Payung Terjun Terbaik : SMK Taman Pelangi Indah, Johor

4. Kategori Payload Terbaik : SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Sumber :
http://www.mosti.gov.my/mosti/index.php?option=com_content&task=view&id=1667&Itemid=1

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini