iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/4/2014 harga pelancar akan dinaikkan kepada RM300 bagi menampung kenaikkan kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2014 dibuka sekarang....

Ahad, 17 Ogos 2014

PTPR Negeri Johor 2014

Alhamdulillah berakhir sudah pertandingan PTPR negeri johor yang telah berlangsung di Politeknik Mersing pada 11 - 13 Ogos 2014 yang lalu. Pasukan SMK Maokil masih lagi diberikan kesempatan untuk mewakili daerah Segamat ke pertandingan tersebut dan ini merupakan tahun ke tiga berturut-turut pasukan SMK Maokil berjaya ke pertandingan PTPR Negeri Johor.

Pada tahun ini format pertandingan PTPR telah berubah sedikit dimana mata bagi semua kategori pertandingan diambil kira bagi menentukan Johan keseluruhan. Perubahan ini adalah mengikut format pertandingan Peringkat kebangsaan yang akan berlangsung nanti pada bulan september di UM yang dianjurkan oleh ANGKASA dan UM.

Mata keseluruhan adalah ditentukan berdasarkan Kategori:

R1-pembentangan teori roket dalam bahasa inggeris (20%)
R2-roket sasaran (60%)
R3-roket payung terjun (10%)
R4-roket terbuka/Inovasi (10%)

Bagi Kategori Roket Sasaran Perubahan yang agak besar telah dilakukan dimana terdapat pusingan awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir dijalankan.
Perlawanan yang sengit telah berlaku bagi kategori R2 ini pada edisi PTPR 2014 dimana pada pusingan awal sebanyak 13 pasukan daripada 19 pasukan telah berjaya mensasarkan bulatan sasaran yang jaraknya 73m dari tapak pelancaran. Pada pusingan seterusnya, jarak sasaran telah dikurangkan kepada 70m dan sebanyak 8 pasukan terbaik dipilih untuk memasuki pusingan akhir yang jarak sasaran dinaikkan kepada 75m.

Tahniah cikgu ucapkan kepada pasukan SMK Maokil kerana berjaya menjadi Johan bagi kategori Roket Sasaran setelah berjaya mengenepikan 8 pasukan terbaik yang lain. Walaubagimana pun agak malang bagi kategori Roket Payung Terjun kerana payung terjun gagal untuk kembang pada kedua-dua percubaan.

Bagi Kategori Roket terbuka/inovasi pasukan SMK Maokil masih lagi mengekalkan kejaguhan di peringkat Negeri bagi tahun yang ke tiga berturut-turut dengan menggondol Johan Kategori Inovasi. Syabas &Tahniah cikgu ucapkan kepada pasukan SMK Maokil.

Keputusan Penuh PTPR 2014.
Johan keseluruhan : SM Sains Muar 2
Tempat ke dua keseluruhan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke tiga keseluruhan : SMK Dato Onn, Batu Pahat

Keputusan Kategori Pembentangan Teori Roket (R1)
Johan : SM Sains Muar 1, Muar
Tempat ke dua : SM Sains Muar 2, Muar
Tempat ke tiga : SM Sains Sembrong, Kluang

Keputusan Roket Sasaran (R2)
Johan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke dua : SM Sains Muar 2 , Muar
Tempat ke tiga : SMK Dato Onn, Batu pahat

Keputusan Roket Payung Terjun (R3)
Johan : SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
Tempat ke dua : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing
Tempat ke tiga : SMK Dato Hj Hassan Yunus, Kluang

Keputusan Roket Terbuka/Inovasi (R4)
Johan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke dua : SMK Pasir Gudang, Pasir Gudang
Tempat ke tiga : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing

sekali lagi tahniah kepada pemenang. Doa kami semua semoga pasukan SM Sains Muar dapat mengharumkan nama Johor semasa pertandingan Kebangsaan nanti 'Good Luck' dan selamat bertanding.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini

Terdapat ralat dalam alat ini