Soalan :
Kenapa pelancar yang saya hasilkan tidak mempunyai meter penyukat tekanan....
Jawapan :
Saya ada menghasilkan pelancar yang mempunyai meter walaubagimanapun semasa pengujian pelancaran, meter tersebut seringkali akan dimasuki titisan / wap air. Ini menyebabkan tekanan yang diukur tidak menepati bacaan yang sepatutnya ditunjukkan berbanding dengan menggunakan meter pada pam basikal.
Pelancar yang saya hasilkan juga direka untuk mengeluarkan air berlebihan yang terdapat di dalamnya setiap kali selepas pelancaran (air dikeluarkan melalui injap/valve air/angin keluar). Jadi air yang berlebihan tidak akan memasuki pam/meter semasa proses memasukkan angin.
Kedudukan injap angin masuk juga ada lah berada di atas semasa proses memasukkan udara bagi pelancaran roket sasaran. Ini dapat menghalang titisan air/wap air daripada memasuki pam/merosakkan meter pam.
Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat membantu para guru/peminat membuat pemilihan pelancar yang baik untuk digunakan...
Sabtu, 9 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini