iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Khamis, 8 Julai 2010

Keputusan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat 2010

Alhamdulillah, pertandingan teknologi pelancaran roket telah berjaya dijalankan dengan jayanya pada 7 hingga 8 Julai 2010. Walaupun pada mula nya pelbagai masalah dihadapi berkaitan dengan pelancar roket air tripod yang digunakan. Namun semua masalah tersebut dapat di atasi berkat kegigihan penganjur/pengelola.

Pada tahun ini, saya rasakan kemeriahan pertandingan teknologi pelancaran roket adalah kurang sedikit berbanding dengan tahuin 2009. Mungkin disebabkan pelajar2 yang menunggu giliran berada terlalu jauh daripada tapak pelancaran.

Kepada peserta SMK Maokil, Wan Mohd Nizam dan Mohd Hanapeze tahniah cg ucapkan kerana berusaha dengan gigih sekali untuk mendapat tempat ke pertandingan peringkat negeri. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi kita semua pada tahun ini kerana roket paracut yang dihasilkan gagal untuk mengembangkan payungnya manakala bagi kategori sasaran smk maokil masih lagi berbisa walaupun sudah semakin kurang kerana berjaya mendapat tempat ke dua. Sekali lagi tahniah cg ucapkan kepada Wan dan Peze tahun hadapan berusaha dengan lebih gigih lagi.....

Keseluruhannya bagi acara roket paracut, teknologi yang ditunjukkan oleh pelajar2 semakin baik pada tahun ini. Kebanyakkan pelajar dapat menghasilkan roket berprestasi tinggi. Bagi acara sasaran hanya 5 buah sekolah sahaja yang berjaya mendaratkan roket dalam bulatan target dan mendapat markah.

Berikut merupakan keputusan pertandingan :

Kategori Sasaran (jarak sasaran 100m)
1. SMK Labis (Bulatan ke 2)
2. SMK Maokil (Bulatan ke 3 hampir kpd bulatan 2)
3. Sek Tinggi Segamat (Bulatan 3 hampir kpd bulatan 4 )
4. SMK Dato Ahmad Arshad (Bulatan 4)
5. SMK Paduka Tuan (Bulatan 5)

Kategori Paracut
1. SMK Dato Ahmad Arshad (1 minit 30.61 saat)
2. SMK Munshi Ibrahim (1 minit 12.84 saat)
3. Sek Tinggi Segamat (53.66 saat)
4. SMK Seri Kenangan (52.17 saat)
5. SMK Jementah (51.97 saat)

Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat 2010 dan wakil daerah Segamat ke Pertandingan Negeri

SMK Dato Ahmad Arshad

Terima kasih diucapkan kepada para hakim yang menjayakan pertandingan tersebut iaitu

1. En Rajis- Ketua Hakim (SMK Bnadar Putra)
2. En Md Azam
3. En Saifuddin

semoga kita semua akan bertemu lagi pada pertandingan akan datang.....yang terdekat terbuka pagoh....nantikan tarikh nya.....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini