iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Jumaat, 28 Mei 2010

Pelancar Roket Air -Promosi Bulan Jun 2010

Salam 1 malaysia

HARGA JUALAN PROMOSI TAMAT . SILA KE LAMAN UTAMA UNTUK MENGETAHUI HARGA TERKINI PELANCAR....

PROMOSI BULAN JUN 2010

Sebanyak 10 unit pelancar roket air akan dijual pada harga RM100 termasuk kos penghantaran (sabah/sarawak tambahan RM50 kos penghantaran). Sila buat tempahan sekarang. Siapa cepat dia akan dapat.....

Nanti boleh digunakan untuk latihan roket air sasaran dan roket air paracut bagi persiapan ke pertandingan peringkat daerah dan negeri...

hubungi saya untuk tempahan
azmi j/013-7394353

Khamis, 27 Mei 2010

'Baby Rocket'

'Baby rocket' - adalah roket air yang dibuat daripada botol terpakai 500 ml minuman bergas. Apa saja jenis botol boleh digunakan untuk menghasilkan roket air tetapi hanya botol 500 ml sahaja yang boleh digunakan. Bentuk roket air adalah bergantung kepada kreativiti masing2. 'Baby Rocket' yang dihasilkan mesti mempunyai satu mekanisme yang dapat menyelamatkannya apabila ia jatuh ke bumi selepas pelancaran cth: paracut, glider, dan lain2.

saya akan muatnaik kan gambar2 baby roket yang dihasilkan oleh pelajar2 sedikit masa lagi. Sila lawati laman blog ini semula.......

harap maklum.

Roket Air - Roket Botol : Powerpoint slide show.

POWER POINT SLIDE SHOW INI TELAH SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN, SILA BUAT PEMBAYARAN JIKA BERMINAT.- PROMOSI BULAN JUN 2010 (HARGA POWERPOINT SLIDE SHOW - RM20, PERCUMA 3 EBOOK.

Utk guru2 atau peminat2 roket air
Muat turun persembahan 'powerpoint' di bawah untuk mengetahui bagaimana membina roket air

Contoh:
Part 2 (new)/ Bahagian 2 (samb) terkini - 16 slide
selamat menghasilkan roket h2o anda sendiri...

Nota:
Anda hanya boleh memuat turun bahagian 2 shj secara percuma sbg contoh, bhg lain memerlukan sedikit sumbangan anda sebanyak RM20 (harga promosi bulan Jun 2010) bg mempertingkatkan laman blog ini, harap maklum.

Harga ini akan dinaikkan setelah powerpoint slide show ini berjaya di muat turun oleh 10 orang. Jadi bertindaklah sekarang untuk mendapatkan harga promosi ini.

Dengan RM20 tersebut anda bukan sahaja akan dapat memuat turun kseluruhan powerpoint slide show tetapi anda juga akan memperolehi 3 buah ebook(b. Inggeris) yang dikarang oleh pakar secara percuma // (for free) berkaitan dengan roket air iaitu:

1. Introduction to h2o rocket // Pengenalan kpd roket air ( 47 halaman / format pdf )
2. H2O rocket handbook // Buku nota roket air ( 137 halaman / format pdf)
3. Model Rocketry Technical manual (16 halaman / format pdf)

Powerpoint shows ini sesuai digunakan oleh guru2 penasihat kelab rekacipta/roket sekolah untuk perbengkelan kepada ahli kelab / pelajar2 tentang asas bagaimana menghasilkan roket H2O ataupun untuk persediaan pelajar2 kepada pertandingan teknologi pelancaran roket H2O. Terdapat lebih kurang 163 slide yang disertakan dengan gambar-gambar dan penerangan ringkas bagi setiap gambar.

Tajuk2 yang dibincangkan dalam power point slide show ini ialah seperti di bawah:

1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. KONSEP / TEORI
4. BAGAIMANA MEMBINA ROKET H2O
   a. PERALATAN
   b. MUNCUNG (NOSE CONE)
   c. BADAN
   d. SAYAP
   e. REKABENTUK ROKET SASARAN / JARAK JAUH
   f. ROKET PARACUT / PAYUNG TERJUN
   g. PELANCAR ROKET RINGKAS
5. LANGKAH2 KESELAMATAN
6. TIP UNTUK PERTANDINGAN (bahasa Inggeris)

Anda tidak perlu membazirkan masa menyediakan bahan dan hanya perlu download powerpoint show dan tayangkan kepada peserta. Powerpoint shows ini dibuat dengan menarik untuk memberi kefahaman kpd peserta2 yang langsung tiada asas kepada roket air. Anda juga akan memperolehi 3 buah ‘ebook’ (english) secara percuma berkaitan dengan roket h2o yang dihasilkan oleh pakar yang sudah lama membabitkan diri dengan ‘water rocket’. Buku ini tiada dijual dipasaran dan hanya boleh diperolehi dilaman blog ini sahaja.

SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG......

HUBUNGI SAYA UNTUK TEMPAHAN :

azmi j (013-7394353) // azmi.jaaffar@yahoo.com.my

Rabu, 26 Mei 2010

'Baby rocket' - Hari Sains SMK maokil

Unit Sains dan Matematik SMK maokil akan menganjurkan hari sains selepas cuti pertengahan tahun nanti. Antara pertandingan yang akan diadakan ialah pertandingan glider, jet kertas, 'solar car', 'solar boat' dan 'baby rocket'. Penyertaan adalah terbuka untuk pelajar2 smk maokil. Kepada yang berminat sila bersedia semasa cuti pertengahan tahun nanti.

harap maklum...

Salam

Maaf, sekarang tengah sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun. Saya ucapkan Selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun kepada pelajar2 sekolah menengah dan rendah di seluruh malaysia.

Untuk makluman semua guru penasihat dan peserta FST peringkat daerah Segamat. Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Segamat akan berlangsung pada 30 Jun 2010 dan FST peringkat negeri Johor dijangka akan berlangsung pada 7 Julai 2010.

Peserta2 pertandingan teknologi pelancaran roket sasaran dan paracut diminta bersedia daripada sekarang untuk pertandingan tersebut.

Jumaat, 21 Mei 2010

Salam 1 malaysia,










Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari johor @ di seberang lautan..













Pandangan sisi



















Pandangan sisi



















Pandangan depan













Pandangan atas













Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan.









Ciri2:



1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan



2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg -lebih stabil)



3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj



4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran



5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload



6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....



7. Senang dibawa ke mana2



8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul



9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah



10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++



11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang b aru.









p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.









"HARGA PROMOSI BULAN FEBUARI TAMAT, HARGA SEKARANG RM150 RM200 SEUNIT TERMASUK KOS PENGHANTARAN (TERMASUK SABAH/SARAWAK-PENGHANTARAN DALAM MASA 3-5 HARI BEKERJA-POS LAJU). HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG, SEBELUM HARGA DINAIKKAN LAGI BILA 10 UNIT TELAH DIJUAL"















"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM100 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"









Harga bukan RM250....., Bukan RM150....... hanya RM100 untuk 10 unit terakhir sahaja.....



terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan LAGI. Sila SMS/Call 013-7394353 utk tempahan.









Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353(Azmi)

Ahad, 16 Mei 2010

Keputusan Pertandingan Roket Payung Terjun Sempena Karnival Permotoran Belia Felda Maokil

Alhamdulillah, pertandingan pada hari ini telah berlangsung dengan jaya nya. Sebanyak 24 kumpulan telah mengambil bahagian. Ramai penonton yang terdiri daripada makcik2 dan pakcik2, serta adik2 telah terpegun dan bersorak gembira melihat roket2 yang dapat terbang tinggi ke udara dan akhirnya mengembangkan payung terjun masing2.


Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Felda Maokil 1 bercadang akan menganjurkan pertandingan ke dua iaitu kategori terbuka pada masa akan datang. Tunggu......makluman dari saya nanti

Gambar roket yang telah mengambil bahagian

Keputusan pertandingan pada hari ini ialah :

Tempat pertama :
Nama Pasukan: AK and AC ( masa : 1 minit 57.92 saat)
1. Mohd Akmal Zulhilmi B. Anuar
2. Mohammad Amirul Faeez B. Suhaimin

Tempat kedua :
Nama Pasukan : Besar Punya... (59.87 saat)
1. Muhammad Adib B. Samsuddin
2. Wan Muhd Nizam B. Wan Esa           

Tempat ketiga :
Nama Pasukan :Ladies (59.70 saat)
1. Siti Nadia Bt. Ngatiran
2. Hasmidah Bt. Mohd Said

Tempat keempat :
Nama Pasukan : Roket Mania (54.97 saat)
1. Mohd Azam B. Ramly
2. Muhammad Aidil B. Kamidi

Tempat kelima
Nama Pasukan : Bravo (53.11 saat)
1. Muhammad Firdaus B. Senawi
2. Muhd Aziz B. Mafrodi

Muat turun Gambar2 semasa pertandingan berlangsung
          
Kepada yang tidak berjaya pada pertandingan hari ini diharap dapat mencuba semula pada pertandingan terbuka nanti....

Pelancar Roket Air

Untuk makluman

Ada 5 unit pelancar roket Air yang telah siap dibina dan sedia utk penghantaran. Sila hubungi/sms saya untuk tempahan. Harga masih seperti dahulu iaitu RM150 termasuk kos penghantaran. Gambar pelancar, sila lihat catatan saya yg terdahulu dalam blog ini atau pada bahagian tepi kiri blog ini.

siapa cepat dia dapat......selepas 5 unit terjual, saya akan berehat sebentar, untuk memberi tumpuan kepada pelajar2 yang akan mewakili sekolah ke pertandingan Festival Sains Peringkat Daerah yang dijangkakan pada bulan Jun nanti, selepas cuti pertengahan tahun.

Harapan saya agar pada tahun ini, pasukan kita akan meneruskan cabaran ke pertandingan FST peringkat negeri bagi tahun yang ke 3 dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

tq

Rabu, 12 Mei 2010

Roket payung terjun

Roket V6ia


Roket terkini versi 6 yang sedang diusahakan oleh pelajar2. Keupayaan utk terbang agak bagus dan boleh mencapai ketinggian dalam 100 m (agak2). nanti nak kena buat satu alat bagaimana mengukur jarak tegak ketinggian satu roket paracut.

gambar2 roket versi 6ia yang lain
klik di sini


selamat menghasilkan roket anda

azmi j

Selasa, 11 Mei 2010

Reka bentuk roket payung terjun @ sasaran

roket v6i


gambar2 lain
klik di sini

Peraturan Pertandingan Roket Payung Terjun Belia Maokil 2010

Muat turun Borang Pendaftaran di sini
Muat turun Peraturan pertandingan di sini


PERATURAN PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET


A. PERATURAN UMUM
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah/menengah Felda Maokil / Belia Felda Maokil / pelajar sekolah menengah Daerah Segamat (jemputan).

2. Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang peserta dan diiringi oleh seorang (1) guru pembimbing (sekolah jemputan).

3. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.

4. Setiap pasukan dibenarkan melakukan dua (2) percubaan sahaja bagi setiap kategori. Hanya percubaan yang terbaik sahaja akan diambil kira.

5. Semua roket yang dibuat mestilah menggunakan botol minuman bergas terpakai 1.5L

6. Semua roket akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang ditetapkan oleh pihak penganjur sahaja.

7. Semua model roket air yang dibina adalah menjadi hak milik pihak penganjur.
8. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.

9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

10. Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru.



Kategori Payung Terjun (Parachute Category)
1. Setiap pasukan perlu melancarkan roket dan catatan masa roket di udara akan diambil.

2. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan tekanan udara.

3. Payung terjun (parachute) mestilah diletakkan pada komponen utama (botol) roket.

4. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi*.

5. Masa akan mula diambil semasa roket dilancarkan sehingga ianya:-

i. Mengenai permukaan bumi; atau

ii. Mengenai objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau

iii. Hilang dari pemerhatian para hakim; atau

iv. Terbang di udara selama 15 minit*.

* Tertakluk kepada perubahan semasa.

Isnin, 10 Mei 2010

Video pelancaran roket paracut Versi 6ai

Maaf video nie saya ambil posisi kamera berada dalam kedudukan menegak, jadi gambarnya melintang ke tepi. Tak dapat nak tegak kan semula. Boleh tengok....tp jangan sampai patah leher sudah ler.....hahahahah

download klik vedio pelancaran roket paracut
Klik di sini

terima kasih, semoga teruja utk menghasilkan nya....

azmi j

Reka bentuk terkini roket

Salam,

Makluman bagi guru2 yang ada membeli pelancar roket daripada saya. Botol minuman bergas terkini iaitu merinda/excel tidak sesuai digunakan dengan pelancar yang saya buat kerana mulut botol nya lebih besar sedikit berbanding dengan botol yang lama. Saya akan muatnaik kan gambar botol yang sesuai dan yang tidak sesuai digunakan dengan pelancar yang saya buat. harap maklum.....

botol baru ada 2 lekuk pada bahagian rata di tengah manakala botol yang lama tiada lekuk tersebut.

gambar.......harap bersabar dalam proses muatnaik...
gambar Botol lama (sesuai dijadikan badan roket air)
gambar Botol baru (tak sesuai dijadikan badan roket air)

terima kasih


azmi j

Ahad, 9 Mei 2010

Kepada peminat2 roket h2o

Saya sedang menjalankan 2 eksperimen bersama pelajar2 saya

1. berkaitan dengan berat roket h2o yang perlu disediakan untuk mencapai jarak sasaran 100m

2. berkaitan bentuk roket h2o paracut (berat kon dan badan roket paracut)

Data yang diperolehi akan di 'publish' kan sedikit masa lagi. sila kunjungi blog ini untuk mendapatkan data tersebut.

terima kasih.

Jumaat, 7 Mei 2010

Gambar pertandingan

Salam 1 malaysia,

Cg akan uploadkan gambar2 yang diambil semasa pertandingan roket payung terjun sempena karnival autoshow pada 16/5 anjuran bersama belia felda maokil dan kelab rekacipta roket & robotik smk maokil nanti.

Kepada peminat2 yang ingin melihat gambar2 tersebut sila lawati laman blog ini selepas 17/5 nanti.

terima kasih