PENGENALAN
Roket H20 adalah roket yang menggunakan kuasa tekanan udara dan air untuk terbang. Ketinggian tegak boleh melebihi bangunan 5 tingkat. Jarak mendatar penerbangannya boleh mencapai @ melebihi 100 meter bergantung kepada tekanan yang di kenakan (di pamkan ke dalam botol) dan isipadu air yang di masukkan ke dalam botol. Jarak yang dilalui juga bergantung kepada sudut sasaran semasa pelancaran. Kebiasaannya sudut yang akan menghasilkan jarak yang paling jauh adalah 45 darjah.
Untuk mendapatkan pembolehubah yang optimum bagi penerbangan sesuatu roket. Perkara-perkara yang saya nyatakan di bawah harus diambil perhatian
1) Jumlah isipadu air yang dimasukkan ke dalam botol
2) Tekanan yang dikenakan pada botol
3) Sudut penerbangan/sasaran
eksperimen perlu dijalankan bagi mendapatkan pembolehubah yang optimum bagi setiap roket yang dibina
selamat mencuba,
azmi j
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini