iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 30 Mac 2009

Struktur Roket Air

Roket air boleh dibina dengan menggunakan botol minuman terpakai samada 1.5 L atau 1.25 L. Kebiasaannya di Malaysia, pertandingan yang dikelolakan menggunakan botol terpakai 1.5 L. Saya akan memperkenalkan kepada pembaca semua jenis-jenis botol yang biasa saya gunakan untuk menghasilkan roket air.

Isnin, 23 Mac 2009

PENGENALAN

Roket H20 adalah roket yang menggunakan kuasa tekanan udara dan air untuk terbang. Ketinggian tegak boleh melebihi bangunan 5 tingkat. Jarak mendatar penerbangannya boleh mencapai @ melebihi 100 meter bergantung kepada tekanan yang di kenakan (di pamkan ke dalam botol) dan isipadu air yang di masukkan ke dalam botol. Jarak yang dilalui juga bergantung kepada sudut sasaran semasa pelancaran. Kebiasaannya sudut yang akan menghasilkan jarak yang paling jauh adalah 45 darjah.

Untuk mendapatkan pembolehubah yang optimum bagi penerbangan sesuatu roket. Perkara-perkara yang saya nyatakan di bawah harus diambil perhatian
1) Jumlah isipadu air yang dimasukkan ke dalam botol
2) Tekanan yang dikenakan pada botol
3) Sudut penerbangan/sasaran

eksperimen perlu dijalankan bagi mendapatkan pembolehubah yang optimum bagi setiap roket yang dibina

selamat mencuba,

azmi j