iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Jumaat, 18 November 2011

Salam 1 malaysia

Selamat bercuti kepada semua pelajar2.......

Kepada yang berminat untuk menempah pelancar roket air bagi tahun hadapan masih lagi dibuka......
Saya akan siapkan sebanyak mungkin yang terdaya pada cuti persekolahan ini...kalau rajin ler...hehehehe
harga masih lagi RM200 bagi yang menempah awal pada bulan April nanti harga akan dinaikkan kepada RM250 harap maklum...

terima kasih....


azmi j

Sabtu, 12 November 2011

Keputusan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air Cabaran Selepas PMR


Tahniah cg ucapkan kpd wan mohd nizam dan mohd hanapezee yang masih lg mengekalkan kejaguhan mereka di daerah segamat dalam pertandingan roket. Anda berdua merupakan penyumbang utama dalam kemenangan pasukan SMK Maokil. Tahniah cg ucapkan kerana berjaya menggondol hadiah bagi kategori Roket Sasaran ( Johan ), tempat ke 5 roket paracut dan telah mendapat Johan Keseluruhan Pertandingan roket air cabaran selepas PMR Daerah Segamat tahun 2011. Tahniah dan syabas cg ucapkan...kepada pelajar2 yang bakal menggantikan wan mohd nizam dan mohd hanapezee pada tahun hadapan tunjukkan kesungguhan dan kejaguhan anda....anda boleh lakukan....

Selasa, 1 November 2011

Roket Air Generasi Baru - Kategori Terbuka



Kepada pelajar yang berminat boleh mencubanya....jadilah seorang yang kreatif untuk menghasilkan roket air yang menyerupai roket sebenar. Insyallah cg dan pelajar2 cg sedang dalam projek untuk menghasilkan roket air 2 peringkat (2 stage- water rocket). Jika berjaya cg akan kongsikan maklumat berkaitan dengan roket air 2 peringkat dengan peminat2 semua. jangan lupa untuk sentiasa melawat ke laman blog ini untuk maklumat lebih lanjut...

Isnin, 31 Oktober 2011

Makluman..

Kepada pelajar2 di daerah segamat, satu surat berkaitan dengan pertandingan roket air bagi pelajar2 selepas PMR telah dihantar ke sekolah masing2. Sila berurusan dengan guru penasihat roket air sekolah masing2. Pertandingan akan diadakan pada 10 /11/2011 nanti

Khamis, 27 Oktober 2011

Pelancar roket air yang di ubahsuai......

Salam 1 malaysia,

Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari johor @ di seberang lautan..

Pandangan sisi


Pandangan sisi


Pandangan depan

Pandangan atas

Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan. 

Ciri2:
1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan
2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg)
3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj
4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran
5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload
6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....
7. Senang dibawa ke mana2
8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul
9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah
10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++
11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang baru.

p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.

"HARGA BARU BULAN APRIL 2012,
HARGA SEKARANG RM250 SEUNIT TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK-TAMBAHAN RM50 BAGI KOS PENGHANTARAN)
PENGHANTARAN DALAM MASA 3-7 HARI BEKERJA-MELALUI POS LAJU/SKYNet.
HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG....


"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM250 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"

Harga bukan RM450....., Bukan RM350....... hanya RM300  untuk 10 unit terakhir sahaja.....
terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan. Sila buat tempahan sekarang.  Sila SMS/Call 013-7394353 utk tempahan.

Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353(Azmi)

Khamis, 20 Oktober 2011

Perbengkelan roket Air di SK Maokil 2 bagi kali ke 3 - Program selepas UPSR

Alhamdulillah, sekali lagi perbengkelan roket air dapat diadakan dengan jayanya di SK Maokil 2. Sebanyak 9 kumpulan pelajar tahun 6 yang sedang menunggu keputusan UPSR telah berjaya menyiapkan roket air jarak jauh dan roket air payung terjun masing2 dengan dibantu oleh 4 orang fasilitator daripada sekolah menengah iaitu Saudara Fazli, Fikri, Wan dan Anafizi (pelajar ting 3 smk maokil 2011). Terima kasih di ucapkan kepada cikgu rosli yang telah menjemput cikgu untuk program selepas UPSR ini dan juga tidak lupa kepada En Ravi, GPK Kokurikulum SK Maokil 2 yang sama2 mengikuti perbengkelan tersebut.

Berikut merupakan gambar2 yang sempat cikgu rakamkan semasa perbengkelan tersebut berlangsung.

Rabu, 19 Oktober 2011

Roket Air Sensitif Kelajuan...mekanisma aktif untuk mengeluarkan payung terjun



mekanisma yang membantu mengeluarkan payung terjun



Pengunci yang sensitif kepada kelajuan akan ternaik ke atas pada puncak ketinggian roket air


Getah gelang disambungkan di bahagian kiri dan kanan (pada bahagian yg berwarna hijau)

ujian pelancaran roket air mekanisma aktif - roket air sensitif kelajuan

Isnin, 17 Oktober 2011

Illustrasi roket air mekanisma aktif untuk mengembangkan payung terjun

Salam 1 msia,

Pada catatan hari ini saya akan memperkenalkan satu lagi mekanisma aktif untuk mengeluarkan dan mengembangkan payung terjun. Mekanisma ini saya namakannya mekanisma sensitif kelajuan. Mekanisme ini akan dibengkelkan kepada pelajar2 Ting 3 bagi pengisian program selepas PMR 2011. Pengujian & pertandingan akan dijalankan selepas seminggu daripada bengkel berlangsung. Ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar2 untuk menambah baik roket masing2 dan juga menambahbaik mekanisma sensiti kelajuan yang dihasilkan oleh mereka.....

Illustrasi diagram roket yang dipasangkan mekanisma sensitif kelajuan adalah seperti di bawah:





 Gambar sebenar akan dimuatnaik selepas pelajar2 menghasilkan roket air masing2 dalam perbengkelan nanti..tunggu ya...

Khamis, 13 Oktober 2011

Hai...

Are you working on a school water rocket contest?


Do you like building your own water rocket?

Do you need a design for a high-performance water rocket?

Do you need a rocket launcher to launch your water rocket?

Are you a teacher looking for help with your water-rocket science project or contest?



You've come to the right place!

Rabu, 12 Oktober 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PTPR UNIVERSITI MALAYA 2011

SMK Merchang ungguli teknologi roket



WAKIL peserta dari SMK Merchang iaitu (dari kanan) guru pengiring, Othman Ariffin, bersama pelajarnya, Khairul Afiq Ahmad Muhid dan Muhammad Faiz Azmi Sharan menerima piala kemenangan daripada Mustafa.
--------------------------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN Teknologi Pelancaran Roket 2011 Peringkat Kebangsaan (PTPR2011) anjuran Agensi Angkasa Negara yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang dari Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Universiti Malaya (UM).

Berlangsung di Padang Varsiti, UM, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket merupakan suatu kaedah terjemahan penggunaan dan penerapan minat dalam bidang sains angkasa kepada para pelajar dan masyarakat secara amnya.

Dalam pertandingan selama tiga hari itu, para peserta dikehendaki mereka dan mencipta model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter. Model roket itu digunakan untuk melakukan beberapa misi pelancaran ke udara.

Bagi melancarkan roket, para peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan alatan pelancar serta kombinasi tekanan air dan udara. Pemahaman mengenai konsep dan aplikasi sains adalah penting untuk diadaptasi ketika menghasilkan roket air tersebut.

Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Seramai 32 peserta daripada 16 buah pasukan mewakili 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan telah menyertai pertandingan pada tahun ini.

PARA peserta dikehendaki mereka model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter.


--------------------------------------------------------------------------------
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata setelah sembilan tahun program tersebut dilaksanakan, ia telah menjadi semakin matang.

"Ini dapat dilihat dengan daya kreativiti para peserta. Malah, saya juga difahamkan bahawa format pertandingan PTPR2011 kali ini meliputi aspek-aspek teknikal seperti pembentangan projek, ketepatan sasaran, payung terjun dan juga aspek lain yang berkaitan.

"Saya melihat bahawa pendekatan ini adalah amat penting. Selaras dengan Program Penggalakan Sains Dan Matematik 2011 dan Tahun Sains Malaysia 2012 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kami berharap pertandingan ini dapat membantu para pelajar kepada pemikiran lebih kreatif dan inovatif," kata beliau yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Ternyata, kejayaan yang diperoleh SMK Merchang tidak sia-sia. Setelah lima tahun mencuba nasib tanpa jemu, akhirnya kemenangan berpihak pada mereka.

Sebagai juara, pasukan sekolah itu menerima Piala Pusingan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, piala dan pingat emas, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Astroview 100mm EC Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Mereka juga akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Asia Pasifik APRSAF-18 Water Rocket Event pada bulan Disember ini di Singapura.

Tempat kedua telah dimenangi oleh SMK Sungai Besar, Selangor. Pasukan ini membawa pulang piala perak dan pingat perak, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop SpaceProbe 130 EQ Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Sementara itu, pasukan SMK Abi dari Perlis menduduki tempat ketiga dan menerima piala dan pingat gangsa, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Starblast 4.5 EQ Reflector dan Kit DIY Galileoscope.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Roslina Mohd. Roslin dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UM, Prof. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor.

Sumber : Harian Kosmo 12/10/2010
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Isnin, 3 Oktober 2011

Pengumuman.....

Saya hanya menjual pelancar roket air  (RM200) dan CD bagaimana untuk menghasilkan roket air yang  baik (RM30) dan tidak menjual roket air /roket botol harap maklum......

tempahan bagi pelancar roket air dan CD roket air masih boleh dibuat sekarang sebelum harga dinaikkan...harap maklum......

Isnin, 26 September 2011

Pengumuman


Salam 1 M'sia

Satu bengkel menghasilkan roket paracut dan pertandingan akan diadakan selepas peperiksaan PMR 2011 bagi pelajar-pelajar Ting 3 daerah Segamat. Anjuran bersam antara Unit Koakademik dan SMK Maokil. Pelajar-pelajar dan guru penasihat yang berminat sila tunggu surat daripada PPd segamat.

Cadangan Bengkel: membina roket paracut yang menggunakan mekanisma aktif untuk mengeluarkan payung terjun.

terima kasih

Sabtu, 27 Ogos 2011

Salam EidulFitri.....

kad raya Pictures, Images and Photos

Kepada semua peminat2 roket air...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI....yang bakal tiba nanti, semoga bergembira selalu.....

Selasa, 16 Ogos 2011

Gimik Pelancaran Minggu Sejarah 2011

Kepada ahli Kelab Roket Air,

Satu gimik pelancaran roket air yang mengeluarkan asap putih sama seperti pelancaran roket betul2 punya akan dilakukan sempena Minggu Sejarah akan datang...

semua ahli kelab diminta bersedia dengan konsep pelancaran masing2. Peserta yang terbaik akan dipilih untuk mempersembahkan gimik pelancaran semasa merasmikan minggu sejarah nanti....

Hasil kan satu idea yg paling kraetif..... selamat mencuba...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Salam 1 Malaysia

Maaf kerana tidak dapat untuk menghantar post terbaru berkaitan dengan roket air, sekarang tengah sibuk dengan program kecemerlangan pendidikan di peringkat daerah dan sekolah.

Untuk makluman semua pelajar2 di daerah segamat

sebagai persediaan FST tahun hadapan, satu bengkel pembinaan roket air akan diadakan selepas peperiksaan UPSR dan PMR bagi pelajar2 tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 3 sekolah menengah. Maklumat lanjut akan disiarkan dalam blog ini sedikit masa lagi....

harap maklum...

Rabu, 25 Mei 2011

PTPR 2011 Negeri Johor

PTPR Negeri Johor 2011 telah berlangsung di SMK Seri Kenangan pada 24-26 Mei 2011

Berikut merupakan gambar2 semasa pertandingan yang dapat dirakamkan



keputusan penuh akan dimuatnaik sedikit masa lagi, sila berkunjung ke laman ini semula

KEPUTUSAN PENUH
1. Rekabentuk Roket Air - SMK Maokil

Selasa, 24 Mei 2011

PTPR 2011

 

Carta alir perjalanan program Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Tahun 2011 (sumber: ANGKASA)

State Level PTPR2011*
April – 23 July 2011
National Level PTPR2011
24 – 26 July 2011 (Sunday – Tuesday)
Varsity Green, University of Malaya
Kuala Lumpur
APRSAF-18 Water Rocket Event
December 2011
Singapore
Note: *The State Level PTPR2011 will be organized by the State Education Department.

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru2 di Msia....jasa dan pengorbanan anda amat dihargai dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat...