iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 31 Oktober 2011

Makluman..

Kepada pelajar2 di daerah segamat, satu surat berkaitan dengan pertandingan roket air bagi pelajar2 selepas PMR telah dihantar ke sekolah masing2. Sila berurusan dengan guru penasihat roket air sekolah masing2. Pertandingan akan diadakan pada 10 /11/2011 nanti

Khamis, 27 Oktober 2011

Pelancar roket air yang di ubahsuai......

Salam 1 malaysia,

Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari johor @ di seberang lautan..

Pandangan sisi


Pandangan sisi


Pandangan depan

Pandangan atas

Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan. 

Ciri2:
1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan
2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg)
3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj
4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran
5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload
6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....
7. Senang dibawa ke mana2
8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul
9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah
10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++
11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang baru.

p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.

"HARGA BARU BULAN APRIL 2012,
HARGA SEKARANG RM250 SEUNIT TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK-TAMBAHAN RM50 BAGI KOS PENGHANTARAN)
PENGHANTARAN DALAM MASA 3-7 HARI BEKERJA-MELALUI POS LAJU/SKYNet.
HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG....


"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM250 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"

Harga bukan RM450....., Bukan RM350....... hanya RM300  untuk 10 unit terakhir sahaja.....
terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan. Sila buat tempahan sekarang.  Sila SMS/Call 013-7394353 utk tempahan.

Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353(Azmi)

Khamis, 20 Oktober 2011

Perbengkelan roket Air di SK Maokil 2 bagi kali ke 3 - Program selepas UPSR

Alhamdulillah, sekali lagi perbengkelan roket air dapat diadakan dengan jayanya di SK Maokil 2. Sebanyak 9 kumpulan pelajar tahun 6 yang sedang menunggu keputusan UPSR telah berjaya menyiapkan roket air jarak jauh dan roket air payung terjun masing2 dengan dibantu oleh 4 orang fasilitator daripada sekolah menengah iaitu Saudara Fazli, Fikri, Wan dan Anafizi (pelajar ting 3 smk maokil 2011). Terima kasih di ucapkan kepada cikgu rosli yang telah menjemput cikgu untuk program selepas UPSR ini dan juga tidak lupa kepada En Ravi, GPK Kokurikulum SK Maokil 2 yang sama2 mengikuti perbengkelan tersebut.

Berikut merupakan gambar2 yang sempat cikgu rakamkan semasa perbengkelan tersebut berlangsung.

Rabu, 19 Oktober 2011

Roket Air Sensitif Kelajuan...mekanisma aktif untuk mengeluarkan payung terjun



mekanisma yang membantu mengeluarkan payung terjun



Pengunci yang sensitif kepada kelajuan akan ternaik ke atas pada puncak ketinggian roket air


Getah gelang disambungkan di bahagian kiri dan kanan (pada bahagian yg berwarna hijau)

ujian pelancaran roket air mekanisma aktif - roket air sensitif kelajuan

Isnin, 17 Oktober 2011

Illustrasi roket air mekanisma aktif untuk mengembangkan payung terjun

Salam 1 msia,

Pada catatan hari ini saya akan memperkenalkan satu lagi mekanisma aktif untuk mengeluarkan dan mengembangkan payung terjun. Mekanisma ini saya namakannya mekanisma sensitif kelajuan. Mekanisme ini akan dibengkelkan kepada pelajar2 Ting 3 bagi pengisian program selepas PMR 2011. Pengujian & pertandingan akan dijalankan selepas seminggu daripada bengkel berlangsung. Ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar2 untuk menambah baik roket masing2 dan juga menambahbaik mekanisma sensiti kelajuan yang dihasilkan oleh mereka.....

Illustrasi diagram roket yang dipasangkan mekanisma sensitif kelajuan adalah seperti di bawah:





 Gambar sebenar akan dimuatnaik selepas pelajar2 menghasilkan roket air masing2 dalam perbengkelan nanti..tunggu ya...

Khamis, 13 Oktober 2011

Hai...

Are you working on a school water rocket contest?


Do you like building your own water rocket?

Do you need a design for a high-performance water rocket?

Do you need a rocket launcher to launch your water rocket?

Are you a teacher looking for help with your water-rocket science project or contest?



You've come to the right place!

Rabu, 12 Oktober 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PTPR UNIVERSITI MALAYA 2011

SMK Merchang ungguli teknologi roket



WAKIL peserta dari SMK Merchang iaitu (dari kanan) guru pengiring, Othman Ariffin, bersama pelajarnya, Khairul Afiq Ahmad Muhid dan Muhammad Faiz Azmi Sharan menerima piala kemenangan daripada Mustafa.
--------------------------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN Teknologi Pelancaran Roket 2011 Peringkat Kebangsaan (PTPR2011) anjuran Agensi Angkasa Negara yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang dari Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Universiti Malaya (UM).

Berlangsung di Padang Varsiti, UM, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket merupakan suatu kaedah terjemahan penggunaan dan penerapan minat dalam bidang sains angkasa kepada para pelajar dan masyarakat secara amnya.

Dalam pertandingan selama tiga hari itu, para peserta dikehendaki mereka dan mencipta model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter. Model roket itu digunakan untuk melakukan beberapa misi pelancaran ke udara.

Bagi melancarkan roket, para peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan alatan pelancar serta kombinasi tekanan air dan udara. Pemahaman mengenai konsep dan aplikasi sains adalah penting untuk diadaptasi ketika menghasilkan roket air tersebut.

Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Seramai 32 peserta daripada 16 buah pasukan mewakili 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan telah menyertai pertandingan pada tahun ini.

PARA peserta dikehendaki mereka model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter.


--------------------------------------------------------------------------------
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata setelah sembilan tahun program tersebut dilaksanakan, ia telah menjadi semakin matang.

"Ini dapat dilihat dengan daya kreativiti para peserta. Malah, saya juga difahamkan bahawa format pertandingan PTPR2011 kali ini meliputi aspek-aspek teknikal seperti pembentangan projek, ketepatan sasaran, payung terjun dan juga aspek lain yang berkaitan.

"Saya melihat bahawa pendekatan ini adalah amat penting. Selaras dengan Program Penggalakan Sains Dan Matematik 2011 dan Tahun Sains Malaysia 2012 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kami berharap pertandingan ini dapat membantu para pelajar kepada pemikiran lebih kreatif dan inovatif," kata beliau yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Ternyata, kejayaan yang diperoleh SMK Merchang tidak sia-sia. Setelah lima tahun mencuba nasib tanpa jemu, akhirnya kemenangan berpihak pada mereka.

Sebagai juara, pasukan sekolah itu menerima Piala Pusingan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, piala dan pingat emas, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Astroview 100mm EC Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Mereka juga akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Asia Pasifik APRSAF-18 Water Rocket Event pada bulan Disember ini di Singapura.

Tempat kedua telah dimenangi oleh SMK Sungai Besar, Selangor. Pasukan ini membawa pulang piala perak dan pingat perak, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop SpaceProbe 130 EQ Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Sementara itu, pasukan SMK Abi dari Perlis menduduki tempat ketiga dan menerima piala dan pingat gangsa, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Starblast 4.5 EQ Reflector dan Kit DIY Galileoscope.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Roslina Mohd. Roslin dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UM, Prof. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor.

Sumber : Harian Kosmo 12/10/2010
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Isnin, 3 Oktober 2011

Pengumuman.....

Saya hanya menjual pelancar roket air  (RM200) dan CD bagaimana untuk menghasilkan roket air yang  baik (RM30) dan tidak menjual roket air /roket botol harap maklum......

tempahan bagi pelancar roket air dan CD roket air masih boleh dibuat sekarang sebelum harga dinaikkan...harap maklum......

Isnin, 26 September 2011

Pengumuman


Salam 1 M'sia

Satu bengkel menghasilkan roket paracut dan pertandingan akan diadakan selepas peperiksaan PMR 2011 bagi pelajar-pelajar Ting 3 daerah Segamat. Anjuran bersam antara Unit Koakademik dan SMK Maokil. Pelajar-pelajar dan guru penasihat yang berminat sila tunggu surat daripada PPd segamat.

Cadangan Bengkel: membina roket paracut yang menggunakan mekanisma aktif untuk mengeluarkan payung terjun.

terima kasih

Sabtu, 27 Ogos 2011

Salam EidulFitri.....

kad raya Pictures, Images and Photos

Kepada semua peminat2 roket air...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI....yang bakal tiba nanti, semoga bergembira selalu.....

Selasa, 16 Ogos 2011

Gimik Pelancaran Minggu Sejarah 2011

Kepada ahli Kelab Roket Air,

Satu gimik pelancaran roket air yang mengeluarkan asap putih sama seperti pelancaran roket betul2 punya akan dilakukan sempena Minggu Sejarah akan datang...

semua ahli kelab diminta bersedia dengan konsep pelancaran masing2. Peserta yang terbaik akan dipilih untuk mempersembahkan gimik pelancaran semasa merasmikan minggu sejarah nanti....

Hasil kan satu idea yg paling kraetif..... selamat mencuba...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Salam 1 Malaysia

Maaf kerana tidak dapat untuk menghantar post terbaru berkaitan dengan roket air, sekarang tengah sibuk dengan program kecemerlangan pendidikan di peringkat daerah dan sekolah.

Untuk makluman semua pelajar2 di daerah segamat

sebagai persediaan FST tahun hadapan, satu bengkel pembinaan roket air akan diadakan selepas peperiksaan UPSR dan PMR bagi pelajar2 tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 3 sekolah menengah. Maklumat lanjut akan disiarkan dalam blog ini sedikit masa lagi....

harap maklum...

Rabu, 25 Mei 2011

PTPR 2011 Negeri Johor

PTPR Negeri Johor 2011 telah berlangsung di SMK Seri Kenangan pada 24-26 Mei 2011

Berikut merupakan gambar2 semasa pertandingan yang dapat dirakamkan



keputusan penuh akan dimuatnaik sedikit masa lagi, sila berkunjung ke laman ini semula

KEPUTUSAN PENUH
1. Rekabentuk Roket Air - SMK Maokil

Selasa, 24 Mei 2011

PTPR 2011

 

Carta alir perjalanan program Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Tahun 2011 (sumber: ANGKASA)

State Level PTPR2011*
April – 23 July 2011
National Level PTPR2011
24 – 26 July 2011 (Sunday – Tuesday)
Varsity Green, University of Malaya
Kuala Lumpur
APRSAF-18 Water Rocket Event
December 2011
Singapore
Note: *The State Level PTPR2011 will be organized by the State Education Department.

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru2 di Msia....jasa dan pengorbanan anda amat dihargai dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat...

Pertandingan Roket Air Peringkat Negeri Johor

Salam 1 M'sia

Pertandingan roket air bagi peringkat Negeri Johor akan berlangsung pada 25-26 Mei nanti di daerah Segamat, Cg doakan semoga pada tahun ini SMK Maokil yang mewakili daerah segamat akan mendapat kejayaan yang membanggakan.

Kepada Wan dan Hanapeze, kuatkan semangat dan gandakan usaha, jgn mudah berputus asa...anda tentu berjaya.

Sila kembali semula ke laman blog ini untuk melihat gambar2 semasa pertandingan dan keputusan pertandingan nanti, cg akan cuba mendapatkan gambar2 semasa pertandingan nanti. Bagi yang berkelapangan masa dijemput ke Segamat bagi memeriahkan acara.

tq

Khamis, 12 Mei 2011

Are you working on a school water rocket contest?

Do you like building your own water rocket?

Do you need a design for a high-performance water rocket?

Do you need a rocket launcher to launch your water rocket?

Are you a teacher looking for help with your water-rocket science project or contest?


You've come to the right place!

Khamis, 5 Mei 2011

Pencapaian sehingga tahun 2013


2013-Johan Kategori Roket Terbuka PTPR Negeri Johor 2013
2013-Tempat ke 8 keseluruhan PTPR Negeri Johor (drpd 19 pasukan yang menyertai PTPR)
2013-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri PTPR di KRAMSAU Desaru, Kota Tinggi


2012-Johan Roket Payung Terjun Sempena Karnival Kokurikulum Negeri Johor 2012
2012-Tempat ke 2, Roket Payung Terjun FST Peringkat Negeri Johor
2012-Wakil daerah segamat ke Pertandingan Negeri FST di Pontian
2012-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket daerah Segamat (FST)
2012-Tempat ke 2 Roket Payung Terjun Daerah Segamat (FST)
2012-Tempat ke 3 Roket Sasaran Daerah Segamat (FST)

2012-Johan Kategori Roket Terbuka PTPR Negeri Johor
2012-Tempat ke 9 keseluruhan PTPR Negeri Johor (drpd 29 pasukan yang menyertai PTPR)
2012-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri PTPR di ADTEC Bt Pahat 

2011-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Cabaran Selepas PMR Daerah Segamat
2011-Johan Roket Sasaran Cabaran Selepas PMR Daerah Segamat

2011-Johan kategori Roket Reka Bentuk Terbaik Negeri Johor
2011-Tempat ke 2 Roket Sasaran Negeri Johor
2011-Tempat ke 3 Roket Payload Negeri Johor
2011-Tempat ke 3 Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Negeri Johor
2011-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri
2011-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat
2011-Johan Roket Sasaran Daerah Segamat
2011-Tempat ke 2 Roket Payung Terjun Daerah Segamat

2010-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Sempena Karnival KoKurikulum Parlimen Pagoh
2010-Johan Roket Sasaran Sempena Karnival Kokurikulum Parlimen Pagoh
2010-Johan keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan Maokil
2010-Tempat ke 3 Roket Sasaran Daerah Segamat

2009-Wakil Daerah ke Pertandingan Negeri
2009-Tempat ke 2 keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat
2009-Tempat ke 2 Roket Sasaran Daerah Segamat
2009-Tempat ke 3 roket Payung Terjun Daerah Segamat

2008-Johan Roket Payung Terjun peringkat Negeri Johor
2008-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri
2008-Johan keseluruhan teknologi pelancaran roket menengah rendah Daerah Segamat
2008-Johan Roket Sasaran menengah rendah Daerah Segamat
2008-Tempat ke 3 Roket Payung Terjun menengah rendah Daerah Segamat
2008-Johan Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2007-Tempat ke 3 Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2006-Tempat ke 4 Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2005-Penyertaan

2004-Penyertaan

Rabu, 4 Mei 2011

Keputusan Teknologi Pelancaran Roket 2011 Daerah Segamat

Salam 1 msia

Keputusan penuh dan gambar2 yang lebih banyak semasa pertandingan teknologi pelancaran roket akan dimuatnaik sedikit masa lagi....sila lawati semula laman blog ini......




KEPUTUSAN

ROKET PAYUNG TERJUN
No 1 : SMK Buluh Kasap (masa maksimum - 15 minit/hilang dari pandangan)
No 2 : SMK Maokil (11 minit - hilang dari pandangan)
No 3 : SMK Dato' Ahmad Arshad (5 minit 21.25 saat)

ROKET SASARAN
No 1 : SMK Maokil (jarak dari bull's eye - 1.78 m)
No 2 : SMK Seri Kenangan
No 3 : SMK Dato Ahmad Arshad

JOHAN KESELURUHAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2011 DAERAH SEGAMAT
SMK MAOKIL

Tahniah diucapkan kepada pelajar2 yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.














Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T.....Bagi anak2 buah cg.....wan mohd nizam b wan esa dan Mohamad Hanapeze bin Md Yusuf...cg ucapkan syabas! anda semua boleh lakukan jika ada keinginan dan semangat tidak mudah mengalah.....tahun ini misi kita adalah untuk mewakili negeri johor ke pertandingan kebangsaan yang akan diadakan selepas cuti pertengahan penggal nanti di negeri Selangor...  semoga cubaan kali ke 3 smk maokil ke pertandingan peringkat kebangsaan dan pertandingan Universiti Malaya akan berhasil pada tahun ini....