iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Jumaat, 11 Mac 2011

MAKLUMAN.....

Saya akan pulang bercuti ke Besut,TRG dari 12 Mac - 18 MAc 2011, Sebarang urusan penghantaran pelancar roket air  hanya akan dapat dijalankan selepas 18 Mac. Walaubagaimana pun tempah pelancar masih berjalan seperti biasa. Sila SMS/email kepada saya untuk tempahan...013-7394353 / azmi.jaaffar@yahoo.com.my.

Isnin, 7 Mac 2011

Persembahan Power Point berkaitan dengan Roket Air

Kepada peminat2 roket air

kat sini ada persembahan powerpoint berkaitan dengan roket air, semoga ianya dapat membantu anda menerangkan teori/prinsip berkaitan dengan penerbangan roket air

Klik di sini untuk muat turun

tq

Pertandingan Roket Air Kat UTM Skudai Johor.....

Kepada yang berminat, sila ambik perhatian UTM Skudai johor akan mengadakan pertandinagan roket air paracut dan payload. Sila berhubungan dengan mereka jika berminat.....no hp nanti saya akan masukkan kat sini bila saya dapat hubungi mereka..... Kalau tak silap tarikh nyer pd 26/27 dan 28 Mac 2011 akan datang

tq

Ahad, 6 Mac 2011

Building a Model Rocket Parachute Recovery System

Author: By Dr. Jean Potvin
Parks College Parachute Research Group
This letter was written to a student interested in recovering his rocket with a parachute after the rocket's powered flight. The question was: "How large should the parachute be?"

We based our answer on the following design philosophy: Since rocket payload needs to be kept small, the parachute should be designed as small as possible. Also, using a small chute implies a more vertical and faster descent. In other words, using a large parachute usually leads to more horizontal drift due to winds aloft... i.e. more chances to lose the rocket in neighbor McNasty's backyard.

So how small should the parachute be? It depends on how much shock the rocket can take on landing since the faster the descent, the more risk for damage.

So here is the rest of the letter:

.....we can't answer your question about your deployment problems. We need more details (are you using solid rocket motors that are commercially available? ...usually these motors ingnite at the top for chute extraction once the thrust at the bottom has been exhausted).

Parachute design: how big the chute?
It depends on two factors:
payload + chute weight allowable
descent speed under parachute

Usually, you want the smallest (or lightest) chute to accomodate payload requirements. But, the smaller the chute the faster the descent. the harder the rocket hits the ground (...although it would not drift away from the drop zone as much during a windy day...).

To estimate the max descent speed your rocket can take under parachute, you could do this: drop the rocket (or an old prototype) from height "d" -without the parachute. The velocity reached when it hits the ground is given by


v = squareroot( 2 g d)
g = 32.17 ft/sec^2 (English units) or 9.81 m/sec^2 (Metric)

d= height in feet (English) or meters (Metric)

v = velocity in ft/sec (English) or m/sec (Metric)


The maximum drop height from which the rocket can be dropped without breaking determines the max parachute descent velocity. Once you have determined that max velocity, use the following formula to find out the chute's optimal surface area:


       2 W
S = -----------
      rho CD (v^2)


where
CD = parachute drag coefficient which is approx 0.75 for a chute without holes or slits cut in the fabric; same value in both Metric and English unit systems

rho at sea level =  0.00237 sl/ft^3 (English units) and 1.225 Kg/m^3 (Metric)

rho near 4000 ft or 1219 m above sea level =  0.00211 sl/ft^3 (English units) and approx. 1.07 Kg/m^3 (Metric)

W = weight of the parachute + load, in pounds (English) or Newtons (Metric)

v^2 = square of the vertical descent velocity,

where v is expressed in ft/sec (English) or m/sec (Metric)

S is the parachute's surface area when measured on a flat surface,

in ft^2 (English) or m^2 (Metric).



What is the diameter of the chute when it lays flat on the floor (assuming that it is a circular piece of fabric)?

diameter = 2 squareroot of (S / 3.1416)

To improve on the stability of the chute during descent it would be a good idea to cut a hole (covering about 10 percent of surface area) at the apex of the canopy. That way the rocket won't oscillate too much and the descent will follow a straight line.

There are other designs to improve stability besides cutting a vent at the apex, see article by Dr. C. W. Peterson in Physics Today, August 1993 The magazine Physics Today can be found at university and college libraries.


Making a model rocket parachute

Constructing a model rocket parachute is very simple: just cut a piece of fabric in the shape of a circle. The fabric type (for experimental/toy parachutes only of course!) can be 1. cut from a plastic garbage bag (which is OK but won't last very long and will puncture easily, or even better, 2. the nylon fabric used on tents. (Real parachutes use a reinforced version of that nylon).



For detailed info about parachute design and rigging:

D. Poynter, The Parachute Manual-Vols 1&2, Para Publishing, Santa Barbara, CA

T.W. Knacke, Parachute Recovery Systems Design Manual, Para Publishing, Santa Barbara, CA

Also, see the following web page:

Aerodynamic Decelerator Technology

Isnin, 7 Februari 2011

Penyambungan 2 botol 1.5 L

Salam 1 Msia

Ramai yang bertanyakan saya bagaimana kita dapat menyambungkan 2 botol untuk dijadikan badan roket air. Kalau anda mengikuti blog ini, ada 1 artikel yang saya tunjukkan bagaimana kita dapat menyambungkan 2 botol untuk dijadikan badan roket menggunakan teknik pemyambungan injap.

Selain daripada teknik penyambungan injap di bawah ini merupakan satu lagi teknik yang dapat digunakan iaitu teknik 'splicing'. Teknik ini saya perolehi daripada group perbincangan roket air. Untuk keterangan lebih lanjut sila lawati laman web ini.

http://wrockets.trib-design.com/index.php?project=nick&page=splicing

Video:
http://www.youtube.com/watch?v=Fkt51EHTK6g
http://www.youtube.com/watch?v=Fkt51EHTK6g&feature=related



Penerangan yang lebih lanjut, sila download artikel di bawah :

Download di sini

Semoga dapat membantu.......tq

Ahad, 6 Februari 2011

permohonan maaf

Kepada cg habibah ujang,

Ana mintak maaf byk2 sebab tertinggal injap angin keluar dan air keluar. Ana akan hantar secepat mungkin injap tersebut dan mintak jasa baik Anti utk pasangkan/gam kan injap tersebut pada pelancar yang sudah dihantar...... mungkin hari 2 kelam kabut nak cepat hantar sampai tertinggal alat yg sang penting tu....sori......

Selasa, 25 Januari 2011

video cara untuk memasang pelancar roket air

Salam 1 malaysia,

Pautan di bawah merupakan video yang menunjukkan cara untuk memasang pelancar roket air yang dijual. Semoga ianya dapat membantu mereka yang membeli pelancar roket air tersebut daripada saya

sila muat turun di sini:
http://www.ziddu.com/download/8909001/caramemasangpelancarroketair.WMV.html


terima kasih,

Cara penggunaan pelancar roket h2o

Botol yang boleh digunakan sebagai badan roket h2o adalah apa saja jenis botol minuman bergas 1.5 L. cth 100 plus, merinda, coke, dll

Langkah2 penggunaan pelancar roket h2o.

1. Masukkan air ke dalam botol yg di jadikan badan roket h2o ( kebiasaanya 1/3 drpd isipadu botol)
2. Masukkan mulut botol pada pemegang botol sehingga bahagian bawah pemegang botol


3. Pastikan kabel plastik memegang bahagian mulut botol dgn kemas


4. Naikkan pengunci botol sehingga tidak kelihatan kabel plastik yg memegang mulut botol




5. Masukkan angin/pam sehingga mencapai 60 psi/ 4 bar (pam yg digunakan mesti yang mempunyai meter pengukur tekanan)
6.Turun kan pengunci botol ke bawah supaya bdn roket dapat terbang ke hadapan @ ke atas.

tq

azmi j

Jumaat, 31 Disember 2010

Salam

Selamat tahun baru dan selamat kembali semula ke sekolah......dengan azam yang baru. Insyallah pada tahun 2011 nanti saya akan cuba untuk menerbitkan artikel2 baru berkaitan roket air setelah sebulan rehat dikampung halaman.......jadi rajin2 lah untuk singgah menjenguk ke laman blog ini ya......

Salam 1 Malaysia

Salam kepada semua pelawat2 yang telah singgah di laman blog ini. Untuk makluman semua saya masih lg mempunyai 8 unit pelancar roket air yang telah siap sedia untuk penghantaran. Bayaran tunai  boleh dibuat  melalui akaun maybank. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut....


tq

Isnin, 22 November 2010

SELAMAT BERCUTI KEPADA PELAJAR2

Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar dan selamat menduduki peperiksaan SPM bg pelajar2 Ting 5 yang akan bermula esok. Doa cg semoga semuanya dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang nanti.....

Jumaat, 12 November 2010

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PTPR UNIVERSITI MALAYA 2010

Pelajar teruja pelancaran teknologi roket

Dr. Mustafa Din Subari (dua dari kiri melancarkan roket sebagai gimik pelancaran.
--------------------------------------------------------------------------------

TEKNOLOGI pelancaran roket merupakan sebahagian daripada ilmu sains angkasa yang mempunyai terjemahan cukup luas. Ia merujuk kepada pemahaman aplikasi hukum-hakam alam yang khusus untuk membolehkan roket meneroka ruang angkasa dengan stabil.

Membuka peluang mendedahkan golongan muda memahami ilmu tersebut, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bersama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran serta Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) Peringkat Kebangsan 2010 bermula 26 hingga 28 September lalu.

Memasuki tahun kelapan penganjuran, PTPR merupakan salah satu aktiviti merentas kokurikulum dengan penyertaannya dibuka kepada semua pelajar sekolah seluruh negara berusia antara 12 hingga 16 tahun.

Ia bermula sebagai projek perintis pada tahun 2003 di mana pertandingan tersebut ketika itu melibatkan sekolah-sekolah dari seluruh Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Hanya pada tahun 2004, ia dibuka kepada penyertaan sekolah-sekolah di seluruh negara dengan sekolah yang bergelar juara akan mewakili Malaysia ke pertandingan yang sama di peringkat rantau Asia Pasifik.

Menurut Ketua Pengarah ANGKASA, Dr. Mustafa Din Subari, pertandingan tersebut dilihat mampu membina modal insan terbaik sebagai penyumbang kepada pembangunan negara pada masa depan.

‘‘Ini kerana melalui pertandingan ini, para pelajar diberi pendedahan dan pemahaman mengenai bidang sains angkasa secara praktikal selain memupuk semangat berpasukan serta bersaing secara sihat.

‘‘Selaras dengan objektifnya untuk membudayakan pendekatan kreatif dan inovatif di kalangan pelajar, pertandingan ini juga mempunyai matlamat menggalakkan mereka melakukan kaedah kajian dan penyelidikan (R&D) dalam setiap pelaksanaan projek.

‘‘Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan segala teori dan konsep yang dipelajari di dalam kelas,’’ katanya ketika berucap pada perasmian penutup PTPR di UM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam usaha menjadikan bidang sains angkasa sebagai sesuatu yang menyeronokkan di samping menguji kemahiran peserta, setiap tahun, pertandingan tersebut cuba mengetengahkan cabaran yang berbeza.

Selain dua kategori yang dipertandingkan sebelum ini iaitu roket sasaran dan payung terjun, turut diperkenalkan kategori terbuka bagi memberi peluang kepada setiap pasukan mencipta roket dengan rekaan dan kreativiti sendiri tanpa melibatkan sebarang syarat.

Hari pertama pertandingan menyaksikan para peserta di beri masa selama enam jam untuk menyiapkan roket dan payung terjun menggunakan material yang disediakan.

Roket-roket itu kemudiannya akan disimpan tanpa membenarkan pelajar membuat sebarang modifikasi sehingga ia dilancarkan pada hari kedua dan ketiga.

Bagi kategori roket sasaran, para pelajar dikehendaki mencipta roket air mengunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter dengan mengaplikasikan teknik tekanan udara.

Melalui ciptaan itu, kreativiti para pelajar diperlukan untuk meminimumkan daya geseran agar roket dapat dilancarkan dengan sempurna ke ke sasaran paling jauh menggunakan alat pelancar.

Untuk kategori payung terjun pula, setiap pasukan perlu mencipta payung terjun dengan menggunakan kombinasi bahan seperti botol dan juga plastik.

Sebanyak 16 pasukan bertanding bagi kategori roket sasaran, 16 pasukan menyertai kategori payung terjun dan 10 pasukan kategori terbuka bagi merebut Piala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Setiap pasukan akan diwakili oleh dua orang pelajar dan seorang guru pengiring daripada sekolah-sekolah di 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan.


Pasukan yang menang bakal diterbangkan ke Melbourne, Australia pada 19 hingga 22 November depan untuk menyertai Pertandingan Roket Air di peringkat Asia Pasifik anjuran Asia Pasific Regional Space Agency Forum (ARPSAF).

‘‘Kita mengharapkan agar pasukan yang menang akan terus membuat persiapan dari segi kemahiran, pemahaman, aplikasi teori matematik dan sains serta semangat daya saing yang tinggi demi memastikan Malaysia menjadi juara,’’ jelasnya.

Rabu, 10 November 2010

Keputusan pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Parlimen Pagoh

Alhamdulillah, pada hari ini sekali lagi pasukan SMK Maokil dapat menunjukkan kejaguhan dalam acara teknologi Pelancaran Roket Parlimen Pagoh yang berlangsung di SMK Felcra Bukit Kepung.
Hanya 2 kategori roket sahaja yang dipertandingkan, kategori 'payload' tidak dipertandingkan hanya sebagai acara pertunjukkan sahaja.

SMK Maokil telah berjaya menjadi johan dalam acara roket sasaran (bulatan ke 2 iaitu diameter bulatan 3 m )
Keseluruhan : Johan keseluruhan

Tahniah cg ucapkan kepada peserta2 SMK Maokil yang berjaya mengharumkan nama sekolah. Teruskan usaha anda untuk berjaya diperingkat yang lebih tinggi lagi..........

Keputusan :
Roket sasaran : 2 drpd 7 buah sekolah berjaya mensasarkan roket air ke dalam bulatan (diameter 9 m)

Roket Paracut : 4 buah sekolah shj yang berjaya mengembangkan paracut masing2.
Banyak lagi penambah baikkan yg perlu dilakukan oleh pelajar2 bagi menghasilkan roket air yang menepati sasaran dan juga yang akan berjaya mengembangkan paracut masing2.
Gambar semasa perbengkelan roket air dan semasa pertandingan berlangsung.....

Selasa, 9 November 2010

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Perlimen Pagoh

Selamat bertanding diucapkan kepada pelajar2 yang akan menyertai pertandingan pelancaran roket perlimen Pagoh pada 10/11/2010.
kategori yang akan dipertandingkan ialah roket sasaran (markah -30%), roket payung terjun (markah-30%), roket payload (markah -40%)
Sebelum pertandingan satu perbengkelan roket akan diadakan, kemudian pelajar2 akan diberikan masa untuk menyediakan roket masing2.

Gambar2 pertandingan akan dimuatnaik selepas pertandingan berlangsung. sila kembali ke laman blog ini semula untuk melihat gambar2 semasa pertandingan b erlangsung.

Isnin, 25 Oktober 2010

Gambar semasa Gimik Perasmian Penutup Karnival IKTIRAF 2010

Alhamdulillah, program pelancaran roket h2o sempena gimik perasmian penutup Karnival IKTIRAF 2010 berjalan dengan lancar. Tahniah cg ucapkan kepada 6 orang pelajar yang terpilih untuk melancarkan roket pada hari tersebut..

walaupun roket payung terjunnya yang dibuat daripada kain bendera kurang cukup tinggi meluncur ke udara tetapi ketiga-tiga nya dapat mengembangkan payungnya sebagaimana yang diharapkan......ini lah bahagian yg cukup cg risaukan takut payung tak terbuka semasa pelancaran....

Sekali lagi tahniah untuk semua yang terlibat...



Terima kasih,

Ahad, 24 Oktober 2010

Gimik Perasmian Penutup Program IKTIRAF 2010

Pada hari ini kelab Roket H2O SMK Maokil telah dijemput untuk membuat persembahan semasa perasmian penutup Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga Felda) anjuran belia wilayah Segamat di padang awam Maokil.



Apa yang kita rancangkan ialah VVIP akan menarik tali yang disambungkan kepada pelancar semasa acara perasmian penutup dan ada lagi gimik lain....nak tengok datang maokil...heheheh3x

Berdebar2 rasanya nie takut apa yang dirancangkan tidak berjalan dengan lancar...cg harap 6 orang peserta yang terpilih dapat menjalankan tugas mereka dengan jayanya

hidup kelab roket h2o....anda semua boleh lakukan....


Video pertandingan pelancaran roket h2o - aktiviti selepas peperiksaan PMR 2010

Berikut merupakan video pelancaran roket sasaran dan payung terjun semasa pertandingan berlangsung.
harap bersabar...ada masalah utk dimuatnaik, nanti kalau dah dpt muatnaik cg akan letak kat sini.

video 1 roket sasaran

Video 2 roket payung terjun


video 3 roket payung terjun

gambar2 slide show semasa pertandingan berlangsung

Sabtu, 23 Oktober 2010

MEKANISMA AKTIF PEMBUKAAN PAYUNG TERJUN MENGGUNAKAN BELON UDARA

(Mekanisma ini di hasilkan melalui pembacaan pengarang daripada artikel yang dihasilan oleh Gary Ensmenger)

Langkah 1Sediakan muncung roket h2o anda daripada potongan botol minuman bergas 1.5 L

Langkah 2
Tiupkan satu belon udara agar saiznya muat untuk dimasukkan ke dalam muncung roket h2o yang anda sediakan tadi

Maklumat penting – Bahagian tepi muncung perlu dilubangkan iaitu pada bahagian bawah daripada kedudukan belon. Ini akan memberikan pengudaraan yang cukup bagi muncung untuk terpisah secara bebas pada puncak ketinggian, juga akan menghasilkan tekanan rendah di dalam muncung kerana udara akan disedut keluar semasa pelancaran dan akan melambatkan muncung daripada terpisah awal .

Berapa banyak lubang perlu dihasilkan bergantung kepada saiz dan bentuk belon anda, di sini memerlukan anda membuat eksperimen untuk menghasilkan satu muncung yang benar2 akan terpisah daripada badan roket ketika sampai kepuncak ke tinggian.


Langkah 3
Masukan belon tadi seperti gambar di bawah


Langkah 4
Lipat payung terjun yang akan di masukkan ke dalam muncung roket h2o anda dan letakkan di bahagian yang kosong di bawah belon yang anda masukkan tadi.


Langkah 5
Roket h2o anda siap sedia untuk dilancarkan, Apabila roket h2o anda dilancarkan muncung akan tertekan ke bawah. Apabila roket h2o mencapai puncak ketinggian belon akan kembali semula ke bentuk asal dan akan menolak muncung ke atas. Ini akan menyebabkan muncung akan terpisah daripada badan roket h2o anda. Akhirnya payung terjun akan mengembang di udara.



Selamat mencuba........ jika berjaya hantar kan gambar2 utk dikongsi dengan pembaca2 yang lain.....

Khamis, 21 Oktober 2010

Keputusan Penuh Pertandingan Roket H2O tertutup Menengah Rendah SMK Maokil dan Jemputan Sekolah Rendah Tahun 2010

Tarikh Pertandingan : 20 - 21 Oktober 2010

Tahniah kepada pemenang......pelajar2 smk maokil dan pelajar2 SK maokil 2

Jarak sasaran yang di pertandingkan ialah 90 m
Kategori Roket Sasaran: (Jarak dari pusat bulatan)
1. Kumpulan Bedal je....(2.94m)
2. Kumpulan Maokil 2B (SK Maokil 2)...(3.07m)
3. Kumpulan Upworld....(3.54m)
4. Kumpulan carlie Crew...(3.58m)

Kategori Roket Payung Terjun
1. Kumpulan islamiah....(1 minit 15.87 saat)
2. Kumpulan AK dan AC...(43.81 saat)
3. Kumpulan Maokil 2A (SK Maokil 2)...(39.06 saat)
4. Kumpulan Bedal je....(35.12 saat)

Johan Keseluruhan Pertandingan Roket H2O 2010
Kumpulan Bedal je......
tahniah, hadiah akan diberikan apabila hadiah yg telah ditempah oleh GPK sampai ke sekolah

Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada tahun hadapan...insyallah pertandingan akan diadakan sebelum Festival Sains dan Teknologi peringkat daerah berlangsung....