iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 9 November 2009

Gambar2 perbengkelan yang baru dimuat naik.

Buat semua peminat roket h2o, nie cg dah muat naikkan gambar2 yang diambil semasa perbengkelan di tiga tempat berasingan pada tahun ini.

1. Program penggalakkan sains SK Bukit Hampar, Segamat

2. Perbengkelan roket h2o kali ke 2 - aktiviti selepas PMR

3. Perbengkelan roket SK Maokil 2 - Aktiviti selepas UPSR

Gambar semasa pertandingan roket h2o jemputan kali pertama smk maokil akan cg muatnaik kan sedikit masa lagi....


tq

Rabu, 4 November 2009

Contoh Laporan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan laporan penuh pertandingan teknologi pelancaran roket h2o jemputan maokil kali pertama 2009

sila muat turun disini


tq

Selasa, 3 November 2009

Ujikaji......eksperimen....

Ada ramai yang bertanyakan cikgu bagaimana untuk memghasilkan satu roket sasaran yang baik (setiap kali pelancaran memasuki sasaran 'eye's bull')....jawapannya adalah ujikaji/eksperimen....

Sebelum anda membuat eksperimen, tentukan dahulu apakah pembolehubah yang ingin anda manipulasikan, tetapkan pembolehubah yang dimalarkan dan tentukan pembolehubah yang akan bergerakbalas (sama seperti anda melakukan eksperimen dalam subjek sains)

Sebelum anda menentukan pembolehubah, anda perlulah mengetahui apakah faktor2 yang mempengaruhi jarak penerbangan roket h2o/jarak sasaran. Antara faktor yang boleh difikirkan adalah :

1.Bentuk roket
2.Berat roket
3.Isipadu air yang akan digunakan
4.sudut sasaran (30,35,40,45....dll)
5.jenis pelancar
6.jarak pelancar dan sasaran
7.Tekanan yang dikenakan (cth 40 psi,50 psi, 60psi....dll)

Setelah itu, tetapkan apakah pembolehubah yang akan dimanipulasi dalam eksperimen anda (cth: isipadu air yan digunakan) dan juga apakah faktor yang akan bergerakbalas (cth: jarak sasaran)

Jika faktor isipadu air yang dimanipulasikan dan jarak sasaran sebagai pembolehuabah yang bergerakbalas telah dipilih, maka faktor2 lain seperti bentuk roket,berat roket,sudut sasaran,jenis pelancar perlulah ditetapkan (pembolehubah yang dimalarkan)

Buatlah hipotesis yang bersesuaian sepertimana anda telah belajar dalam subjek sains.
Kemudian lakukan eksperimen bagi menguji hipotesis yang telah anda buat.
Setiap kali eksperimen dibuat rekodkan data yang diperolehi....











Tarikh Isipadu Air Jarak
Sasaran
Catatan


Ini lah kunci kejayaan bagi membina roket h2o yang sentiasa memasuki 'eye's bull'

Perbengkelan Roket H2O di SK maokil 2



Pada 2/11, cg dan 10 orang pelajar ting 3 2009 telah di undang ke SK Maokil 2 bagi mengajar pelajar2 tahun 6 membina roket h2o masing2. Aktiviti berjalan dengan lancar dan pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 dapat menyaipkan 2 jenis roket h2o, sasaran dan paracut dengan dibantu oleh 10 orang pelajar ting 3.



Tahniah cg ucapkan kepada pelajar2 thn 6 SK Maokil 2 kerana begitu bersungguh2 menyaipkan roket masing2 selama 3 jam lebih perbengkelan berlangsung. Tidak lupa juga, cg ucapakan terima kasih kepada Guru Besar dan pihak pentadbiran SK maokil 2 kerana menjemput cg untuk mengadakan perbengkelan roket kepada pelajar2 thn 6 sebagai aktiviti selepas peperiksaan UPSR 2009. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada cg roslee dan cg haslizan yang bersama2 cg sepanjang perbengkelan tersebut berlangsung.





Pada pukul 12:00 tgh aktiviti pelancaran dijalankan bagi kedua2 roket h2o dijalankan.
Semua kumpulan berjaya menerbangkan roket sasaran lebih kurang 100 m. Walaubagaimanapun bagi roket paracut hanya 2 kumpulan sahaja yang roketnya berjaya mengembangkan paracut. Kumpulan lain mengalami masalah paracut samada paracut koyak semasa pelancaran ataupun tidak berjaya keluar daripada kon.





Secara umumnya, objektif perbengkelan ini telah berjaya dicapai bagi melatih pelajar2 membina roket h2o paracut dan sasaran.

Tahniah sekali lagi kepada pelajar2 tahun 6 dan guru2 yang terlibat....

semoga aktiviti ini dapat merancakkan lagi minat pelajar2 dalam bidang sains dan teknologi dan memperkembangkan roket h2o di daerah segamat dan malaysia...

Isnin, 2 November 2009

Contoh kertas Kerja Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket

Kepada cikgu2 @ sesiapa sahaja yang berminat untuk menganjurkan pertandingan teknologi pelancaran roket ini ada contoh kertas kerja yang ingin saya kongsi bersama-sama. Kertas kerja ini dibuat semasa saya menganjurkan pertandingan jemputan kali pertama smk maokil yang lepas.

Ingin muat turun.......Sila dapatkan di sini

Sabtu, 31 Oktober 2009

Utamakan Keselamatan

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khusus, antara nya



1)Selepas angin dimasukkan ke dalam roket h2o, anda dilarang sama sekali untuk berada berdekatan dengan roket h2o bagi mengelakkan kemalangan.



2) Semasa angin sedang dipam ke dalam roket air, pastikan rakan anda tidak melihat roket tersebut dari bahagian atas (pelancaran roket payung terjun)



3) Semasa angin sedang dipam ke dalam roket air, pastikan rakan anda tidak melintas dibahagian hadapan roket tersebut pelancaran roket sasaran)

Jumaat, 30 Oktober 2009

Bahaya kon (nose cone) semasa pelancaran roket paracut







Gambar di atas menunjukkan resiko yang dihadapi oleh peserta2 pelancaran roket paracut. Pastikan anda semua melihat ke atas semasa pelancaran dibuat dan perhatikan di mana kon akan jatuh untuk mengelakkan sebarang kecederaan.....

Sebagai langkah keselamatan, hanya yang akan melancarkan roket mereka sahaja yang dibenarkan berada berhampiran pelancar. Pastikan penonton berada 5-10 m dari tapak pelancaran.

Khamis, 29 Oktober 2009

Ada yang nak beli Pelancar....??

Ada permintaan drpd guru2 penasihat/pengiring daerah segamat untuk membeli pelancar yang cg gunakan semasa kejohanan peringkat daerah dan kejohanan smk maokil jemputan baru-baru ini.

Untuk makluman semua yang berminat, cg ada menjual pelancar tersebut pada harga RM150 seunit dan sumbangan yang anda berikan akan dimasukkan ke dalam akaun kelab roket dan rekacipta smk maokil. Harap maklum....sebarang tempahan boleh melalui email cikgu : azmi.jaaffar@yahoo.com.my


-SOLD OUT-

-SOLD OUT-

-SOLD OUT-
Untuk 20 unit terawal Diskaun RM80, harga promosi RM70 sahaja harap maklum. Siapa cepat dia dapat.....ler... (HARGA PROMOSI SUDAH TAMAT)


BENTUK PELANCAR ROKET DI ATAS SUDAH TIDAK DIJUAL- SILA LIHAT PELANCAR YANG DIUBAHSUAI - LEBIH KECIL DAN LEBIH RINGAN, SENANG UTK DIBAWA KEMANA2.

SILA KE PAUTAN INI UNTUK MELIHAT PELANCAR YANG DIUBAHSUAI klik di sini

Ciri-ciri
1. Boleh digunakan untuk pelancaran roket h2o sasaran dan roket h2o payung terjun
2. Mempunyai injap/valve air keluar
3. Mempunyai injap/valve keluar angin
4. Kaki boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki
5. Sudut boleh diukur menggunakan jangka sudut/Jangka sudut tidak disertakan
6. Alat ganti mudah didapati di kedai hardware
7. Alat ganti murah
8. Insya Allah....Selamat digunakan
9.Jaminan valve angin masuk selama 1 bulan. (cukup ler tuu....he2)


tq

PELANCAR ROKET AIR PADA HARGA PROMOSI TELAH HABIS DIJUAL....HARAP MAKLUM..... HARGA BARU SEKARANG ADALAH : RM 150 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POS LAJU)

Rabu, 28 Oktober 2009

Generasi Pelapis Roket h2o



Gambar ini diambil semasa kejohanan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan SMK Maokil kali pertama pada 26/10/2009.



Inilah barisan pelapis yang akan memperkembangkan lagi roket h2o.

Terima kasih diucapkan kepada Cg Normah, Cg Roslee, Cg Haslizan dan guru2 pengiring yang lain kerana membawa pelajar2 pra sekolah dan pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 menyaksikan pertandingan yang dijalankan di SMK Maokil. Pendedahan awal kepada pelajar2 sekolah rendah akan menambahkan minat para pelajar untuk memgetahui dengan lebih mendalam roket h2o.

Kepada pelajar2 tahun 6 SK Maokil 2 tunggu kehadiran cikgu dan fasilitator (pelajar ting 3) yang akan mengadakan bengkel pembinaan roket h2o pada 2/11 nanti.

Selasa, 27 Oktober 2009

Gambar Roket Sasaran

1..2...3.....zooooooom



Roket Sasaran yang baru dilepaskan daripada pelancaran, lihat lah daya tolakan air yang membantu roket h2o terbang kehadapan.



Sayang sekali kebanyakkan roket sasaran yang dihasilkan tidak berjaya memasuki bulatan sasaran (eye's bull) semasa pusingan pertama roket sasaran kejohanan teknologi pelancaran roket jemputan SMK Maokil tapi pada pusingan ke dua ada beberapa roket yang berjaya memasuki bulatan sasaran.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada cg baha, cg subra, cg fadzil dan cg alias yang menjadi hakim serta pembantu-pembantu padang pelajar2 ting 3 dan 4 yang telah bersusah payah membantu cikgu semasa pertanding roket jemputan SMK Maokil kali pertama diadakan. Anda semua memang profesional....and bezz. Tak lupa juga kepada cg zainal yang telah mengambil gambar2 yang menarik semasa pertandingan tersebut berlangsung. Tak lupa juga kepada pengurusan sekolah yang membenarkan program ini berlangsung. Dan akhir sekali kepada peserta2 dan guru pengiring yang sudi untuk bertarung....syabas cg ucapkan.......semoga roket h2o ini akan berkembang dengan pesat khususnya di Segamat dan amnya di Malaysia.....

Hidup roket h2o......

Gambar2 menarik Roket Payung Terjun



Foooyoooo....siap keluar macam berasap lagikan...



Nie ler gambar menarik yang ada pada link di bawah......dan banyak lagi akan di muat naikkan...jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat gambar2 tersebut

Isnin, 26 Oktober 2009

Gambar pertandingan..

Cikgu akan 'upload' kan gambar2 semasa pertandingan dalaman dan jemputan teknologi pelancaran roket hari ini untuk tatapan semua peminat2 roket air.

Sebahagian gambar yang menarik ada kat sini, klik 'link' di bawah


http://picasaweb.google.com/zainalmzabir/PertandinganPelancaranRoketJemputan2009LaunchOnly

Credit : Utk cg zainal zabir yang mengambil gambar2 semasa pertandingan dan memuatnaik gambar di piscaweb.google.com

Keputusan pertandingan Kejohanan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan SMK Maokil kali Pertama Tahun 2009

KATEGORI DALAMAN

Johan Roket Sasaran (jarak dari eye's bull-4.97 m)
1.Siti Nadia Bt Ngatiran
2.Nur Ain Bt Yahya

Naib Johan Roket Sasaran (jarak dari eye's bull-6.6 m)
1.Siti Nurzaharah Bt Mohd Mursani
2.Norul Atikah Bt Noorzin

Tempat ke Tiga Roket Sasaran (jarak dari eye's bull-7.8 m)
1.Mohd Adib B Samsudin
2.Mohd Hafizi B Azahar


Johan Roket Payload (catatan masa - 07.59 s)
1.Nura' Asikin Bt Kamisan
2.Siti Hajar Bt Esa

Naib Johan Roket Payload (catatan masa - 14.04 s)
1.Mohd Adib B Samsudin
2.Mohd Hafizi B Azahar

Tempat Ke Tiga Roket Payload (catatan masa - 16.61 s)
1.Mohd Ikhmal B Katman
2.Mohd Aziz B Mafrodi


Johan Roket Payung Terjun (catatan masa - 44.30 s)
1.Mohd Azam B Ramly
2.Mohd Aidil B Kamidi

Naib Johan Roket Payung Terjun (catatan masa - 28.54 s)
1.Nur Nadiah Bt Shafiie
2.Nur Faseha Bt Zailan

Tempat ke 3 Roket Payung Terjun (catatan masa - 28.26 s)
1.Nor Suhaila Bt Ngatdenan
2.Radin NoorFarahanna Afifi Bt Radin Roslee


KATEGORI JEMPUTAN

Johan Roket Sasaran SMK Maokil (A) (jarak dari eye's bull-2.15 m)
1.Mohd Hanapeze B Md Yusof
2.Wan Mohd Nizam B Wan Esa

Naib Johan Roket Sasaran SMK Bekok ((jarak dari eye's bull-4.27 m)
1.Muhamad Joefeeqa B Saadon
2.Muhamad Jauhari B Turiman

Tempat ke Tiga Roket Sasaran SMK Pemanis (jarak dari eye's bull-4.32 m)
1.Mohd Firaziq B Mohd Firdaus
2.Muhammad Fuad B Daud


Johan Roket Payload SMK Palong (B)(catatan masa - 8.52 s)
1.Nor Amirul Izwan B Mamat
2.Muhammad Qusyairi B Mohd Shah

Naib Johan Roket Payload SMK Seri Kenangan (A)(catatan masa - 14.49 s)
1.Noramira Bt Baba
2.Nur Farahamira Bt Jais

Tempat ke Tiga Roket Payload SMK Maokil (A) (catatan masa - 20.19 s)
1.Mohd Hanapeze B Md Yusof
2.Wan Mohd Nizam B Wan Esa


Johan Roket Payung Terjun SMK Dato Bentara Dalam (A)(catatan masa - 4 minit 08.58 s)
1.Muhamad Ali Ar Ridha B Ramlee
2.Mohd Syafiq Asyraf B Sulaiman

Naib Johan Roket Payung Terjun SMK Maokil (B)(catatan masa - 54.84 s)
1.Mohd Azzree Azzra B Alias
2.Muhd Firdaus B Senawi

Tempat ke Tiga Roket Payung Terjun SMK Seri Kenangan (B)(catatan masa - 52.88 s)
1.Nur Asilah Bt Abd Jalil
2.Siti Nurul Hidayah Bt Abd Salam


JOHAN KESELURUHAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET KATEGORI DALAMAN
1.Mohd Adib B Samsudin
2.Mohd Hafizi B Azahar

JOHAN KESELURUHAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET KATEGORI JEMPUTAN-SMK MAOKIL (A)
1.Mohd Hanapeze B Md Yusof
2.Wan Mohd Nizam B Wan Esa



Tahniah kepada yang menang.....cuba lagi pada tahun hadapan bagi yang tak berjaya.

Ahad, 25 Oktober 2009

Hadiah yang bakal di tawarkan kepada pemenang2 Kejohanan Teknologi Pelancaran Roket anjuran bersama SMK Maokil dan Rakan Muda Inovasi Kali Pertama



Nie hadiah yang akan di berikan kepada pasukan yang johan kategori payload, sasaran dan payung terjun peringkat dalaman. Hadiah tempat ke 2 dan ke 3 juga ada disediakan....

Cg ucapkan selamat melancarkan roket... kepada pelajar2 ting 3.



Nie hadiah yang akan di berikan kepada pasukan yang johan kategori payload, sasaran dan payung terjun peringkat jemputan. Hadiah tempat ke 2 dan ke 3 juga ada disediakan sama seperti peringkat dalaman.

Kepada semua peserta jemputan selamat bertanding.....smk maokil meletakkan 2 pasukan yang hebat untuk kategori jemputan ini bagi memberi cabaran kepada peserta2 lain.

Johan keseluruhan peringkat dalaman dan jemputan akan mendapat hadiah di bawah ini. Jadi, buatlah yang terbaik semasa pertandingan tersebut berlangsung untuk mendapatkan hadiah ini.




Selamat berjuang........

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kejohanan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan Maokil kali pertama

Kepada para peserta pertandingan teknologi pelancaran roket jemputan maokil kali ke 1cikgu ucapkan selamat bertanding pada 26/10 (isnin) nanti....semoga berjaya

Bagi peserta2 dan guru pengiring yang datang dari jauh cikgu doakan semoga semuanya selamat dalam perjalanan ke Maokil dan pulang semula nanti

untuk peserta2 smk maokil, anda memang hebat kerana sanggup membuat latihan setiap hari walaupun terpaksa membetulkan roket yang rosak selepas dilancarkan. Sikap tidak mudah putus asa beginilah yang cikgu2 maokil harapkan kepada anda semua. Anda mesti ingat untuk berjaya bukannya mudah......

Insyallah, kepada pengikut2 blog ini cg akan uploadkan gambar2 semasa pertandingan dan gambar2 roket h2o yang menarik untuk tatapan anda semua nanti, rajin2 lah jenguk blog ini ya........

Roket payload

Saiz kon(nose cone) dan cara lipatan payung sangat memainkan peranan dalam memastikan masa yang di ambil untuk payload mendarat ke bumi paling cepat.

Para pelajar hendaklah kreatif dalam mencuba pelbagai cara lipatan payung. Jika para pelajar memperolehi cara yang paling sesuai untuk lipatan payung sila emailkan kepada cikgu untuk dikongsi bersama2w dalam blog ini.

selamat mencuba..

Jumaat, 23 Oktober 2009

Roket payload

faktor lain yang boleh dikaji dalam menghasilkan roket payload yang baik ialah saiz kon (nose cone) dan juga panjang tali payung terjun yang digunakan.

Pelajar cikgu dah buat beberapa eksperimen dan masa yang diambil setakat ini tidak menunjukkan prestasi yang boleh dikatakan baik( lebih kurang 15 saat lebih masa yang diambil untuk payung terjun mencecah bumi).

Dari segi keselamatan kargo - telur yang digunakan setakat ini menunjukkan prestasi yang baik kerana dari 10 percubaan dilakukan 2 kali shj kargo rosak.

Selamat mencuba...

Khamis, 22 Oktober 2009

Roket payload

Ada ramai pelajar yang bertanyakan tentang bagaimana membina roket payload.

Cara pembinaan Roket payload sama seperti roket paracut(lihat di bahagian roket payung terjun dalam blog ini) cuma yang membezakannya adalah roket payload membawa kargo (sebarang benda - kebiasaannya telur). Kargo ini diikat kepada payung terjun. Semasa pelancaran, kargo diletakkan di bahagian atas roket (di dalam kon/muncung/nose cone). Kargo bersama2 payung akan terpisah daripada roket dan muncung.Payung akan terbuka/kembang dan membawa kargo ini turun secara perlahan-lahan.

Semasa pertandingan, kargo yang jatuh paling cepat dan tidak mengalami sebarang kerosakkan akan dikira sebagai pemenang.

Cabarannya di sini ialah bagaimana nak menghasilkan payung yang mampu membawa turun kargo dengan selamat dan paling cepat? Lakukan eksperimen untuk mendapatkan saiz payung yang sesuai bagi menurunkan kargo dengan selamat dan paling cepat... selamat mencuba, semoga berjaya.

Terkini pertandingan teknologi pelancaran roket

Setakat 21/10/2009 - ada 11 team pelajar ting 3 smk maokil dan 10 team jemputan yang telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan 26/10 nanti. Antara yang mengesahkan penyertaan ialah sekolah dari Daerah Btu Pahat (1 team) dan Daerah Pasir Gudang (1 team)

Kepada sekolah2 lain yang mendapat surat jemputan harap dapat memaklumkan secepat mungkin kepada saya melalui hp @ faks borang penyertaan ke sekolah. Penyertaan masih lagi dibuka sehingga hari jumaat 23/10/2009.

Terima kasih..