Isnin, 30 Mac 2009
Struktur Roket Air
Roket air boleh dibina dengan menggunakan botol minuman terpakai samada 1.5 L atau 1.25 L. Kebiasaannya di Malaysia, pertandingan yang dikelolakan menggunakan botol terpakai 1.5 L. Saya akan memperkenalkan kepada pembaca semua jenis-jenis botol yang biasa saya gunakan untuk menghasilkan roket air.
Isnin, 23 Mac 2009
PENGENALAN
Roket H20 adalah roket yang menggunakan kuasa tekanan udara dan air untuk terbang. Ketinggian tegak boleh melebihi bangunan 5 tingkat. Jarak mendatar penerbangannya boleh mencapai @ melebihi 100 meter bergantung kepada tekanan yang di kenakan (di pamkan ke dalam botol) dan isipadu air yang di masukkan ke dalam botol. Jarak yang dilalui juga bergantung kepada sudut sasaran semasa pelancaran. Kebiasaannya sudut yang akan menghasilkan jarak yang paling jauh adalah 45 darjah.
Untuk mendapatkan pembolehubah yang optimum bagi penerbangan sesuatu roket. Perkara-perkara yang saya nyatakan di bawah harus diambil perhatian
1) Jumlah isipadu air yang dimasukkan ke dalam botol
2) Tekanan yang dikenakan pada botol
3) Sudut penerbangan/sasaran
eksperimen perlu dijalankan bagi mendapatkan pembolehubah yang optimum bagi setiap roket yang dibina
selamat mencuba,
azmi j

Isnin, 2 Februari 2009
Roket H2O
Apakah roket Air @ H2O??
Roket yang di perbuat daripada botol minuman bergas (botol terpakai) dan boleh terbang ke udara menggunakan kuasa tekanan angin dan udara.
Bagaimana membina roket h2o??
Dalam blog ini saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana roket air @h2o ini dapat dibina. Saya berharap pembaca-pembaca dapat memberi komen yang berguna @ bermanfaat bagi meningkatkan lagi blog ini supaya ia boleh menjadi rujukkan kepada peminat-peminat roket air.
terima kasih
azmi j..

Langgan:
Catatan
(
Atom
)