iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 17 Februari 2014

ROKET 2 PERINGKAT

As Salam dan Salam 1 Malaysia

Di sini cikgu masukkan pautan untuk menghasilkan roket 2 peringkat, pelajar2 boleh mencubanya untuk merasai suasana permainan roket air yang lebih menarik dan mengujakan anda.

BAHAGIAN 1www.youtube.com/watch?v=pEgEEYqv0rk
BAHAGIAN 2www.youtube.com/watch?v=6gp3EiidZRk

www.instructables.com/id/Water-Rocket-2-Stage-Mechanism/

Selamat mencuba

Ahad, 16 Februari 2014

Pelancar Roket Air


Salam 1 malaysia,

Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari terengganu @ di seberang lautan..

Pandangan sisi


Pandangan sisi


Pandangan depan

Pandangan atas

Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan. 

Ciri2:
1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan
2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg)
3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj
4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran
5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload
6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....
7. Senang dibawa ke mana2
8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul
9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah
10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++
11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang baru.
12. Tahan lasak....

p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.

"HARGA BARU BULAN JANUARI 2016 -RM150,
HARGA SEKARANG MASIH LAGI RM300 SEUNIT TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK-TAMBAHAN RM100 BAGI KOS PENGHANTARAN)
PENGHANTARAN DALAM MASA 3-7 HARI BEKERJA-MELALUI POS LAJU/GEDEX EXP.
HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG....


"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM250 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"

Harga bukan RM450....., Bukan RM350....... hanya RM150  untuk 10 unit terakhir sahaja.....
terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan. Sila buat tempahan sekarang.  Sila SMS/Call 013-7394353 / 0109834353 utk tempahan.

Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353 / 0109834353(Azmi)






Sabtu, 15 Februari 2014

As Salam dan salam 1 malaysia

Agak lama cikgu tidak menulis dilaman blog ini disebabkan kekangan masa. Biasalah awal persekolahan sentiasa dibebani dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.

Cikgu cuma ini mengingatkan pelajar2 yang bakal mewakili daerah masing2 ke pertandingan teknologi pelancaran roket (PTPR 2014) yang bakal di adakan kalau tak silap di daerah Mersing tidak berapa lama lagi. Bersiap sedia dengan roket bagi 4 kategori pertandingan iaitu kategori perbentangan dalam bahasa inggeris, roket sasaran, roket payung terjun dan kategori roket terbuka.

Latihan dan persiapan awal akan meningkatkan potensi untuk mencapai kejayaan.

Jumpa di sana nanti

Khamis, 13 Februari 2014

Perbengkelan Roket Air SMK Bandar Putra Segamat

Salam 1 Malaysia.....

Tahniah kepada pelajar2 yang mengikuti bengkel pembinaan roket air sasaran dan payung terjun di SMK Bandar Putra Segamat pada 10/2/2014 yang lalu smpena Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah. Semua peserta menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan roket air yang terbaik. Terima Kasih cikgu ucapan kepada Cg Rajis dan Cg Kamarul Azlan yang sudi menjemput cikgu untuk berkongsi cara2 membina roket air. Semoga ilmu yang cikgu berikan dapat membantu pelajar2 menghasilkan roket air yang terbaik.
Jumpa nanti pada FST Daerah segamat yang akan diadakan nanti...

Berikut merupakan catatan peristiwa yang berjaya dirakamkan semasa program tersebut.

Dalam proses muatnaik..sabar ya..

KLIK DISINI