iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Selasa, 30 April 2013

SMK Maokil Mengekalkan kejaguhan bagi Tahun ke 3 Kategori R4

Salam 1 M'sia

Alhamdulillah, bagi tahun yang ke tiga berturut2 SMK Maokil masih lagi dapat mengekalkan kejaguhan dalam acara R4 - Kategori Roket Air Terbuka/Inovasi

Tahniah cg ucapkan kepada 2 orang pelajar yang masih dapat mengharumkan nama SMK Maokil di peringkat negeri iaitu:
1. Saudara Mohd Aizrul Izzral Bin Alias
2. Saudara Nadzmi Bin Abdul Rahman

From PTPR 2013 Negeri Johor Di KRAMSAU


walaupun tidak bernasib baik dalam pertandingan kategori R1 -pembentangan, R2- sasaran dan R3 - payung terjun tetapi keputusan bagi setiap satu kategori tersebut juga tidak menghampakan...
Keputusan bagi kategori R1, mereka mendapat tempat ke 8, bagi kategori R2- juga mendapat tempat ke 8 dan bagi kategori R3, nasib tidak menyebelahi mereka kerana catatan masa bagi roket payung terjun berjaya di pintas dalam pusingan ke 2 oleh SM Sains Kota Tinggi dan akhirnya mereka hanya berjaya menduduki tempat ke 4 shj....

Apapun cg ucapkan tahniah dan syabas...khas buat pelajar2 yang akan menyertai pertandingan pada tahun hadapan (jika berpeluang), sila lipat gandakan usaha anda bagi mencapai sasaran layak ke pertandingan PTPR kebangsaan di UM..

Isnin, 29 April 2013

Barisan guru pembimbing yang berdedikasi......

Salam 1 M'sia

Disebalik kejayaan pelajar......ada guru pembimbing yang sangat-sangat berdedikasi dan tidak jemu dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelajar sehinggalah munculnya juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan semasa PTPR 2013 Negeri Johor...TAHNIAH CIKGU!!!...




Semoga dapat bertemu lagi pada tahun hadapan jika diizinkan tuhan. Anda semua memang HEBAT....

Rakaman peristiwa semasa PTPR 2013 Negeri Johor

Untuk tatapan peminat2 roket air.....




Ahad, 28 April 2013

Keputusan penuh PTPR 2013 Peringkat Negeri Johor

Tahniah kepada yang berjaya!!!

Keputusan Kategori R1 - Pembentangan

1. SMKA MAAHAD MUAR (A)
2. SMKA MAAHAD MUAR (B)
3. SMK SRI RAHMAT, JB

Keputusan Kategori R2 - Sasaran

1. SMK LAYANG-LAYANG, KLUANG
2. SMK TAMAN MUTIARA RINI, JB
3. SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Keputusan Kategori R3 - Payung Terjun

1. SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
2. SM SAINS KOTA TINGGI
3. SMK DATO' AHMAD ARSHAD, SEGAMAT

Keputusan Kategori R4- Terbuka

1. SMK MAOKIL, SEGAMAT
2. SMK TAMAN MUTIARA RINI, JB
3. SMK KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Keputusan Johan Keseluruhan
SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Tahniah kepada pelajar dan guru pembimbing SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI kerana dapat mewakili negeri Johor ke pertandingan PTPR 2013 di UM pada 1-4 September 2013 nanti.ami semua doakan kejayaan anda di sana nanti.
Kepada pasukan yang tak berjaya, cuba lagi pada tahun-tahun hadapan.

Sabtu, 27 April 2013

keputusan PTPR 2013 Peringkat Negeri Johor

Salam 1 M'sia

Alhamdulillah, setelah berpanas dan berhujan selama 3 hari dari 24 - 26 April 2013 maka selesailah sudah PTPR 2013 Peringkat Negeri Johor. Pelbagai ragam pelajar yang sempat cg rakamkan sepanjang sesi pembinaan roket air, pembentangan teori roket air, pertandingan roket sasaran, roket payung terjun dan roket terbuka/inovasi berlangsung. Tahniah cg ucapkan kepada yang berjaya membawa pulang trofi kemenangan, dan yang tidak berjaya bukannya anda gagal tetapi ada yang lebih baik dikalanagan anda yang berjaya. Anda semua adalah bakal saintis yang bakal memacu negara ke arah penerokaan bidang sains aeroangkasa. Tidak mustahil satu masa nanti anda bakal menjadi seorang angkasawan/ seorang saintis yang tersohol di malaysia dan di dunia....amin

Berikut merupakan rakaman semasa sesi pembinaan roket air




                     
Keputusan penuh dan rakaman gambar yang lain akan dimuat naik sedikit masa lagi,
harap bersabor ya...

Ahad, 21 April 2013

makluman


Salam 1 Msia..

Makluman kepada peserta-peserta PTPR 2013 Peringkat negeri Johor akan berlangsung pada 24-26/April ini di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru, Kota Tinggi (KRAMSAU).
Sila bersedia dari sekarang...pertandingan adalah mengikut format PTPR 2013 Kebangsaan yang akan berlangsung pada 1-4 September 2013 di Kuala Lumpur.

4 kategori akan dipertandingakan nanti
1. Pembentangan dalam Bahasa Inggeris teori berkaitan roket air - markah 20%
2. Roket sasaran - markah 60%
3. Roket payung terjun - markah 10%
4. Inovasi - roket yang dibina menggunakan sekurang-kurangnya 3 botol 1.5L - markah 10%

Jumpa di KRAMSAU nanti...