iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Jumaat, 30 Julai 2010

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Prgkt Negeri Johor 2010

Pautan di bawah merupakan gambar2 semasa pertandingan teknologi pelancaran roket peringkat negeri johor yang telah berlangsung di daerah Mersing pada 21-22/Julai 2010


Roket payung terjun klik di sini untuk gambar2 lain



Roket Sasaran klik di sini untuk gambar2 lain



Khamis, 29 Julai 2010

Gambar2 semasa pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Peringkat Negeri Johor 2010 di Mersing

Harap bersabar. saya ada sedikit masalah utk 'upload' gambar2 semasa pertandingan berlangsung.

gambar2 tersebut akan di upload kan dalam masa terdekat. sila kunjungi semula laman blog ini sedikit masa lagi.

tq

Rabu, 28 Julai 2010

Keputusan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Prgt Negeri Johor 2010

Tahniah, kepada Daerah Kulai, Daerah Segamat dan Daerah Mersing kerana berjaya mendapat tempat 1,2 dan 3 pertandingan FST peringkat negeri Johor 2010 yang berlangsung di daerah Mersing - SMK Anjung Batu pada 21- 22 Julai yang lalu.

Gambar-gambar semasa pertandingan sedang dimuatnaik. Sila kunjungi laman blog ini beberapa hari lagi. Terima kasih

Khamis, 15 Julai 2010

''Baby Rocket''

Petang semalam pelajar2 saya telah mencuba 'baby rocket -projek terbaru dari mereka. Roket yang dibuat daripada botol minuman 500ml. Mereka telah menghasilkan satu 'baby rocket' paracut yang menarik.

Semasa cubaan pelancaran dibuat didapati 'baby roket' yang dihasilkan tidak dapat menandingi ketinggian roket yang dihasilkan daripada botol 1.5L. Walaubagaimana pun mereka masih lagi mencuba/ber 'eksperimen' dengan mengubah isipadu air, tekanan yang dikenakan, berat muncung dan saiz paracut yang digunakan.'

Semoga berjaya menghasilkan 'baby rocket' yang mantap............

gambar akan dimuatnaikkan kemudian....apabila mereka berjaya menghasilkan 'baby rocket' yang betul2 mantap....

Selasa, 13 Julai 2010

Roket air V7 (reka bentuk terkini) SMK Maokil







Prestasi roket V7 ini sangat membanggakan kerana drpd 10 kali pelancaran 7 kali memasuki bulatan 'eye's bull'  (bltn 1 - bltn5). Berat keseluruhan roket dan kekukuhan sayap perlu diberi perhatian oleh pelajar yang berminat untuk menghasilkannya.

Roket V7 ini akan berputar2 dalam garisan yang lurus menuju ke tempat pendaratan semasa penerbangannya

Selamat mencuba....

Khamis, 8 Julai 2010

Keputusan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat 2010

Alhamdulillah, pertandingan teknologi pelancaran roket telah berjaya dijalankan dengan jayanya pada 7 hingga 8 Julai 2010. Walaupun pada mula nya pelbagai masalah dihadapi berkaitan dengan pelancar roket air tripod yang digunakan. Namun semua masalah tersebut dapat di atasi berkat kegigihan penganjur/pengelola.

Pada tahun ini, saya rasakan kemeriahan pertandingan teknologi pelancaran roket adalah kurang sedikit berbanding dengan tahuin 2009. Mungkin disebabkan pelajar2 yang menunggu giliran berada terlalu jauh daripada tapak pelancaran.

Kepada peserta SMK Maokil, Wan Mohd Nizam dan Mohd Hanapeze tahniah cg ucapkan kerana berusaha dengan gigih sekali untuk mendapat tempat ke pertandingan peringkat negeri. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi kita semua pada tahun ini kerana roket paracut yang dihasilkan gagal untuk mengembangkan payungnya manakala bagi kategori sasaran smk maokil masih lagi berbisa walaupun sudah semakin kurang kerana berjaya mendapat tempat ke dua. Sekali lagi tahniah cg ucapkan kepada Wan dan Peze tahun hadapan berusaha dengan lebih gigih lagi.....

Keseluruhannya bagi acara roket paracut, teknologi yang ditunjukkan oleh pelajar2 semakin baik pada tahun ini. Kebanyakkan pelajar dapat menghasilkan roket berprestasi tinggi. Bagi acara sasaran hanya 5 buah sekolah sahaja yang berjaya mendaratkan roket dalam bulatan target dan mendapat markah.

Berikut merupakan keputusan pertandingan :

Kategori Sasaran (jarak sasaran 100m)
1. SMK Labis (Bulatan ke 2)
2. SMK Maokil (Bulatan ke 3 hampir kpd bulatan 2)
3. Sek Tinggi Segamat (Bulatan 3 hampir kpd bulatan 4 )
4. SMK Dato Ahmad Arshad (Bulatan 4)
5. SMK Paduka Tuan (Bulatan 5)

Kategori Paracut
1. SMK Dato Ahmad Arshad (1 minit 30.61 saat)
2. SMK Munshi Ibrahim (1 minit 12.84 saat)
3. Sek Tinggi Segamat (53.66 saat)
4. SMK Seri Kenangan (52.17 saat)
5. SMK Jementah (51.97 saat)

Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat 2010 dan wakil daerah Segamat ke Pertandingan Negeri

SMK Dato Ahmad Arshad

Terima kasih diucapkan kepada para hakim yang menjayakan pertandingan tersebut iaitu

1. En Rajis- Ketua Hakim (SMK Bnadar Putra)
2. En Md Azam
3. En Saifuddin

semoga kita semua akan bertemu lagi pada pertandingan akan datang.....yang terdekat terbuka pagoh....nantikan tarikh nya.....

Rabu, 7 Julai 2010

Selamat berjuang...

Kepada peserta SMK maokil, saya ucapakan selamat berjuang sampai ke titisan darah yanag terakhir......daerah mersing melambai2 anda utk FST peringkat negeri Johor tahun 2010.

Kepada semua yang akan menyertai FST daerah segamat pada 7 dan * Julai 2010 saya ucapkan...selamat semuanya....

terutama untuk acara teknologi pelancaran roket sasaran dan paracut. Untuk makluman semua pembahagian markah bagi kategori roket sasaran adalah 60% manakala roket paracut adalah 40%.. Harap maklum...

Kepada peminat2 roket air, saya akan muatnaikkan gambar2 menarik semasa FST daerah berlangsung. Sila kembali ke laman blog ini selepas 8 Julai 2010 untuk melihat gambar2 yang menarik.

terima kasih

Khamis, 1 Julai 2010

MAKLUMAN : HARGA PROMOSI PELANCAR BULAN JUN TAMAT

PERHATIAN

HARGA BARU PELANCAR SEKARANG BERMULA BULAN APRIL 2012 ADALAH RM250 TERMASUK KOS PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POS LAJU/CITYLINK. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG BAGI YANG BERMINAT....UNTUK HARGA TERKINI SILA KE LAMAN UTAMA

UTK TEMPAHAN SILA SMS/EMAIL SAYA:

0137394353
azmi.jaaffar@yahoo.com.my


Harap maklum: Kepada semua pembaca harga promosi utk bulan jun 2010 telah tamat. Harga pelancar dan harga powerpoint slide show telah dinaikkan semua kepada harga asal iaitu RM150 (untuk pelancar)  termasuk kos penghantaran (tambahan RM20 untuk penghantaran bagi sabah dan Serawak - berat pelancar adalah 3.5 kg) dan powerpoint slide show -RM30. Harap maklum

Bagi yaang telah menempah semasa bulan jun harga masih dikekalkan sehingga penghantaran dibuat. Terima kasih.

Tempahan baru bagi pelancar roket air akan hanya dibuat selepas seminggu (8/7/2010) kerana saya sedang sibuk mengurusan persiapan/latihan pelajar ke pertandingan FST daerah segamat. Harap maklum.