iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 29 Mac 2010

Pelancar roket air - Pelancar roket H2O

assalamualaikum dan salam satu malaysia,

Guru penasihat/peminat2 roket h2o

HARGA PROMOSI TELAH DI TAMAT KAN, HARGA TERKINI SILA RUJUK LAMAN UTAMA : http://roketh2o.blogspot.com......

Sebagaimana yang telah dijanjikan, hari ini maka terjual unit ke 20 pelancar roket air pada harga RM70 (tidak termasuk kos penghantaran). Sehubungan dengan itu harga promosi ditamatkan pada hari ini. Harga baru bagi pelancar tersebut adalah RM150 (termasuk kos penghantaran). harap maklum.

nota:
Nama2 cg/peminat roket air yg telah menempah pelancar pada harga RM70 seperti mana terdapat pada bahagian kiri blog ini. Saya akan siapkan 5 lagi pelancar terakhir yang telah ditempah pada harga tersebut dalam masa 2 minggu atau kurang daripada sekarang. Harap maklum.

terima kasih

Sabtu, 27 Mac 2010

Pelancar Roket H2O - Pelancar Roket Air

Makluman :

Hanya tinggal 1 unit sahaja lagi pelancar roket air pada harga promosi RM70. Selepas ini, harga itu akan dinaikkan kepada RM150 dan harga tersebut adalah harga termasuk kos penghantaran  bagi satu unit pelancar ke seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah/Sarawak tambahan RM20 untuk setiap pelancar bagi tujuan penghantaran.

terima kasih

azmi.jaaffar@yahoo.com.my
roketh2o@yahoogroup.com

Isnin, 15 Mac 2010

Contoh Borang Markah Pertandingan Roket Air

Di bawah ini ada pautan utk peminat2 muat turun contoh borang markah pertandingan roket air. Diharapkan dapat membantu peminat2 yang ingin menganjurkan pertandingan roket air.

Sila muat turun di sini :

http://www.ziddu.com/download/8958652/ContohBorangmarkahpertandinganRoketair.doc.html

Ahad, 14 Mac 2010

Contoh Kertas Kerja Pertandingan Roket Air

Di bawah ini ada pautan Kertas Kerja Pertandingan Roket Air utk di muat turun oleh peminat2 yang bercadang utk menganjurkan pertandingan roket air:

Sila muat turun di bawah

 http://www.ziddu.com/download/8958542/KERTASKERJApertandinganTeknologiPelancaranROKETair.doc.html

Rabu, 10 Mac 2010

video cara menggunakan pelancar roket air

Di bawah ini cg masukkan link untuk peminat2 download bagi mendapatkan cara yang diperlukan untuk melancarkan roket air dengan menggunakan pelancar yang dibeli daripada cg. Diharapkan video ini dapat membantu anda menggunakan pelancar tersebut dengan baik.

http://www.ziddu.com/download/8901362/caramenggunakanpelancar_0001a.WMV.html

Tq

Sabtu, 6 Mac 2010

yahoogroups

Kat bawah nie ada yahoogroups yg cg baru buat utk kegunaan peminat2 roket h2o bagi bertukar2 pendapat, bertanyakan masalah @ berkongsi pengalaman. Sila join yahoogroups tersebut...


Your Group roketh2o has been created. You can access your group using the link below or from the Yahoo! Groups "My Groups" page.


Group name: roketh2o

Group home page: http://groups.yahoo.com/group/roketh2o

Group email: roketh2o@yahoogroups.com

Pertandingan Sempena Minggu Fizik di Kolej Matrikulasi Pahang

Pautan dibawah mengandungi sepuluh keping gambar semasa pertandingan di Kolej Matrikulasi Pahang sempena minggu fizik 2010. Kepada peminat2 roket h2o Sila klik di sini untuk melihat gambar2 tersebut. Terima kasih cg ucapkan kpd en ariff yg telah emailkan kpd cg gambar2 tersebut.

KLIK DI SINI

Salah satu gambar yang di hantar.......

Tahniah juga kpd En Ariff dan AJK yang telah menganjurkan pertandingan tersebut dan penyertaan daripada pelajar2 nya amat menggalakkan iaitu sebanyak 53 team telah mengambil bahagian. Acara pelancaran roket h2o ini akan dijadikan acara tahunan di Kolej Matrikulasi Pahang. Keputusannya ketegori jarak jauh,1st place 140m, 2nd 136m, 3rd 130m. Tahniah kepada pemenang......yang tak berjaya cuba lagi...


Kepada peminat2 yang ingin memasukkan gambar2 @ apa2 berita berkaitan dengan roket h2o dalam blog ini, sila hantar gambar2 yang menarik kepada email cg iaitu azmi.jaaffar@yahoo.com.my @ roketh2o@gmail.com

tq

Khamis, 4 Mac 2010

Membina roket h2o

Ini cg dapat dr internet. Agak menarik dan ringkas. Inilah perkara asas yang perlu diketahui oleh pelajar2 yang baru berminat untuk memnghasilkan roket air sendiri.


1. Sediakan kon/muncung (nose cone) drpd kertas manila kad @ plastik kulit folio
2.Muncung yg dihasilkan akan disambung kepada botol minuman bergas 1.5L yg dijadikan badan roket h2o
3.Pasangkan sayap yg dibuat drpd fail plastik/ kad manila pada bdn roket h2o
4.Hiaskan roket h2o menggunakan warna yg bersesuaian (jika mahu)
5.Masukkan 1/3 air ke dalam roket h2o sebelum palancaran.


Selamat mencuba...

Isnin, 1 Mac 2010

Jenis pam

Ada ramai pelajar2 dan guru yg bertanyakan berkaitan pam yang boleh digunakan semasa melancarkan roket h2o. Di sini cg muatnaik kan gamabar pam yg biasa digunakan di maokil untuk latihan dan pertandingan.


Ada satu pam yang mempunyai daya tahan yang baik digunakan untuk pelancaran roket. Semasa pertandinagan peringkat daerah dan semasa pertandingan rakan muda inovasi yang lepas cg telah menggunakannya., sehingga sekarang pam tersebut masih lagi boleh digunakan. Pam tersebut cg dah ubahsuaikan pada bahagian kabel untuk memasukkan angin. Cg dah tambah kabel tersebut menjadi lebih panjang untuk keselamatan semasa pelancaran (jika botol yg digunakan pecah/meletup)


Semasa pemilihan untuk membeli pam, pastikan anda melihat jenis meter yang ada pada pam tersebut. Kebiasaanya ada 2 jenis meter satu yang mempunyai unit tekanan bar dan satu lagi mempunyai kedua2 unit bar dan psi. Untuk memudahkan, pastikan anda beli yang mempunyai kedua2 unit bar dan psi.
Ada juga yang bertanyakan cg berkaitan dengan pam kaki sesuai atau tidak digunakan untuk pelancaran roket. Jawapannya, mana2 pam yang mempunyai meter utk pengukuran tekanan udara adalah sesuai digunakan cuma dari segi ketahanan pam kaki kebiasaannya tidak berapa tahan untuk jangka masa yang panjang. Cg pernah menggunakan pam kaki untuk pelancaran walaubagaimana pun pam tersebut hanya dapat bertahan untuk lebih kurang sepuluh kali pelancaran sahaja. Mungkin pelajar2 yang menggunakan pam tersebut menggunakannya dgn kasar @ mungkin struktur pam tersebut tidak sesuai utk pelancaran roket h2o.
Terdapat ralat dalam alat ini