iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Jumaat, 24 April 2009

Perasmian Pertunjukkan Automobil


Nie gambar Team roket maokil yang telah dijemput untuk membuat demostrasi roket payung terjun dan seterusnya merasmikan program kembara automobil 2009 dengan cara melancarkan roket payung terjun ke udara ... masa program tu berdebar jugak, takut roket payung terjun yang dilancar ke udara tak kembang tapi alhamdulillah....semuanya berjalan lancar.

seronok juga tengok budak-budak belia semua berminat nak belajar buat roket h2o. Insyallah nanti kalau ada jemputan daripada belia, team roket maokil akan menganjurkan kursus sehari kemudian terus buat pertandingan.....

Jumaat, 10 April 2009

Bengkel Pembinaan Roket h2o 2008









Pelancar Ringkas

Pelancar yang ringkas boleh dibina daripada paip PVC.







Pada bahagian hujungnya diletakkan besi pengepam tayar motor/basikal.







Pada bahagian yang akan di masukkan badan roket h2o nanti, kabel plastik pengikat dipasang disekeliling paip PVC. Kabel ini berfungsi sebagai pemegang badan roket h2o nanti






Gambar yng lebih jelas bagaimana kabel plastik pengikat memegang mulut botol yng dijadikan badan roket h2o







Sedia untuk dilancarkan. Jika anda ingin membina pelancar untuk jarak jauh, pastikan paip PVC pada bahagian yang akan dimasukkan badan roket h2o dicondongkan 45 darjah.
selamat mencuba.......





Khamis, 9 April 2009

Inilah hasil yang diperolehi daripada perbengkelan roket sasaran selama satu hari kepada pelajar. Ada pelbagai jenis roket h2o dengan pelbagai bentuk sayap




Para pelajar sedang bersedia untuk melancarkan roket h2o ke sasaran yang ditetapkan





5....... 4....... 3....... 2....... 1....... zupppppppp!!!!

Roket h2o (sasaran)

Struktur roket h2o yang siap sedia untuk dilancarkan

selamat mencuba....

Muncung (nose cone)

Muncung roket h2o boleh dibuat dengan menggunakan botol minuman bergas yang lain. Apa sahaja jenis botol minuman bergas boleh dijadikan muncung bagi roket h2o. Ambil satu botol minuman bergas terpakai yang sesuai tandakan disekelilingnya satu garisan untuk pemotongan nanti.


Potongkan bahagian yang anda tanda tadi dengan menggunakan pisau. Bahagian yang berbentuk tirus akan digunakan sebagai muncung.



Masukkan sedikit plastesin ke dalam muncung yang dibuat. Tujuannya adalah untuk dijadikan sebagai pemberat bagi membolehkan roket h2o anda nanti terbang lurus.



Lekatkan muncung yang anda buat tadi pada badan roket h2o yang dah dilekatkan sayap.

Selamat mencuba....

Pemasangan sayap

Gariskan satu garisan lurus pada botol minuman bergas dengan menggunakan maker dan pembaris

Gariskan 3 lagi garisan yang selari di sekeliling botol minuman bergas tersebut. Jarak antara 1 garisan dengan 1 garisan yang lain hendaklah sama. Pastikan garisan yang anda buat adalah lurus dan selari antara 1 sama lain. Jika tidak roket h2o anda nanti tidak akan mencapai sasaran (tidak terbang lurus)

Lekatkan dengan salotape sayap yang anda buat sebelum ini mengikut garisan yang telah anda gariskan tersebut.

Inilah bentuk roket h2o anda yang belum ada muncung (nose cone). Jika anda ingin memasang lebih daripada 4 sayap, caranya masih lagi sama seperti di atas. Apa yang perlu anda buat ialah pastikan anda mengukur ukur lilit botol minuman bergas di kawasan anda ingin melekatkan sayap nanti. Bahagikan ukur lilitnya dengan bilangan sayap yang ingin anda buat. Tanda dan gariskan garisan lurus seperti yang saya tunjukkan di atas. Selamat mencuba..

Rabu, 8 April 2009

Sayap

Sayap roket h2o boleh disediakan daripada kertas yang tebal. Walaubagaimana pun sayap daripada kertas tebal ini tidak kalis air. Semasa pelancaran roket nanti, sayap tersebut akan basah dan tidak sesuai untuk pelancaran seterusnya.

Kebiasaannya sayap roket h2o dibina daripada bahan yang kalis air, saya biasanya menggunakan kulit fail plastik sebagai sayapnya.





Bilangan sayap dan bentuk sayap bergantung kepada kreativiti anda. Apa yang harus anda ingat ialah semakin banyak sayap semakin berat roket h2o anda dan semakin dekatlah jarak sasaran yang dapat dilaluinya semasa pelancaran nanti.

Kebiasaannya bilang sayap 3-6 sudah mencukupi. Anda boleh mencuba seberapa banyak sayap yang anda mahu dan buatlah satu eksperimen bilangan sayap dan bentuk sayap yang sesuai untuk roket h2o anda.

Emailkan keputusannya kepada saya di roketh2o@gmail.com.
Selamat mencuba....

Jenis botol



Jenis-jenis botol minuman bergas terpakai 1.5L yang biasa 'team' cikgu gunakan untuk membuat badan roket h2o. Botol yang kurang berlekuk-lekuk lebih sesuai digunakan untuk membuat badan roket h2o kerana ianya lebih senang untuk pemasangan sayap nanti.

Apa saja botol plastik yang sesuai boleh digunakan samada 1.5L @ 1.25L bergantung kepada kreativiti anda untuk memasang sayap padanya nanti. selamat mencuba

Selasa, 7 April 2009

Peralatan/Bahan

Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membina roket h2o anda sendiri. Disamping itu anda juga memerlukan botol minuman bergas sebagai komponen utama badan roket h2o anda nanti.

Selamat mencuba...

Struktur Roket h2o

Bahagian-bahagian roket h2o yang perlu diketahui oleh anda. Seperti mana dalam penerangan yang lepas, saya telah nyatakan bahagian roket h2o yang perlu anda ketahui.

Bahagian penting yang perlu ada pada roket h2o adalah badan (tempat di mana air dimasukkan dan angin dipamkan ke dalam roket), muncung (menghasilkan bentuk aerodinamik bagi roket h2o) dan sayap (menbolehkan roket h2o membuat penerbangan yang lurus).

Gambar rajah di atas merupakan satu gambaran ringkas roket h2o.
Terdapat ralat dalam alat ini